View: 1631|Reply: 12
|
Tiba-Tiba RM49.2 Juta Tersalah Masuk Dalam Akaun Bank, Suami Isteri Joli Sakan Siap Beli 4 Rumah
[Copy link]
|
|
Melbourne: Pasangan kekasih di Australia dituduh mencuri kerana membelanjakan wang sebanyak AS$10.5 juta (kira-kira RM49.2 juta) yang diperoleh daripada kesilapan transaksi mata wang krypto.
Wang berkenaan diperoleh pasangan itu selepas menyedari jumlah tunai dalam akaun bank mereka meningkat dengan mendadak.
Malah, pasangan itu didakwa membeli empat rumah dan kelengkapan selain melangsaikan beberapa hutang lain.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/14/165436p33p1ufr606ry60y.png) Gambar Hiasan
Thevamanogari Manivel dan Jatinder Singh yang didakwa di sebuah mahkamah di Melbourne kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.
Semuanya bermula pada Mei tahun lalu ketika sebuah platform mata wang krypto memasukkan wang berjumlah AS$100 (RM470) ke dalam akaun Manivel.
Bagaimanapun, Manivel menyedari wang berjumlah RM49.2 juta yang dimasukkan kerana kesilapan sistem ketika transaksi dibuat.
Syarikat itu hanya sedar kesilapan yang dibuat ketika audit dijalankan pada Disember tahun lalu.
"Seorang pekerja di Bulgaria yang ditugaskan untuk memproses membayar semula dana pelaburan tersilap memasukkan nombor dalam sistem mereka," kata Pegawai Pemantau Crypto.com Michi Chan Fores.
Wang itu kemudiannya dipindahkan ke dalam akaun bank pasangannya, Singh.
Lelaki itu bagaimanapun menganggap wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya adalah hasil kemenangan satu pertandingan yang dianjurkan syarikat berkenaan.
Namun, Fores mendakwa tiada sebarang pertandingan yang dianjurkan syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, sebahagian wang sudah dipulangkan semula namun masih ada berbaki AS$3 juta (kira-kira RM14 juta) yang tertunggak. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ha...boleh pun bank buat keje ka...tp kslau duit marhain masuk kt scammer awat tiber bank kata tak tau..semua tak tau |
|
|
|
|
|
|
|
boleh pulak cari orang yang ada akaun bermasalah dengan bank... scammer, bank pening sikit
kita cop jer bank ni semua hipokrit.. dan melakukan jenayah melindungi scammer
harap kita gubal undang-udang untuk bangkrapkan bank melindungi scammer.. kalau didapati bersalah, patutnya release jer info biar semua orang tahu scammer tu siapa, ini sebabnya kes scam tak putus-putus.. siap dah ada sekolah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes yg sama hari tu ke? Kes duit crypto juga yg tersalah masuk.
Sape pun rambang mata tgk duit juta2 masuk account. Dulu2 selalu dpt e-mail org sakit nk mati so nak wariskan harta berjuta juta. Bertuah badan kalo betul ada hartawan yg bagi duit at random je kat sape2. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapee will watch the proceedings of this case with much intense
Kahlahkahkahkahkaj |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat cover malu ja tu kata disangka menang peraduan. Baik ko cakap derma dari ereb dek, ada juga yang percaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dapat email pesakit kanser ni nak derma berjuta2 kat aku. Aku insan terpilih. Dan2 minta no acc aku.
Aku cuma reply bagi list NGO dalam Malaysia untuk dia derma duit juta2. Aku xlayak pun. Terus senyap dah mati kot.
![](static/image/smiley/onion/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Jutawan sementara lepastu tambah hutang lagi ada [em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
lambatnya nk perabih duit...x cekap lg tu![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau scammers lambat pulak nak detect... |
|
|
|
|
|
|
|
Kt sini plk ada yg sampai jd bongoks x tau duit dtg dari mana sbb macai bengap ckp akaun org lain uruskan....tp bila duit x cukup pandai plk suruh tlg top up kan[em:4:][em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
Scammer banyak kali call aku tapi aku x layan, sampai scammer pun fedup dengan aku hahahah rasain ko scammer. |
|
|
|
|
|
|
| |
|