CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1893|Reply: 5

Keluarga Adibah Noor Dapat RM20,000 Hasil Bidaan NFT

[Copy link]
Post time 14-10-2022 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Keluarga pelakon Allahyarham Adibah Noor menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM20,000 hasil bidaan Non-Fungible Token (NFT) ketika tayangan perdana filem Juang pada Ogos lalu.


Sumbangan itu diserahkan kepada wakil keluarga arwah iaitu Noor Abidah Mohd Omar yang juga kakak kepada pelakon dan penyanyi itu ketika Majlis Apresiasi Filem Juang yang berlangsung baru-baru ini.








Adibah, 52, meninggal dunia pada 18 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara akibat kanser ovari.


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WebTVAsia yang juga penerbit bersama filem Juang, Fred Chong berkata, sebanyak tujuh edisi terhad reka bentuk Juang NFT ditawarkan untuk dibida yang mana WebTVAsia berjaya menerima jumlah bidaan sebanyak RM40,000.




  



Menerusi bidaan itu kata Fred, pihaknya berharap dapat meningkatkan sektor kreatif Malaysia melalui inisiatif digital NFT sebagai pemangkin kepada peluang komersial dan penjenamaan baharu kepada pekerja industri di masa akan datang.


"Mengambil Apresiasi Juang NFt sebagai projek perintis pertama, WebTVAsia percaya dan yakin lebih banyak kerjasam dapat diwujudkan dan memberi impak lebih besar dan positif, bukan sahaja kepada industri kreatif tetapi menyediakan penjagaan dan bantuan untuk menyokong bagi pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Malaysia," katanya.


Filem Juang bukan sahaja mengisahkan tentang pengorbanan pejuang barisan hadapan dan semangat dalam memerangi Covid-19, tetapi ia juga karya amal NFT pertama di Malaysia yang menyalurkan semua hasilnya kepad beberapa buah badan kebajikan.




  



Sementara itu, selain Adibah, WebTVAsia turut menyerahkan RM10,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Thrive Well yang juga selaku penerbit filem Juang selain The Hope Branch yang diasaskan oleh pelakon dan pelawak Harith Iskander.


Thrive Well dan The Hope Branch juga aktif dalam menjaga kebajikan golongan yang terkesan sepanjang pandemik.




Foto: mStar




Sebanyak 450 koleksi reka bentuk NFT eksklusif yang menampilkan pelakon utama Juang termasuk Zizan Razak, Zul Ariffin, Janna Nick, Jack Lim, Sangeeta Krishnasamy, Haoren dan banyak lagi yang dijual kepada orang ramai.


Semua hasil jualan NFT berkenaan akan didermakan kepada pertubuhan amal Thrive Well dan The Hope Branch. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 11:28 AM | Show all posts
NFT ni sort of digital copyright art la khen
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 02:40 PM | Show all posts
ape jadah nft ni aku pon xpham
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 07:12 PM | Show all posts
Dogecoin (DOGE) - A meme-inspired cryptocurrency that started as a joke but gained a following among cryptocurrency enthusiasts. It has a decentralized and peer-to-peer infrastructure and is used as a means of exchange and tipping.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Burong_Hantuk at 17-2-2023 08:48 PM

Harap fmly arwah gunakn duit yg ada utk langsai hutang piutang arwah klu ada...ada extra,blh sedekahkan sikit sbg saham akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Terasa mcm dia masih hidop. Spjg hyat dia pun dia xdk sakitkan hati sapa2.dia pi pun dlm kdaan dia simpan kesakitan sorg2, hebat manusia jgn dinilai pda diri dia masa hidup.. yg nmpk hina mgkin lebih baik dri kita.. hebat seorg adibah noor tiada tandingan smoga sedang berada di tmn syurga
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.139913 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list