CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 684|Reply: 3

Suka Sangat Luruskan Rambut, Berisiko Menderita Kanser Rahim

[Copy link]
Post time 18-10-2022 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Washington: Satu kajian baharu mendedahkan, produk pelurus rambut yang mengandungi bahan kimia tertentu berisiko menyebabkan kanser rahim kepada wanita.


Jurnal Institut Kanser Kebangsaan menerbitkan kajian itu semalam berkata, wanita yang kerap menggunakan produk pelurus rambut kimia boleh menghadapi lebih dua kali ganda risiko kanser rahim berbanding mereka yang tidak pernah menggunakannya.


Penemuan itu berkaitan khusus dengan wanita kulit hitam yang menjadi majoriti pengguna produk pelurus rambut di Amerika Syarikat (AS).


Penulis utama merangkap Ahli Epidemiologi Kanser Institut Kesihatan Nasional, Alexandra White yang mengetuai kajian itu berkata, penemuan itu susulan daripada penyelidikan terdahulunya yang menemui kaitan antara pewarna rambut kekal dan pelurus serta kanser payudara dan ovari.




Gambar Hiasan




"Kami tahu pelurus ini mengandungi banyak bahan kimia yang berbeza, termasuk pengganggu endokrin dan kami menjangkakan ia mempunyai kesan kesihatan yang buruk untuk kanser sensitif hormon.


"Itu menyebabkan kami mengembangkan kajian kami khusus memberi tumpuan kepada kanser rahim.


"Apa yang kita bimbangkan ialah terdapat bahan kimia dalam produk ini yang bertindak pada asasnya seperti estrogen dalam badan, mengganggu proses hormon biasa yang boleh mempengaruhi risiko kanser," katanya.


Kanser rahim menyumbang tiga peratus daripada semua kanser baharu dengan lebih 65,000 kes baharu dan 12,500 kematian dijangka pada 2022.


Pandangan umumnya baik jika kanser dikesan lebih awal, namun rawatan selalunya membabitkan pembuangan rahim yang akan menghalang kehamilan.


Kajian baharu itu membabitkan lebih 33,000 wanita AS berumur antara 35 dan 74 tahun yang mengambil bahagian dalam Kajian Sister yang diketuai kerajaan dan direka untuk mengenal pasti faktor risiko kanser dan keadaan lain.


White berkata, kemungkinan kedua ialah sesetengah produk mengandungi karsinogen, seperti formaldehid untuk memecahkan ikatan antara protein keratin dalam rambut yang mengubah strukturnya dan menjadikannya lurus.


"Walaupun kajian itu tidak secara khusus bertanya kepada wanita produk apa yang mereka gunakan, rawatan keratin tertentu yang dikenali sebagai Brazilian blowout adalah popular pada masa wanita itu mendaftar untuk kajian ini iaitu antara 2003 hingga 2009, walaupun penggunaannya semakin menurun sejak itu.


"Salah satu kekuatan kajian itu ialah pertanyaan mengenai produk bertahun-tahun digunakan responden sebelum mereka disahkan menghidap kanser yang mengehadkan kemungkinan mereka tersalah ingat atau salah mengaitkan pendedahan mereka.


"Tetapi had utama kami ialah tidak dapat mengumpul maklumat mengenai jenis pelurus yang digunakan atau jenama tertentu yang akan menguatkan lagi bukti," katanya.


Katanya, lebih banyak kajian di makmal perlu dilakukan untuk mengkaji cara bahan kimia yang dikesan menyebabkan kanser serta lebih banyak kajian populasi dalam kalangan pelbagai kaum bagi mendapatkan maklumat mengenai jenama digunakan orang ramai. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2022 09:37 AM | Show all posts
aku masa muda mmg suka sgt lurus rmbt. harap2 sihatlah xda mudarat apa smpai tua
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dh sedia straight
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahimah Tanpa Rahim tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.056685 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list