View: 697|Reply: 8
|
Lelaki berjaya tangani masalah depresi dengan bantuan aligator
[Copy link]
|
|
Lelaki berjaya tangani masalah depresi dengan bantuan aligator
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... n-bantuan-aligator/
Oleh KOSMO!
17 Oktober 2022, 10:00 am

Henney mula rapat dengan aligator ini sejak 2017 selepas berdepan kehilangan tujuh individu rapat dalam hidupnya. - Getty Images
HARRISBURG, Pennsylvania – Seorang lelaki dari negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) berjaya mengurangkan tahap depresi yang dialaminya dengan bantuan seekor aligator bernama Wally, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Lelaki berkenaan, Joseph Henney, mula rapat dan menganggap Wally sebagai teman sokongan emosi sejak 2017 apabila dia berdepan kehilangan tujuh individu rapat dengannya dalam tempoh tiga minggu.
Kehilangan mengejut itu membuatkan Henney berdepan tekanan perasaan, namun Wally berjaya membantu dia melepasi fasa tersebut.
“Saya kehilangan tiga ahli keluarga dan empat kawan seumur hidup dalam masa terdekat. Doktor mahu memberi saya ubat antikemurungan tetapi saya memilih untuk tidak mengambilnya.
“Selepas sebulan, saya kembali membuat penilaian mental dan doktor terkejut kerana keadaan saya semakin pulih, lalu bertanya apa yang telah saya lakukan. Saya beritahu bahawa saya cuma habiskan masa dengan aligator,” ujar Henney.
Menurut Henney, Wally seekor reptilia yang sangat mesra, suka dipeluk dan tidak suka menggigit.
Walaupun haiwan sepanjang 1.6 meter itu telah terbukti tenang dalam kumpulan manusia, Henney masih perlu menelefon premis tertentu terlebih dahulu jika mahu membawa Wally bersiar-siar di tempat awam.
Pennsylvania membenarkan aktiviti pemilikan buaya secara sah menerusi permit yang perlu dipohon. – Agensi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kecik lagi tu.. tunggu besaq lagi la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti kalau Wally pula yang pergi, pakcik akan sedih semula  |
|
|
|
|
|
|
|
sok hewan tu depress dia ngap |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang Keluarga Dan Rakan, Lelaki Bela Buaya Hilang Tekanan Dan Sunyi- Peluk Cium Siap Bawa Jalan-Jalan
HARRISBURG, Pennsylvania – Seorang lelaki dari negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) berjaya mengurangkan tahap depresi yang dialaminya dengan bantuan seekor aligator bernama Wally, lapor akhbar Mirror UK.
Lelaki berkenaan, Joseph Henney, mula rapat dan menganggap Wally sebagai teman sokongan emosi sejak 2017 apabila dia berdepan kehilangan tujuh individu rapat dengannya dalam tempoh tiga minggu.
Kehilangan mengejut itu membuatkan Henney berdepan tekanan perasaan, namun Wally berjaya membantu dia melepasi fasa tersebut.
 Foto: Getty Images
“Saya kehilangan tiga ahli keluarga dan empat kawan seumur hidup dalam masa terdekat. Doktor mahu memberi saya ubat antikemurungan tetapi saya memilih untuk tidak mengambilnya.
“Selepas sebulan, saya kembali membuat penilaian mental dan doktor terkejut kerana keadaan saya semakin pulih, lalu bertanya apa yang telah saya lakukan. Saya beritahu bahawa saya cuma habiskan masa dengan aligator,” ujar Henney.
Menurut Henney, Wally seekor reptilia yang sangat mesra, suka dipeluk dan tidak suka menggigit.
Walaupun haiwan sepanjang 1.6 meter itu telah terbukti tenang dalam kumpulan manusia, Henney masih perlu menelefon premis tertentu terlebih dahulu jika mahu membawa Wally bersiar-siar di tempat awam.
Pennsylvania membenarkan aktiviti pemilikan buaya secara sah menerusi permit yang perlu dipohon. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
one day, makan besar la buaya ni |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni, pakcik pula yang pergi.. |
|
|
|
|
|
|
|
buaya kalau rasa terancam akan mengigit
kalau dia dah biasa dengan keadaan camtu dia jadi tunggul je
buaya bahaya kalau dalam kolam je utk death roll
atas darat mati kutu
tunggu org suap makanan |
|
|
|
|
|
|
| |
|