View: 1190|Reply: 6
|
Mayat Lelaki Atas Bumbung Asrama Ada Kesan Kelar Di Tangan -Bunuh Diri Sebab Putus Cinta Ke?
[Copy link]
|
|
IPOH – Seorang pekerja kilang warga Nepal ditemui mati dengan kesan kelar di tangan dalam kejadian di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Kinta Jaya di sini.
Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu dijumpai di atas bumbung premis yang dijadikan asrama pekerja kira-kira pukul 8 malam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal di tempat kejadian menjumpai kesan darah di atas katil dan lantai bilik si mati hingga ke bahagian ruang tamu dan bilik rakan serumahnya.
 Foto: Kosmo
Katanya, mayat lelaki itu dijumpai dalam keadaan terbaring di atas bumbung luar bilik rakannya dan pemeriksaan awal pada tubuh si mati mendapati terdapat kesan kelar pada pergelangan tangan kiri dipercayai bunuh diri.
“Sebilah pisau turut dijumpai dalam jarak tiga meter dari lelaki itu namun tiada kesan pergelutan didapati berlaku dalam rumah tersebut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.
Menurut Mohd. Yusri, tempat kejadian merupakan gudang menyimpan peralatan proses ayam dan ayam daging di mana tingkat satu dijadikan sebagai asrama tiga bilik yang didiami dua pekerja warga asing.
Katanya, mayat si mati dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu proses bedah siasat selesai. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian...mungkin dapat tau bini kat kampung dah kena sapu.. |
|
|
|
|
|
|
|
jgnla mmpos kat mlyisa myusahkan btol |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la dh berkurg 1 pendatang kt negara ni dan harap masih belum sempat membiak kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya haritu ada kes bunuh diri jugak di area kilang negeri Perak ni
dalam tahun ni jugak tak silap aku
what is this domino behavior |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan kat asrama sekolah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|