View: 6281|Reply: 86
|
Enam Kali Kena Sebat Di Penjara, Seminggu Fuad Rahman Tidur Meniarap
[Copy link]
|
|
Pengalaman menjalani hukuman penjara sebanyak tiga kali ekoran penyalahgunaan dadah benar-benar menginsafkan peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) iaitu Fuad Rahman.
Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, akibat kesalahan itu dia terpaksa menjalani hukuman sebat sebanyak enam kali.
Imbas Fuad, kesakitan akibat sebatan masih dirasai sehingga ke hari ini dan hukuman itu benar-benar menginsafkannya agar tidak melibatkan diri dengan najis dadah.
Foto: mStar
"Sebatan itu betul-betul sakit, saya kena enam kali... saya rasa nak lari, tak nak patah balik. Mak saya pun tidak pernah pukul saya macam itu.
"Kesakitan yang dirasai benar-benar buat saya sedar dan ia cukup menginsafkan," katanya.
Fuad berkongsi pengalaman itu ketika ditemui pada sidang media minggu kelima GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam pada Ahad.
Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Fuad berkata, akibat hukuman itu dia terpaksa tidur dalam posisi meniarap selama seminggu kerana bahagian punggung tempat sebatan mengalami luka.
Namun kata penyanyi berasal dari Singapura ini, dia bernasib baik kerana mempunyai rakan-rakan sepenjara yang banyak membantu dan menyapu ubat bagi memastikan dia lekas pulih.
"Masa itu saya terpaksa tidur meniarap selama seminggu, nasib baik ada kawan-kawan jaga dan sapukan ubat. Parut itu masih ada sedikit di bahagian punggung, Alhamdulillah ada orang jaga," katanya.
Fuad memberitahu dia terbuka bercakap mengenai kisah silamnya kerana lebih selesa bersikap jujur daripada timbul sebarang spekulasi tidak benar tentang dirinya.
Ia juga katanya sebagai peringatan kepada diri sendiri agar tidak kembali kepada tabiat lama yang pernah memusnahkan hidupnya.
"Lebih baik saya beritahu dan jujur daripada menipu, saya tidak mahu peminat membuat andaian sendiri.
"Biar pihak media tahu dan saya lega dapat berkongsi perkara ini. Alhamdulillah peminat pun boleh terima diri saya seadanya," katanya yang memberitahu pelakon Datuk Aaron Aziz antara rakan selebriti yang banyak menyokongnya untuk berubah.
Sebelum ini Fuad pernah berkongsi kehadiran ibu tersayang yang melawatnya di penjara sambil bertongkat menjentik hatinya untuk berubah.
Fuad sedar masanya semakin suntuk untuk bersama insan kesayangannya dan meletakkan nokhtah terhadap semua kesilapan pernah dilakukan.
Penyanyi itu mendedahkan terlibat dengan najis dadah sejak berusia 18 tahun. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
sapo ni.. x penah tawu pun |
|
|
|
|
|
|
|
Suka dengar bila dia bercakap |
|
|
|
|
|
|
|
Seram kalau tengok video kena sebat kat penjara tu.
Tokpinaz masih inzal tak dgn punggung berbirat fuad? |
|
|
|
|
|
|
|
elokkk dia nie.. moga sukses lg dlm bidang nie..
kdg2 masa muda tlampau asyik..mmg lupa mcm2.. smua pn nk try.. untung masih bole berubah.. |
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 17-10-2022 04:44 PM
Suka dengar bila dia bercakap
Menggegar mutiara korsani ke sbb suara jantan? |
|
|
|
|
|
|
|
Another kelindan dpt sokongan padu sbb berjaya mengetar toknaz |
|
|
|
|
|
|
|
I xkenal siapa tp iols mmg akan akan soft spot dekat banduan yg struggle nak mula hidup baru. Moga sentiasa dilindungi Allah. Gittew iols menyokong heols. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada iras2 mk kclique sikit, versi gelap dan berumur sikit la tapi |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 18-10-2022 12:40 AM
Ada iras2 mk kclique sikit, versi gelap dan berumur sikit la tapi
Ha ah kn aku igt mk sunbath |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 18-10-2022 12:46 AM
Ha ah kn aku igt mk sunbath
Kan sis |
|
|
|
|
|
|
|
dgr dia tak de team yang uruskan dia kt GV..semua baju ASTRO bagi pinjam
kalau ada orang potong rambut makeup sikit...
tentu lebih hemsem..
|
|
|
|
|
|
|
|
MO patut amik fuad ni...Kasi groom elok2 ..suara dia jantan...groom cam sham visa tu...mesti jadi wangi |
|
|
|
|
|
|
|
Sudahlah sudahlah reputz ni nak korek kisah silam dia. Kesian Fuad ni, tak jawab nanti kena label sombong, jawab no comment kena label poyo. Dia sorang je kaw kaw kena mcm gini, pergilah tanya si Tom tu. |
|
|
|
|
|
|
|
All his baju dia was designed by Azni Samdin tak silap, check his IG, 'Azni Samdin'. He also yang designed for Najib Ali masa maharaja lawak sket ari. Kira tersohor jugak di Spore.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sokong! Groom jadi wangi.
|
|
|
|
|
|
|
|
enchante78 replied at 18-10-2022 09:08 AM
Sudahlah sudahlah reputz ni nak korek kisah silam dia. Kesian Fuad ni, tak jawab nanti kena label so ...
Ha ah la, tom senyap je ..ke sbb tom tu calon bakalan tersingkir..tu yg reputz malas nak up..fuad ni banyak yg vote plus ada suara jugakla...tambah baru ni top 3 tu yg reputz kejar kot |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya fuad
Bagus orang yang bersemangat insaf dan bangkit
Bukan senang nk lari dr ketagihan dadah tu
Kena sebat ye kt spore
Msia ada sebat ke tak pesalah dadah cmni
Patut sebab juga kan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by enchante78 at 18-10-2022 09:31 AM
Maybe eh Fuad bakalan finalist.
Fuad ni dia mcm lurus ah. Org tanya and dia jawab se jujur jujurnya. Dia patut kena ada minder. What to say and not what to say, or try jgn divulge mana yg tak perlu.
But takpelah Bang, mudahan ur honesty ni will bring u somewhere better.
Dia dgn Adeep tu kawan baik dah lama. If only dia tak terjebak dgn benda tu, mesti dia merantau mcm Adeep.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|