CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 1

Metro Terbesar Taiwan Tangani ‘Kemiskinan Haid’ Dengan Beri Produk Sanitari Wanita Percuma

[Copy link]
Post time 14-10-2022 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Susulan desakan di beberapa negara Asia untuk menangani krisis ‘kemiskinan haid’, wanita di Taiwan akan menerima produk kebersihan wanita secara percuma.


AFP melaporkan, laluan kereta api terbesar di Taiwan, Taipei Rapid Transit Corporation akan memulakan tempoh percubaan menawarkan produk berkenaan mulai 1 November ini.




Reuters




Difahamkan, produk kesihatan haid di akan disediakan 20 stesen kereta api paling sibuk di sepanjang laluan terbesar di ibu kota Taiwan itu dan Bandar Baharu Taipei.


“Kami akan menilai semula dan menyesuaikan mengikut keputusan percubaan ini dan maklum balasnya,” kata syarikat pengendali kereta api itu dalam satu kenyataan.


Percubaan itu mendapat kebenaran selepas beberapa ahli majlis bandar raya mencadangkan bahawa Taipei perlu mengikuti langkah di seberang laut termasuk Jepun dan Korea Selatan untuk meningkatkan akses percuma kepada produk kebersihan wanita.


Seoul melaksanakan program yang menawarkan tuala wanita secara percuma di sekitar 300 institusi di seluruh ibu kota Korea Selatan itu termasuk perpustakaan, muzium dan pusat kebajikan.


Pentadbiran Tokyo pula mula mengedarkan produk kebersihan wanita pada September lalu dalam beberapa bilik air di ibu pejabatnya di Shinjuku.


Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Taiwan telah memperkenalkan inisiatif pemberian cuti kerja kepada wanita ketika datang bulan.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Terigat kat kak long anak wak jahit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.214090 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list