CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 533|Reply: 1

[Tempatan] Awak keluar dahulu – Allahyarham Nurul Nazihah

[Copy link]
Post time 17-10-2022 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Awak keluar dahulu – Allahyarham Nurul Nazihah

https://www.utusan.com.my/nasion ... rham-nurul-nazihah/

Oleh MASTURAH SURADI
17 Oktober 2022, 7:07 am


REDZUAN Jamil menceritakan detik-detik kemalangan yang meragut nyawa Nurul Nazihah Kamalul Arifin di Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor.

Itu antara kata-kata terakhir Allahyarham Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, kepada suaminya, Redzuan Jamil, 28, ketika mereka sedang bergelut menyelamatkan diri selepas terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Sedenak, di sini, kelmarin.

Redzuan yang terselamat dalam kemalangan meragut dua nyawa itu berkata, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari Kluang menuju ke Gelang Patah untuk ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Katanya, sebelum kejadian, terdapat kemalangan di hadapannya dan laluan sesak menyebabkan kereta semua berhenti.

“Yang saya sedar ada impak dari belakang dan sebuah lori melanggar tiga buah kereta termasuk kenderaan saya. Ketika itu isteri minta saya keluar dari kereta terlebih dahulu untuk menyelamatkan diri. Ada satu jalan dari cermin atas kepala, jadi dia kata ‘awak keluar dahulu’.

“Saya terus keluar kemudian cuba selamatkannya tetapi tak sempat. Saya kopak cermin depan. Cuba tarik dia dari depan tetapi tak boleh.

“Saya cuba kopak pintu penumpang pula tetapi dia tak boleh keluar kerana kakinya tersepit di papan pemuka. Ketika itu kereta saya pula meletup kemudian api marak,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Lukut, di sini, semalam.

Menurut Redzuan, dia cuba menyelamatkan isterinya ketika api marak namun ditarik oleh orang awam yang menyaksikan kejadian itu agar jauh dari api tersebut.

Katanya, pada saat itu apa yang mampu dilakukan hanya menunggu melihat api membakar keretanya sehingga bomba dan ambulans sampai.

“Tidak panas rasanya di dalam itu. Saya tidak dengar suara isteri meraung malah dia tidak memanggil saya, dia hanya diam sahaja,” katanya yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama isterinya itu namun belum dikurniakan cahaya mata.

Katanya, ke mana sahaja dia pergi pasti akan membawa isterinya bersama.

“Kami tiada anak, saya berdua sahaja tak pernah tinggal dia mana-mana pergi melainkan dia ada kerja yang tidak boleh ikut. Kebanyakan masa berdua walaupun kerja saya bawa dia sebab saya kerja freelance, sepanjang masa dia dengan saya,” katanya.

Dalam nahas pukul 8.30 malam itu, dua orang termasuk Nurul Nazihah dilaporkan maut selepas terlibat kemalangan membabitkan tiga buah kereta dan dua buah lori.

Sementara itu, bapa Allahyarham Nurul Nazihah berkata, dia menerima maklumat kemalangan itu kira-kira pukul 9 malam, namun pada awalnya tidak tahu anaknya terbakar dalam kejadian itu.

Kamalul Arifin Ahmad, 66, berkata, walaupun sedih dengan kejadian itu, hatinya tenteram apabila dapat tahu jenazah anaknya dalam keadaan ‘sempurna’.

“Saya ada tengok video viral kemalangan itu. Sebelum tengok itu perasaan luluh tak dapat digambarkan bagaimana keadaan orang yang terbakar dalam kebakaran.

“Namun kakak arwah yang berada di hospital memberitahu badan, jasad arwah tidak terkupas akibat api yang membakar.

“Mayatnya sempurna duduk di kerusi kereta, itu maklumat diperoleh dari polis. Mungkin itu semua kerana amalannya ketika hidup,” katanya.

Bapa kepada lima orang anak itu berkata, dia baru pulang dari mengerjakan umrah bersama arwah minggu lepas.

Katanya, arwah anak keempat dalam keluarga seorang yang sangat tegas dalam soal agama.

“Saya memang sudah lama hendak pergi menunaikan umrah ketika usia 50 tahun namun ketika itu ada komitmen terhadap anak-anak. Perjalanan umrah kami ini dirancang oleh isteri dan arwah kira-kira empat bulan lepas.

“Arwah tahu saya memang sudah lama hendak pergi umrah. Arwah juga ada menambah duit untuk kos umrah saya dan isteri. Kami pergi berempat saya, arwah, suami arwah dan isteri.

“Arwah juga sempat membeli buah zuriat di Makkah. Sejak berkahwin tiga tahun lalu arwah dan suami belum dikurniakan rezeki cahaya mata,” katanya. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebakla baca cite arwah ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.044044 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list