View: 2250|Reply: 19
|
'Bukan Saya Tak Bagi Dia Berlakon, Dia Sendiri Yang...' - Faizal Hussein
[Copy link]
|
|
Faizal Hussein, 55, tidak pernah menghalang isterinya untuk terus aktif dalam karier lakonan sejak mereka berumah tangga 18 tahun lalu.
Kata pelakon itu, Suhaila Sulaiman, 46, yang juga pelakon drama, lebih memilih untuk memberi fokus kepada keluarga dengan menjaga dirinya dan dua cahaya mata mereka, Fazryn Faizal, 17 dan Fazrick Faizal, 14.
IG Faizal Hussein
"Saya tak pernahlah tak beri dia (isteri) berlakon lagi. Cuma, saya rasa dia yang lebih selesa menjaga anak-anak dan saya di rumah. Dia sendiri yang buat keputusan tidak mahu berlakon.
"Lagi pula, dia juga sudah bertudung. Jadi, dari segi watak itu agak terhad nak dilakonkan. Kalau nak berlakon watak jahat (antagonis) nanti, macam tak sesuai. Takkan dah pakai tudung, nak jadi jahat pula. Macam tak kena," katanya kepada Harian Metro.
Faizal berkata, dia sama sekali tidak menghalang isterinya berlakon, tetapi amat menghormati keputusan Suhaila yang memilih mahu memberi sepenuh perhatian menjaga keluarga mereka.
IG Faizal Hussein
Faizal dan Suhaila berkahwin pada 2004. Suhaila yang aktif berlakon drama pada 1990-an, banyak membintangi drama Spektra yang disiar RTM ketika itu. Antaranya seperti, drama Sayang Puteri, Zon 606 dan banyak lagi.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tgk muka suhaila..jenis tak jemu dipandang |
|
|
|
|
|
|
|
Menua dgn normal, cantik sgt lagi..alhamdulillah..rupanya suhaila x jauh tua dr meols hehe...lawa lah dia dulu dan skrg psgan yg sama2 cantik n ensem |
|
|
|
|
|
|
|
Sejuk pulak mata pandang femli ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik dan hensem anak diorang |
|
|
|
|
|
|
|
Cth pasangan retis yg bagus... |
|
|
|
|
|
|
|
wife dia cantik, aging gracefully gittew |
|
|
|
|
|
|
|
Ank pompuan dia mrsm kalau xsilap ..mmg pandai..suhaila pun chill2 ja mcm mak2 lain..xdak kekwat |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka Suhaila berlakun jd nelayan apaknya abu bakar omar besar sado tp lembut dok rumah masak takut lipas...haha tak ingat tajuk drama tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat Wan Sharmilla ni adik si suhaila nie hahahahh.. beriras.. heheheehhe |
|
|
|
|
|
|
|
roy, Xxray..pemburu bayang, kalo berlakon jd bad boy dia ni...haha
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo jahlop rasa dia hebat sorok muka anak, faizal husein lg hebat, dah 15-17 tahun baru orang tahu haha
tak taupn dia dah kawin 18 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
pnh jumpa dorg 1 family dlm 1 event ni
nmpk mesra
msg2 ok je nk bergambar
roy ni klu tgk dpn2 mmg hensem ya
beautiful smile with full white teeth
|
|
|
|
|
|
|
|
Suhaila ni berlakon dalam kem 505 je kan lepas tu terus sesendu diangin lalu.. apapun muka diorang sama |
|
|
|
|
|
|
|
Suka sgt couple ni. Dah la muka ada iras. Ada ja nampak dia berlakon iklan kerajaan yg pencatutan harga ke apa dgn lakinya jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
tak ingat sangat la ni masa dia berlakon dulu.
anak pompuan dia lawa
|
|
|
|
|
|
|
|
"Lagi pula, dia juga sudah bertudung. Jadi, dari segi watak itu agak terhad nak dilakonkan. Kalau nak berlakon watak jahat (antagonis) nanti, macam tak sesuai. Takkan dah pakai tudung, nak jadi jahat pula. Macam tak kena," katanya kepada Harian Metro.
Bang Pejal....apa ko ingat yg bertudung tu semua baik kah????
Sangat tulus pemikiran Bang Pejal |
|
|
|
|
|
|
| |
|