View: 1047|Reply: 8
|
Menderita 20 Jam, Budak 2 Tahun Maut Sebab Pencakar Tersangkut Pada Kepala
[Copy link]
|
|
Nairobi: Sungguh mengerikan apabila seorang kanak-kanak di Kenya, menderita hampir 20 jam sebelum meninggal dunia akibat pencakar tersangkut pada kepalanya.
Pencakar ialah alatan pertanian yang tajam dan biasanya digunakan untuk menggemburkan tanah sebelum menanam atau menyemai benih pokok.
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu meninggal dunia akibat komplikasi selepas doktor berjaya mengeluarkan pencakar berkenaan.
Foto: Agensi
Insiden ngeri itu berlaku ketika kanak-kanak itu bermain bersama adik-beradiknya dan kanak-kanak lain.
Kemalangan itu berlaku apabila kanak-kanak itu dipukul oleh salah seorang adik-beradiknya dengan menggunakan pencakar yang disimpan di dalam rumah.
Ibunya, Judy Muthoni mengesahkan, anaknya yang dipanggil Javis Maina dari Kilimambogo, sebuah bandar berhampiran Nairobi, meninggal dunia semasa menjalani pembedahan di Hospital Nasional Kenyatta (KNH) di ibu negara, pada petang Selasa lalu.
Menurut kenyataan keluarga, Maina dirujuk ke KNH kira-kira 6 petang Isnin lalu, namun selama 20 jam, dia hanya diletakkan dalam pemerhatian sahaja tanpa pembedahan segera.
Foto: Agensi
Sementara itu, Jabatan Komunikasi KNH berkata, pihaknya menafikan lewat merawat kanak-kanak itu serta mendakwa, prosedur itu mungkin berbahaya, jika tidak dilakukan pada masa yang sesuai.
Sebelum ini, hospital itu pada Selasa mengeluarkan kenyataan, pesakit kehilangan banyak darah dan akibatnya proses pembekuan darah tidak berlaku seperti yang diharapkan, sekali gus melambatkan prosedur pembedahan kerana ini akan membahayakan pesakit.
KNH kemudiannya mengeluarkan kenyataan berasingan mengesahkan kanak-kanak itu mengalami pendarahan dan bengkak pada otak.
"Darahnya tidak membeku, jadi doktor memberinya ubat untuk membantunya sambil mengekalkan dia di bawah pengawasan sehingga mereka dapat meneruskan pembedahan pada waktu pagi, 11 Oktober.
"Namun, dia mengalami komplikasi semasa pembedahan dan keadaannya merosot dengan cepat sebelum meninggal dunia," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ni penggembur tanah
Memang berat
Sekali hempuk
Batu pun pecah
Kalau pencakar tanah tu besi dia ringan sikit
Kalau pencakar rumput/daun pula jenis besi macam sikat jarang
Itu buat garu belakang suami pun boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhh..budak2 ni main pun ganas |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..syurga untuk MU nakk
Awat simpan benda ni dalam rumah adoi |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi laaaa. Adik beradik dia ponnnn, kemain haaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai, kasihannya, semoga keluarga ini dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, sorang lagi hamba Allah masuk syurga tanpa hisab. Untungnya anak2 orang kafir meninggal dunia waktu kanak2 kerana ia masih suci seperti kain putih takde dosa dan belum baligh. |
|
|
|
|
|
|
|
Seram pulak aku tgok gamba dia. Cannot imagine mcm mna la perasaan bdk tu. Mesti menangis je. [em:9:][em:9:] |
|
|
|
|
|
|
| |
|