CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9132|Reply: 126

Beby Toratora Selalu Dikutuk Gemuk Semasa Review Makanan, Bengah Dituduh Perguna Adik OKU Nak Naikkan View

[Copy link]
Post time 16-10-2022 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Walaupun sering menjadi mangsa body shaming, sedikit pun tidak pernah menggugat semangat pempengaruh ini untuk terus aktif membuat review makanan.


Apatah lagi, kerjaya itu banyak mengubah kehidupannya kepada tahap yang lebih baik.


Buktinya, di sebalik cabaran itu dan hasil kerja kerasnya membuat ulasan berkaitan makanan, Nor Atierah Zulfatie Zulkifli, 25, mampu memiliki rumah dua tingkat berharga lebih RM400,000 dan kenderaan mewah.


Foto: IG




Nor Atierah Zulfatie berkata, dia lebih selesa mengambil pendekatan tidak membalas ulasan negatif pada video ulasan makanan yang dimuat naik di setiap platform media sosial miliknya.


"Saya juga cuba mengurangkan membaca komen negatif bagi mengelakkan emosi terganggu.


"Antara komen yang diterima ialah meminta saya menjaga makan untuk mengelakkan pelbagai penyakit. Saya terima semua komen daripada netizen sama ada yang positif ataupun negatif.


"Cuma saya tidak begitu gemar apabila orang terlalu berlebihan dalam memberi komen negatif kerana mereka tidak mengenali saya secara rapat.


"Komen itu pula dibuat hanya kerana melihat saya makan makanan dalam hidangan yang banyak serta menikmatinya dengan penuh berselera," katanya.




  



Menurut Nor Atierah Zulfatie, sebenarnya dia tidak menghabiskan semua hidangan dan makanan yang disediakan itu untuk rakaman ulasan makanan.


Dia yang menetap di Sepang, Selangor berkata, dia tidak menyangka membuat ulasan makanan menjadi pekerjaannya yang dibantu suami, Muhammad Haffis Al Haffus Johari, 30.


"Saya mula berjinak-jinak dengan profesion ini pada 2017 yang mana ketika itu, ia dilakukan hanya sekadar suka-suka.


"Video pertama iaitu ulasan berkaitan mi ramen menjadi tular sehingga saya digelar Queen of Ramen kerana view video itu tinggi.


"Ketika itu, mi ramen baru sahaja diperkenalkan di Malaysia dan sejak itu ia mendapat sambutan menggalakkan masyarakat," katanya.


Nor Atierah Zulfatie berkata, pada 2017, belum ramai yang menjadi pempengaruh dan dia antara pempengaruh wanita terawal membuat mukbang.


"Selepas tular video ulasan makanan, saya mula terima banyak tawaran berbayar untuk mengulas makanan sehingga kini.


"Saya mengakui tugas ini turut menyumbang kepada kenaikan berat badan. Saya lakukan profesion ini kerana minat dan ia sesuai dengan saiz fizikal.


"Saya berharap warga maya tidak menghina pekerjaan pempengaruh bertubuh besar yang membuat ulasan makanan, fesyen atau produk kecantikan.


"Hormati pekerjaan mereka kerana penghinaan itu satu budaya yang tidak sihat," katanya.

Dituduh peralat adik OKU untuk view


"Saya pernah dituduh mempergunakan adik yang dikategorikan orang kurang upaya (OKU) sebagai bahan dalam video review makanan untuk meraih simpati, view dan pengikut," kata Hammad Zamakhshari Mohd Noor.


Hammad Zamakhshari, 35, ialah pempengaruh media sosial yang aktif membuat video ulasan makanan bersama Afiatul Salsabiila, 24, atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Pia.


Menariknya, ia bukan sekadar ulasan makanan, malah turut diselitkan drama pendek berkisarkan keluarga dan isu semasa.


Foto: IG




Hammad Zamakhshari yang lebih mesra disapa Bengah berkata, dia tidak begitu mengambil pusing komen negatif netizen yang tidak memahami tujuannya menampilkan Cik Pia dalam setiap review makanan.


Katanya, dia menggunakan peluang itu ke arah kebaikan untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama Cik Pia.


"Tambahan pula, drama ini dilakonkan secara spontan. Cik Pia juga enjoy walaupun adakalanya dia (Cik Pia) tiada mood untuk bersama-sama membuat video ulasan makanan dan drama pendek," katanya.


Hammad Zamakhshari berkata, dia mula membuat video ulasan makanan pada 2016 sebelum mendapat banyak permintaan untuk melakukannya.


  



"Alhamdulillah, tawaran ini masih berterusan. Tentunya saya dan isteri menumpang tuah serta rezeki daripada Cik Pia.


"Setiap video ulasan makanan yang membabitkan Cik Pia pasti mendapat sambutan," katanya.


Selain itu, katanya, dia turut membuat ulasan makanan bagi membantu usahawan terutamanya peniaga baru memperkenalkan produk keluaran mereka. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbeza sungguh mukbang korean version dgn msian version. Mostly yg korean slim2 n mkn pun sopan xde bunyi2. Yang msian pulak saiz besar n mkn pun ada yg keluar bunyi. Xnk ckp lebih2 nnti kena kecam hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
marlow replied at 16-10-2022 12:42 PM
Berbeza sungguh mukbang korean version dgn msian version. Mostly yg korean slim2 n mkn pun sopan xde ...

Yelatu ko ni. Ada je nk kutuk org melayu. Aku tgok mukbang negara asia lain ada je mkn brbunyi
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
marlow replied at 16-10-2022 12:42 PM
Berbeza sungguh mukbang korean version dgn msian version. Mostly yg korean slim2 n mkn pun sopan xde ...

Bkn ke most bideo mukbang ni berbunyi.. ASMR katanya.. Bunyi tu penting.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingt indon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2022 01:22 PM | Show all posts
Salah bod nie....

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk dia makan tak pula rasa berselera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
What is bengah??
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
marlow replied at 16-10-2022 12:42 PM
Berbeza sungguh mukbang korean version dgn msian version. Mostly yg korean slim2 n mkn pun sopan xde ...

Negara² asia timur yg mulakan makan bunyi bising² gelojoh² semua tu sbb mmg budaya dorg mkn berbunyi utk tunjuk yg dorg nikmati makanan lazat tu. Org kita ni yg asalnya mkn sopan tak berbunyi. Amik nasi pun sikit² seruas dua hujung jari. Takde gelojoh penuh mulut. Tapi disebabkan terikut² budaya makan asia timur lagi² video² mukbang ni yg buat anak muda mula anggap mkn berbunyi tu ok. Padahal tak beradab pada pandangan org tua. Ibarat tak boleh dibawa ke majlis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg ni lhdn kejar tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 16-10-2022 12:54 PM
Yelatu ko ni. Ada je nk kutuk org melayu. Aku tgok mukbang negara asia lain ada je mkn brbunyi

Haah aku tgk ada satu minah korea yg kj masak basuh masak basuk ada anjing kecik.  Makan Berbunyi2 mcm babi.  Smpi org putih semua komen geli pelik jgk kata korea mkn xbnyi
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadikan profesion sebab minat dan sesuai dengan saiz badan.. and betul gelaran Queen of Ramen tu cam bongak je..

Seram tengok dia makan macam bottomless pit..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
moga Allah berkati dengan rezeki yang halal
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah memang ko gemuk dek.. itu kebenaran bukan kutukan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur baru 25..tp kalau aku first time jumpa rupa mcm ni mesti aku panggil akak meskipun umur aku dh 38
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 16-10-2022 05:32 AM
Haah aku tgk ada satu minah korea yg kj masak basuh masak basuk ada anjing kecik.  Makan Berbunyi2 ...

Tu Hamzy kan... mukbang mkn kat restoren2 tu Tzuyang. View juta2 termasuk lah i yg contribute view derang tu

Kalo ikut table manner org putih mmg out la... kita org melayu pun mkn bunyi kunyah kuat2 pun mcm tk de adab. Korea lah kot yg commercial kan mukbang mkn byk dan berbunyi tu. Kalo dulu biase tgk cina mkn gitu pun rase annoying. Skrg dah terbiase pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
marlow: Berbeza sungguh mukbang korean ...


Nak tengok, mukbang korea yg tak bunyi tu? [em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lalu bideo mukbang ni i skip je
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 02:46 PM | Show all posts
Aku geli la dengar bunyi orang makan. And si babytora ni tak sayang badan ke.?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.395178 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list