View: 1380|Reply: 15
|
Support Cikgu Fadli, Rita Rudaini Cakap Orang Jujur Buat Kerja Akan Ditindas, Dipijak, Dibenci! Kena Perangai Syaitan Sikit!
[Copy link]
|
|
Rita Rudaini Beri Sokongan Pada Cikgu Fadli - “Orang Yang Buat Kerja Baik Akan Ditindas, Akan Dipijak, Akan Dibenci”
Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh Mohamed Salleh atau Cikgu Fadli mendakwa dirinya akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melibatkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.
Menerusi beberapa keping gambar surat yang dikongsikan, Cikgu Fadli berkata yang dia berdepan dengan tiga pertuduhan.
Tiga pertuduhan tersebut adalah kerana memuat naik hantaran di platform media sosial Facebook mengenai jadual waktu serta mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.
Cikgu Fadli juga dituduh memuat naik hantaran di Facebook mengenai subjek yang diajar pada murid Tahun Satu dan menerusi pertuduhan ketiga, dia didakwa mengadakan sesi Facebook Live untuk bercakap mengenai masalah pendidikan di Malaysia khususnya subjek yang terlalu banyak menggunakan Facebook.
Menerusi tinjauan Gempak, ramai yang memberikan sokongan terhadap Cikgu Fadli. Selain mendapat perhatian Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, pelakon Rita Rudaini turut melahirkan sokongan terhadap Cikgu Fadli.
“Kan dah cakap… orang yang jujur, orang yang buat kerja baik atau betul akan ditindas, akan dipijak, akan dibenci.
“Kena perangai sy*it*n sikit, bawa blower besa-besar, lidah kena bercabang tujuh, muka kena tampal plastik tujuh lapis, bertukar jadi lembu, barulah orang sayang, barulah orang lambung sampai bulan.
“Sekarang kerja apa pun memamg kena macam ni barulah boleh cari makan. Kami support Cikgu Fadli,” tulisnya di Instagram.
Dalam perkembangan lain, Cikgu Fadli diminta membuat representasi secara bertulis dengan mengemukakan alasan dan bukti bagi membebaskan diri daripada kesemua pertuduhan itu dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jujur? Tompang tanya ada dia buat audit berapa riban sumbangan dia dapat bulan2? (Kalau hada, mak respek). |
|
|
|
|
|
|
|
yela...org yg baik, bijak, pandai akan ditindas.,,tp org yg bodoh mcm kau rita akan di apakan pulak?
p.ramlee selalu cakap, dah tua pun bodoh...
kau check dulu tatabahasa sebelum nak tunjuk cerdik...di tindas? di pijak ? di benci?
@ridrud727
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Travelo at 18-10-2022 11:50 AM
cikgu yg bijak tu sebelah mata pun tak pandang kau rita oii |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg dia ni melalut? Mcm xde kena mengena pun…. |
|
|
|
|
|
|
|
masa PKP yg dewasayu meletup-letup tu meols adalah antara poremer terawal yang rasa sus dgn dewasayu tu skali tu mmg btul ye naluri meols. ngan cikgu ni pun meols rasa vibe yang sama. bkn nak mendoakan tapi meols tak terkejut if one day terkantoi jua si cfs ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sekor sekor nk jump on the bandwagon. Lemah. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi mmg tak patutler cikgu fadli ni dpt showcause letter... PPD pon.... dia kritik general...
tu yg cikgu pendidikan islam buat lawak rogol tu lg bahaya
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy: Jujur? Tompang tanya ada dia b ... heolls ade dpt sumbangan ke? Curious jgk..kak chzy cikgu jugak kan? Tao benda x ok ke ngn cikgu fadli ni |
|
|
|
|
|
|
|
nak jugak mencabub...dia mesti nak mengaitkan kisah dia dengan peristiwa semasa...haiz...play victim selalu makcik ni...next.. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-10-2022 11:39 AM
Jujur? Tompang tanya ada dia buat audit berapa riban sumbangan dia dapat bulan2? (Kalau hada, mak re ...
Hada cikgu. Dia ada team utk buat keja2 tu semua. Dari dulu lg dia dh share bukti. Itu yg kwn cikgu saya bgtau. |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 18-10-2022 06:07 AM
Hada cikgu. Dia ada team utk buat keja2 tu semua. Dari dulu lg dia dh share bukti. Itu yg kwn cikg ...
Hada dia kasitau umum post di FB? |
|
|
|
|
|
|
| |
|