CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 567|Reply: 0

Imam Dilarang Mengimamkan Solat Lepas Nyanyi 'God Save The King'

[Copy link]
Post time 18-10-2022 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Seorang imam terkemuka di Britain ‘diketepikan’ pihak pengurusan atasan hanya kerana menghadiri sebuah majlis yang mana lagu kebangsaan baharu negara itu dinyanyikan.


Lapor Daily Mail, walaupun pihak atasan masjid tidak menggantung jawatan imam Mohammed Mahmoud secara rasmi, namun dimaklumkan bahawa dia tidak lagi dibenarkan mengimamkan solat lima waktu di Masjid East London berikutan bimbang mungkin diserang.




AP




Malah, pihak atasan masjid juga membawa panel ulama Islam untuk membuat keputusan mengenai isu itu.


Imam itu dikenakan tindakan demikian selepas menyampaikan ucapan di hadapan sekumpulan individu yang menyanyikan God Save The King dan megibar bendera Union Jacks.


Mohammed menjadi terkenal ketika beliau merupakan imam di Masjid Finsbury Park di London Utara.


Pada 2017, Mohammed pernah menghalang sekumpulan perusuh daripada menyerang pemandu van, Darren Osborne yang merempuh jemaah masjid selepas solat Tarawih di London sehingga menyebabkan seorang terbunuh.


Mohammed menerima anugerah Officer of the Order of the British Empire (OBE) atas tindak balas terhadap serangan itu.


Pada 2019, Mohammed dilantik sebagai imam kanan di Masjid East London di Tower Hamlets, antara tempat ibadat Islam terbesar di negara itu.


Pertikaian semasa itu timbul selepas beliau menjadi antara penceramah utama pada majlis memperingati Ratu Elizabeth II di Masjid Regent’s Park pada 15 September lalu, seminggu selepas kemangkatan baginda.


Kumpulan itu termasuk puluhan pelajar sekolah Islam menyanyikan lagu God Save The King sambil melambai bendera Union Jacks.


Rakaman video itu tular dalam media sosial dan menerima kecaman hebat daripada rata-rata jemaah dan komuniti Islam.


Malah, Mohammed dikutuk oleh penganut Islam dalam beberapa kumpulan WhatsApp termasuk sebuah lagi dikenali sebagai Our Tower Hamlets.


Ada segelintir menyindir sambil menggelar imam itu `pelawak’ manakala yang lain pula mendesak beliau dipecat segera.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 1.201981 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list