View: 339|Reply: 0
|
Ahli Perniagaan Pemurah Hadiahkan Kakitangan Kereta, Motosikal Sempena Deepavali
[Copy link]
|
|
Menjelang Deepavali beberapa hari lagi, seorang ahli perniagaan yang berpangkalan di Chennai, India membuat kejutan dengan menghadiahkan kakitangannya kereta dan motosikal.
Jayanthi Lal Chayanthi yang mengusahakan perniagaan barang kemas dan perhiasan diri memperuntukkan 12 juta Rupee (RM687,150) untuk hadiah berupa lapan kereta dan 18 motosikal.
 IANS
Ada antara pekerjanya terkejut dengan hadiah tidak disangka itu, manakala selebihnya menangis kegembiraan.
Bercakap kepada ANI, Jayanthi Lal memberitahu dia menganggap pekerjanya seperti keluarga sendiri dan sudah bekerja bersama ketika masa susah serta senang.
"Hadiah ini sebagai dorongan atas kerja mereka dan tambahan kepada sesuatu yang istimewa dalam hidup mereka.
"Mereka sudah bekerja dengan saya ketika turun naik perniagaan ini dan membantu menjana keuntungan. Mereka bukan sekadar pekerja tetapi keluarga saya," katanya.
Disebabkan itu katanya, dia mahu melayani pekerjanya seperti ahli keluarga sendiri dengan memberi hadiah.
"Saya sangat gembira. Setiap peniaga wajar menghargai kakitangan dengan memberi mereka hadiah," tambahnya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|