CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 506|Reply: 1

Angkara Eksport, Pengeluar Dapat Amaran Keras Tingkatkan Pengeluaran Telur Kegunaan Domestik

[Copy link]
Post time 16-10-2022 08:58 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan pengeluar mengeksport ke luar negara menjadi punca bekalan telur berkurangan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mendedahkan perkara itu selepas melihat sendiri dan mengakui bekalan telur berkurangan, malah pemilik pasar raya akui bekalan telur sukar diperoleh.


“Antaranya, tindakan pengeluar yang mengeksport telur gred kawalan iaitu telur gred A, B dan C ke luar negara yang menyebabkan bekalan telur domestik berkurangan.




FB Alexander




“Kerajaan, melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menaikkan subsidi kepada penternak dari tiga sen sebiji kepada lapan sen sebiji disebabkan kos pengeluaran yang meningkat sekali gus memberi kesan kepada pengeluaran telur gred A, B dan C.


“Subsidi yang diberikan kepada penternak ini juga adalah bertujuan memastikan harga kepada pengguna kekal pada harga siling yang ditetapkan kerajaan untuk telur gred A, B dan C,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.


Katanya, beliau memberi amaran keras kepada semua pengeluar untuk memastikan pengeluaran telur kegunaan domestik dipertingkatkan bagi memastikan keberadaan bekalan komoditi ini di dalam pasaran negara.


Alexander berkata, pengeluar hendaklah berintegriti dan menunaikan tanggungjawab mereka seperti yang dipersetujui bersama dalam beberapa siri perbincangan selepas subsidi tambahan diberikan kepada pengeluar.


Menurutnya, KPDNHEP akan sentiasa bekerjasama dengan MAFI dan agensi terlibat bagi memastikan kebajikan pengguna dijaga.


Dalam pada itu, Alexander berkata, bekalan barangan seperti ayam, sayur minyak dan sebagainya dilihat memuaskan dengan harga jualan mematuhi harga maksimum yang ditetapkan oleh Kerajaan.


Selain itu, katanya, pihaknya akan mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali menerusi sidang akhbar yang akan diumumkan kelak.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tambah subsidi pastu pi eksport.. apa kejadahnya.. kerajaan cuma bg amaran jer, patut blok kejap dr eksport baru ada akal skit diorg nie..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.053414 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list