CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12387|Reply: 201

B40 Kena Hina, Sekampung Beratur Nak Beli Makan Di Ikea- "Anak Panjat Troli Macam Chimpanzee"

[Copy link]
Post time 14-10-2022 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Golongan B40 sering menjadi sasaran sebahagian individu yang sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata hinaan di media sosial.


Malah wujud satu grup di Facebook yang diberi nama 'B40 Buat Perangai Apa Harini' yang seolah-olah menjadi tempat untuk menghimpunkan kisah-kisah melibatkan golongan itu.


Terbaharu, luahan seorang lelaki mengenai sikap kurang beradab kanak-kanak di gedung perabot dan kelengkapan rumah Ikea mendapat perhatian ramai.


Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, dia meluahkan rasa kurang senang melihat kelakuan anak-anak kecil sebuah keluarga, didakwa B40, yang sedang beratur di medan selera gedung itu untuk mengambil makanan sebelum dibayar.




Foto: mStar




"Beratur nak ambil makanan dekat food court, sekali bawa 'sekampung' dengan anak-anak kecil beratur sekali.


"Ingatkan tak ada meja, memang perangai j***n nak mati. Biar anak panjat kat penghadang troli macam chimpanzee.


"Akhirnya jatuh, saya pun kata 'Haa padan muka!'. Terus pergi dekat mak dia. Genyeh (tenyeh) mata menangis sambil jeling tengok saya," tulisnya.


Bapa kepada kanak-kanak tersebut didakwa hanya melepak di kerusi sambil bermain telefon bimbit.


Kata lelaki itu lagi, ibu kanak-kanak berkenaan sudah bersedia untuk membayar makanan kepada juruwang dengan memegang wang kertas RM50, dianggarkan lima hingga enam keping.


"Rilekslah, simpan sajalah dahulu dalam beg (wang).


"Jauh lagi nak pick-up makanan akak contact lens hijau. Troli pun tak ambil lagi," katanya merujuk kepada ibu kanak-kanak itu yang memakai kanta lekap.


Tidak terhenti di situ, lelaki ini turut berkongsi kisahnya yang kedua dalam hantaran sama mengenai situasi di Ikea ketika mahu menjamu selera pula.


Menerusi kisah kedua, dia menceritakan pengalaman 'berebut' kerusi dengan seorang pelanggan yang merupakan lelaki tua.


"Dah settle bayar semua, saya pun pilihlah meja nak makan dengan famili. Kebetulan ada meja bulat bahagian hujung sana.


"Masa nak duduk tu, datang lelaki tua ambil semua kerusi dari meja lain. Saya katalah saya nak guna meja ni, kenapa ambil kerusi?


"Habis dia angkut kerusi lain ke meja dia. Eh ba** punya orang tua ni. Nak maki depan nanti jadi drama pula dalam Ikea. Dari aku duduk, sampai siap makan, baru makanan orang tua tu sampai," ujarnya lagi.


Seterusnya dia membuat kesimpulan bahawa sukar untuk mengubah sikap atau perangai B40 walau menggunakan barangan mahal.


"erangai B40 ni memang tak berubah walau kau pakai kereta besar ke, pakai pakaian branded ke atau contact lens hijau sekali pun," katanya.


Di ruangan komen ramai netizen yang bersetuju dengan sikap kurang peka ibu bapa terhadap anak-anak mereka di tempat awam.


Namun, ada juga warganet yang kurang senang dengan posting yang dikongsi, termasuklah tindakannya melabel individu-individu dalam penceritaannya sebagai B40.


"Anak kalau dah terlompat terkinja tu maksudnya kau sebagai ibu ayah tak terapkan disiplin pada anak di tempat awam. Kau mengaku sajalah.


"Ada saja yang memang parents nak anak pilih makanan sendiri sebab tu anak-anak ikut sekali. Kita nak kutuk-kutuk orang macamlah kita ni sempurna sangat.


"Kenapa perlu labelkan perangai B40, M40 atau T20 dekat isu ni? Walau hakikatnya yang buat tu M40 dan B40, masih nak tonjolkan B40? Hakikatnya perangai buruk tu hadir di kalangan setiap lapisan masyarakat, biarpun daripada kalangan kerabat atau VVIP (very very important person) sendiri," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 12:07 PM | Show all posts
itule..adakan lagi sistem kasta..
dah memasing perasan T20...walaupun
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 12:13 PM | Show all posts
tu tak tgk lagi jamuan raya terbuka
sepet ni bawa keluarga
dlm setiap beg dh ada plastik utk tapau

kalau masa AGM
siap berebut nak tapau sarapan pagi
tu sebab kebanyakan AGM sediakan voucher makan tgh hari je
sarapan continue la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 12:13 PM | Show all posts
ah kau tu pun tah b40 jek...t20 tak sopping ikea la..drg sopping laura ashley atau ralph lauren..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 12:19 PM | Show all posts
Siapalah yang sibuk-sibuk wujudkan konsep B40,M40 dan kayangan ini?
Tanpa kita sedar, sekarang dah wujudnya kasta-kasta versi lite di negara kita.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 14-10-2022 12:33 PM

Mak bapak pemalas mmg bawak anak gi ikea je..
Xleh nak hadap perangai anak kat rumah bawak gi public org lain tgkkan..

Mainan sume free..
Ada penjaga guard kalau anak hilang..
Makanan pun murah nak2 breakfast set..

Lepas tu komplen toilet xde paip hose..
Surau penuh lah.. xbaby friendly la.. yihhh..

Bila org tegur perangai anak eh dia punye melenting bukan main..
Dah tu knp kau biar anak2 kau meliar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lagi menyampah dgn tukang cerita ni...sombong membongak...kau nak cite pasal mak pak budak tu takyah la nak sebut2 b40 ke ape...kau pon tak kenal dia mana kau nak tau byk mane duit dlm bank dia...aku rase yg byak duk bercerita kat fesbuk tu pon dlm golongan pendapatan rendah jugak.....sebab ape yg diorang tulih tu sebenarnye cerminan hidup diorang sendiri.....kesian
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nsb baik jugak la Johor ni Jumaat cuti..Aku kalo p IKEA p ari Jumaat..X ramai sgt umat hari ni.. tp makan kat food court Topen... Mls nk beramai2 kat food court IKEA..lgpun tekak aku rs meatballs dia yg femes tu x la sesedap mn.. Aku suka mkn yee mee kat food court Topen tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 01:22 PM | Show all posts
B40, M40, T20 ni kerajaan la yang perkenalkan..
sebab nak tumpukan golongan bersasar yang layak dapat bantuan..
tapi ujung2 rakyat msia jadikan bahan nak hina orang pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
mana tau depa tu b40? iols rajin jugak ke ikea ni dah nama pun perabot mampu milik psg sendiri dan itu je la yg kami mampu tp jrg la i tgk makayah bwk skali anak2 beratur beli makanan. tapi biasa i pergi weekdays la. kalau kat  batu kawan ramai jmp bdk2 uni (i fitnah usm sbb plg dekat) mmg beratur beramai2 bising2 sesama depa. kat cheras &damansara mmg aman kalau p wkdays siang
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Helloo sejak bila ikea ni utk m40 t20 jah

Baideweii.. ikea ni port iols borong cadar and kelengkapan resort je..

Koser tau diri sendiri nak minum dari cawan ikea
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:25 PM | Show all posts
Sampai sekarang saya pelik, kenapa ke Ikea beramai-ramai sedangkan Ikea tu gedung perabot bukan tempat bersantai seperti Jom Heboh. Ada yang bawa handicapped, sorong dari satu display station ke satu ruang yang lain.. Paling tak faham, Ikea cafe macam kedai mamak. Semua serbu cafe semata-mata untuk breakfast bukan membeli barang di Ikea.. Entah apa2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:26 PM | Show all posts
kebarangkalian:
1. tukang citer B40 jua tp fefeling T10
2. warga OKT adalah T10 tp pangai B40

tingat perkongsian sahabat iols ttg ADAB..
kalo manusia tu berilmu tp tiada ADAB.. ginilah peel nya... baik tukang citer dan warga OKT... 2x5
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 14-10-2022 01:22 PM
B40, M40, T20 ni kerajaan la yang perkenalkan..
sebab nak tumpukan golongan bersasar yang layak dapa ...

Ye betoi.. utk LHDN category je kan... merepek je
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg suka mengkasta2 kan org eh. Tah2 diri sendiri pun sekasta dgn org lain. Ko nk cite ko g ikea la khen? Mcm hebat sgt la ikea tu khens. Tah2 g ikea pun sekadar nk mkn je (sbb affordable je pun mknan kt sinin). perabot pun non hado ko beli.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni cita poyo. Tukang cerita sah2 2x5 bifoti. Rajin naw t20 nk besesak2 mcm ulat taik kt ikea tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 01:56 PM | Show all posts
Sejak dia ada delivery tak jejak dah ikea ni.  Rasa tak ada privacy nak browsing or try furniture, ada je orang di sana di sini.  Now hoping dia buka online store for their food market.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nk je aku hempuk yg bercerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 02:03 PM | Show all posts
gelinya dengar netizen kepam yg kulu2 kilir b40 m40 t20 ni..
dah mcm india jah prangai ko sial..berkasta2 bagai
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bersesak tu nak kan suasana je...cuci mata x beli apa asal sampai tempat2 camni..kiranya mcm melancong la bukan p selalu pun asal pernah sampai..tempat perang atau disaster area pun ada golongan pelancongnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.525033 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list