View: 1271|Reply: 15
|
Kali Pertama Dan Terakhir Teman Bapa Makan, Anak 14 Tahun Maut Motor Bertembung Kereta
[Copy link]
|
|
Pontian: "Rupanya itu kali pertama dan terakhir dia temankan saya makan," kata Khairol Nizan Mail, 39, bapa kepada Muhammad Dhiyauddin Hazim, 14, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 2, Jalan Madirono, Benut, di sini, petang semalam.
Muhammad Dhiyauddin adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Tanjung Benut yang maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan itu.
Dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan serta meninggal di lokasi kejadian manakala rakan sekelasnya yang naik motosikal sama, cedera di bahagian tangan dan kaki.
 Foto: Harian Metro
Khairol Nizam berkata dia tidak menyangka perbuatan anak ketiganya itu menemankan makan di rumah di Kampung Parit Madirono itu adalah kali terakhir.
"Kadang-kala saya lewat pulang ke rumah kerana pelbagai urusan hingga jam 1 pagi.
"Seperti biasa saya makan berseorangan di ruang makan. Namun Muhammad Dhiyauddin bangun dan teman saya makan serta melayan dengan mesra. Ini pertama kali dia berbuat demikian dan tidak akan dilupakan.
"Kemalangan berlaku ketika arwah mahu pulang dari sekolah iaitu kira-kira 100 meter lagi sampai ke rumah. Dia anak yang baik, patuh ibu bapa. Saya reda dengan pemergiannya," katanya dengan nada sedih.
Sementara itu, bapa saudara mangsa, Muhammad Fikri Fahmy Sharun, 22, berkata mangsa seorang yang baik dan sering membantu penduduk kampung.
"Kami bersama rakan lain menganggap dia sebagai generasi contoh kerana selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan turut menyertai aktiviti keagamaan.
"Arwah sering solat berjemaah di surau atau di masjid bersama rakan yang lain," katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Pontian, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Muhammad Shofee Tayib, berkata pada kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, motosikal yang ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah kereta di lokasi kejadian.
"Hasil siasatan awal, mangsa menunggang motosikal bersama seorang rakan selepas sesi persekolahan dan bertembung dengan kereta.
"Akibat kejadian itu, penunggang mengalami cedera parah di kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia manakala pemboncengnya berusia 14 tahun mengalami cedera di tangan dan kaki. Pemandu kereta berusia 32 tahun turut cedera di kaki, " katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Slalu dengo ponorogo.je
Now madirono...
So ni ayahnya kena denda tak bia4kan anak bawah umo bawak.moto sampai mati |
|
|
|
|
|
|
|
Budak 14 tahun pergi balik sekolah naik motor. Hebat betul dengan takde lesen.
Tak perlu menyesal paknya... Awal sangat mengajar anak berdikari uruskan urusan sekolah sendiri. Entah apa yang disibukkan sangat dalam hidup. Orang lain pun mencari rezeki.
Takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
generasi contoh.. hahahaha..
lesen ada ke tak tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kes lebih kurang sama terus berulang tampa kesudahan |
|
|
|
|
|
|
|
Mana2 budak xdak lesen yg naik moto ke hulu ke hilir xpenah lg dikhabarkn ank yg degil & xdgr kata bila kemalangn maut. Sumanya anak2 yg baik & patuh mak ayah. Kalo sungguh lar knp p biaq budak2 kecik buta undang2 jlnraya bwk moto? Haih. Salam takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 18-10-2022 02:23 PM
Budak 14 tahun pergi balik sekolah naik motor. Hebat betul dengan takde lesen.
Tak perlu menyesal p ...
The truth? Makpak xdan nk anta amik sendri & leh jimat kos transport. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm ni yg aku x bg budak² bawah umo naik moto.. tp ada yg mmg cekap betul |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 18-10-2022 04:09 PM
Mana2 budak xdak lesen yg naik moto ke hulu ke hilir xpenah lg dikhabarkn ank yg degil & xdgr kata b ...
Xsure la budak ni mcm mne..
Tp mengikut cousin i yg susah sikit, mmg mak dia suro dia bawak moto gi beli groceries, amik adik sekolah, hantar adik koko, beli lauk tomyam mlm2 dsb..
n of cos dia pun ade la melencong bawak moto jumpa bf sume.. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 18-10-2022 02:21 PM
Slalu dengo ponorogo.je
Now madirono...
So ni ayahnya kena denda tak bia4kan anak bawah umo bawak.mo ...
Plslaa jgn bg moto.. mak sedara aku balik dr merket pas tuu nmpk cina mati kepala berkecai naik moto.. balik runah terus amik moto terus juai.. pdhl moto tuu baru beli.. hohohoho |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 18-10-2022 07:15 PM
Plslaa jgn bg moto.. mak sedara aku balik dr merket pas tuu nmpk cina mati kepala berkecai naik m ...
Laki aku ada 5moto lain2 cc. P keja hari2 panas ka hujan ka..pulas throttle. Suka konvoi moto lak tu. Now imagine how i feel tiap kali baca pasal xcident moto. Sesak. Dada. |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 18-10-2022 07:11 PM
Xsure la budak ni mcm mne..
Tp mengikut cousin i yg susah sikit, mmg mak dia suro dia bawak moto ...
In a way,ank dh pandai bwk moto ni amat2 mnyenangkn makAyah kan? Independent & boleh mintak tolong lak tu. Tapi tu lah. Suka tapi hujung2 duka |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 18-10-2022 07:33 PM
Laki aku ada 5moto lain2 cc. P keja hari2 panas ka hujan ka..pulas throttle. Suka konvoi moto lak ...
Bg aku laa.. moto beso tuu aku suke tgk.. beliii tak hingin.. sama jgk moto kecik.. tak hinginn. Bg aku moto ni dia jahat pun dia habis.. dia baik pun dia habihh.. kalo aku mau aku gaduh.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak tkde lesen, diberi kebenaran bawa motor ke sekolah.
Ntah pakai helmet ke tak masa tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
spe suro ko bg anak bwh umur nek motor |
|
|
|
|
|
|
| |
|