CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1208|Reply: 15

Isu Beg Berat Murid Sekolah Selesai, Lokar Sekolah Dipasang

[Copy link]
Post time 16-10-2022 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Di sebalik tubuhnya yang kecil, Muhammad Amirul Amin terpaksa menggalas beg sekolah yang berat.


Begitulah realitinya melibatkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang perlu bersusah-payah setiap kali mahu ke bilik darjah.


"Beg saya besar dan berat kerana terlalu banyak buku yang perlu dibawa ke sekolah,” ujar murid Tahun Dua di SK Gombak Setia di Kuala Lumpur itu.


Namun kini, Muhammad Amirul boleh menarik nafas lega selepas masalah itu ditangani dengan sewajarnya.


Foto: mStar Online




Kementerian Pendidikan (KPM), pada 5 Oktober lalu melancarkan fasa pertama inisiatif lokar sekolah untuk murid Tahun Satu dan Dua.


Ia diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada Mac lalu, yang mana inisiatif tersebut amat diperlukan dan dinanti-nantikan itu merupakan sebahagian daripada komitmen kementerian untuk menangani isu beg sekolah berat dalam kalangan murid di Malaysia.


Radzi, semasa majlis penyerahan lokar di SK Gombak Setia baru-baru ini menyifatkan acara itu amat bermakna buatnya.


"Ini adalah antara inisiatif terbesar yang pernah dijalankan oleh kementerian," katanya.


Fasa pertama inisiatif lokar sekolah yang dijangka siap pada akhir bulan ini akan memanfaatkan 626 sekolah dua sesi di seluruh negara dengan pemasangan 249,646 lokar.


Peruntukan sebanyak RM37.3 juta telah diperuntukkan untuk inisiatif tersebut.


Fasa kedua dijangka bermula tahun depan, yang mana ia akan dilanjutkan kepada murid Tahun Empat, Lima dan Enam di sekolah dua sesi.


Masalah berat


Isu beg sekolah yang berat sebenarnya telah membelenggu murid-murid sejak bertahun-tahun.


Beg sekolah murid yang berat bukanlah isu baharu.


Mengakui ia bukanlah isu baharu, Radzi mendedahkan beliau dihujani laporan dan keratan akhbar mengenai murid yang dibebani dengan beg sekolah berat semasa awal perkhidmatannya di kementerian.


"Ia bukan isu baharu dan telah berlaku selama bertahun-tahun," akui beliau sambil menjelaskan bahawa kementerian terpaksa menanggujkannya antara 2020 dan 2021 berikutan pandemik Covid-19.


"Apabila sekolah akhirnya dibuka semula, kita turun padang untuk mengetahui apa sebenarnya yang dibawa oleh pelajar dalam beg mereka," kata Radzi.


Akui terkejut, Radzi berkata kementerian mendapati murid-murid membawa pelbagai barangan di dalam beg galas mereka.


"Selain buku teks, terdapat bekas makanan dan minuman, pertukaran pakaian untuk kelas agama, dan pelbagai buku latihan," ujarnya lagi.


Satu kajian terperinci turut dijalankan untuk mengenal pasti pendekatan terbaik dalam menangani masalah ini, dengan pengumuman tujuh penyelesaian holistik bagi mengakhiri masalah berkenaan.


Penyelesaian


Salah satu daripadanya, sudah tentu inisiatif lokar sekolah untuk sekolah dua sesi.


"Bagi sekolah dengan satu sesi, murid boleh menyimpan buku mereka di dalam laci meja masing-masing,” jelas Radzi.


Langkah-langkah lain yang diambil termasuk penyusunan semula jadual waktu agar hanya tiga hingga empat mata pelajaran dibenarkan sehari dan memberi kelonggaran kepada sekolah untuk menyediakan jadual waktu mengikut sistem giliran mingguan.


"Apabila murid mempunyai banyak mata pelajaran dalam sehari, pastinya beg akan menjadi berat. Dengan mengurangkan subjek kepada antara tiga dan empat, kita dapat memastikan murid tidak terbeban dengan mempelajari terlalu banyak subjek dalam sehari," jelas Radzi.


Yakin sistem penggiliran jadual waktu mingguan berupaya mengurangkan bilangan buku teks dan buku aktiviti yang dibawa murid ke sekolah setiap hari, beliau berkata, kementerian juga mengehadkan jenis buku aktiviti dan buku kerja yang digunakan murid untuk menangani isu beg sekolah yang berat.


"Berdasarkan pemerhatian kementerian, ada mata pelajaran tertentu yang mempunyai lima hingga enam buku latihan," katanya sambil menambah terdapat murid yang membawa semua buku ke sekolah kerana tidak pasti buku mana yang akan digunakan semasa pelajaran.


Menurut belau, kementerian turut menerima buku teks digital dengan terus menerbitkan buku teks baharu dalam format digital.


Sambil memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa kementerian akan memantau sekolah dan guru bagi memastikan langkah-langkah ini dipatuhi, katanya kementerian juga akan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik buat murid-murid.


file7n1kxdr3qltb60rcmdw


Inisiatif lokar sekolah pastinya memberi kemudahan kepada murid-murid.


Bagi murid, Muhamad Amirul, dia gembira kerana tidak perlu lagi membawa beg galas seberat itu ke sekolah.


Selain itu, dia mempunyai lokar peribadinya sendiri yang kelihatan cantik dan berkilat.


"Saya sangat teruja dengan lokar baharu saya," katanya tersenyum.


Tujuh penyelesaian holistik


Kementerian Pendidikan mewujudkan beberapa pendekatan yang diyakini efektif untuk mengakhiri masalah beg sekolah berat dalam kalangan murid-murid.


1. Mengehadkan jenis buku aktiviti dan buku kerja.


Hanya buku aktiviti buku yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan boleh digunakan dalam pelajaran. Buku kerja hanya boleh digunakan sebagai rujukan atau bahan ulasan luar pengajaran dan masa belajar dalam sekolah.


2. Inisiatif lokar sekolah.


Di bawah fasa satu inisiatif lokar sekolah, sejumlah 249,646 loker akan disalurkan kepada 626 sekolah dua sesi di seluruh negara. Pemasangan semua loker di bawah fasa pertama perlu diselesaikan pada akhir Oktober. Fasa kedua projek itu dijangka dilancarkan tahun depan. Untuk sekolah satu sesi, murid akan menyimpan buku dalam laci meja masing-masing di bilik darjah.


3. Penyusunan semula jadual mingguan.


Sistem jadual waktu dengan hanya tiga ke empat mata pelajaran setiap hari, akan dilaksanakan. Sistem itu dipertimbangkan mengikut ketersediaan daripada guru dan sesi sekolah. Sekolah akan diberi kelonggaran untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran mingguan.


4. Mengehadkan jumlah buku kerja.


Murid tidak wajah disuruh membawa lebih daripada dua buku untuk setiap satu subjek pada satu-satu masa. Setiap buku latihan juga tidak seharusnya melebihi 80 muka surat.


5. Akses buku teks digital


Penerbitan baharu daripada buku teks dalam format digital akan diteruskan. Sehingga kini, sejumlah 692 digital tajuk buku teks telah dimuat naik ke platform Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa). Murid dengan komputer riba boleh mengakses buku teks digital melalui platform DELIMa.


6. Adaptasi pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berpusatkan murd.


Guru digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid seperti tematik, modular dan berasaskan projek pembelajaran, makmal maya dan pembelajaran alternatif. PdP akan membolehkan murid belajar berdikari, sama ada secara individu atau berkumpulan, manakala secara berterusan menguasai ilmu. Aktiviti PdP dijalankan di luar bilik darjah seperti di taman sekolah, makmal sains dan makmal komputer bagi menarik minat murid.


7. Kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Murid diberi kebebasan untuk memakai pakaian sekolah semasa Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa). -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah anak buah aku sewakan locker pada student. Rm30 ke 70 setahun.. Lupa dah.. So dia kongsi locker tu dengan kawan dia, murah sikitlah nak bayar..
Dah tahun 2022 dah, kat luar negara tu dah berzaman tori dah ada locker ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Srjkc dh lame buat mcm ni..tp kne byr sewalah. Mmg praktikal.. anak2 pula mmg jenis siapkan kerja kat Sekolah..so mmg x perlu bawa buku2 balik kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Beg sek. mmg terlalu berat..kalau budak2 sek.rendah jenis badan kecik kurus..mmg bebanan beg x baik utk tulang mereka..boleh jadi scoliosis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sekolah anak iols cikgu2 rajin timbang beg anak2. Kalau berat sgt, cikgu akan check apa yg ada dlm beg. Anak tak boleh bawak balik beg tu mak ayah kena datang ambik. Masa tu nanti cikgu akan bgtau apa yg patut cth kena ikut jadual..bawak buku yg perlu je. Contoh kalau penggal satu baru belajar jilid 1, tak payah la bawak sekali buku jilid dua. Sekolah pun buat jadual anjal. Kadang2 satu hari tu 2x subjek yang sama. Beg anak iols yg darjah 2 ni lagi ringan dari beg iols masa sekolah rendah dulu. Pada iols, bab2 jadual ni lebih pada urusan pentadbir sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 04:20 PM | Show all posts
most itl dah tak guna text book pun, smua in pdf, or softcopy je, locker pon ada, pi skolah bawak ipad/macbook je

bukan MOE ni dpt the biggest budget ke? kalo takde tender buku teks kat kroni2 menteri pasola tu rasa cukup nak bagi laptop/macbook sebijik kat student2 kut

tp ye la,  mesia kan darul kroni sakau makau masuk poket sendiri2..mana mau nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2022 06:19 PM | Show all posts
Baru la nak ada action lepas berpuluh tahun isu ni dibangkitkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 09:52 AM | Show all posts
lembap semuanya buat keja. dah nak pru bru thegeh jonon nak selesaikan maslaah rakyat puih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 09:54 AM | Show all posts
bnda masalah yg sama dari zaman aku sekolah tahun 1994 smpai skang tak selesai2 lagi betapa lmbab nya kjaan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:09 PM | Show all posts
silibus tinggi2 nk pegi mane tu cane pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bebudak tak buat kerjarumah lah....
Parents tanya, dia kata buku tinggal dlm locker....tak de kerjarmh.....

Cikgu tanya dia kata buku tertinggal dlm locker cikgu....

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
So lepas ni kes hilang kunci pulak...sekali lg kerajaan dipersalahkan...dan begitulah seterusnya sampai AJM
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgr2 cita cikgu kelas yang akan pegang kunci.Makin mengamuk la cikgu2 nanti.Cikgu Fadhli......helppppppppp.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 04:09 PM | Show all posts
benda ni dah lama sjkc buat..harap semua sek  dapatlah locker ni..kesian sgtlah, beg dah berat naik pulak kelas dekat tinggal 2/3..huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa dpt tender bekalkan locker. Harap2 bukan kampeni yg baru semlm ditubuhkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Loker sekolah ni dh lama dh ada kat sek anak iols.
Kena sewa rm50 kut kalau tk silap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain Saidin akhirnya bersuara, sedang gigih jual minyak wangi
maklukpenggoda"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain
Views : 57284 Replies : 124
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49083 Replies : 76
Konsert Siti-Judika bak 'muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk-sehauknya (level funfair beb)!!!
maklukpenggodaKonsert Siti-Judika bak 'muktamar PA
Views : 10851 Replies : 29
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55281 Replies : 5
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282552 Replies : 8330
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 146957 Replies : 2475
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 191790 Replies : 10011
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2250 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.047237 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list