CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2616|Reply: 13

Tak Terkejut, Syamsul Yusof Dah Tahu Dari Awal

[Copy link]
Post time 14-10-2022 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Pengarah filem, Syamsul Yusof, 38, tidak terkejut apabila namanya disahkan tidak terbabit sebagai 'tunjang utama' untuk mengarahkan prekuel filem Mat Kilau yang bakal diterbikan Studio Kembara, tahun depan.


Syamsul dihubungi berkata, dia sebenarnya sudah tahu mengenai perkara itu dari awal lagi kerana ada ura-ura tempatnya digantikan oleh pengarah lain. Jelasnya, dia okey dan melihat positif untuk industri.




IG Syamsul




"ada saya, ini satu langkah yang baik juga sebenarnya. Sebab, kita tahu ada ramai lagi pengarah di Malaysia ini yang berpotensi dan mungkin tidak mendapat lagi peluang itu, kerana bagi saya setiap pengarah pasti ada 'trademark' tersendiri, gaya persembahan tersendiri.


"Saya pun sebelum ini memang teringin nak buat filem epik dan Alhamdulillah, saya dah buat filem Mat Kilau berjaya, syukur Alhamdulillah. Jadi, saya rasa kepada pengarah lain yang belum mendapat peluang, bagi saya ini langkah yang bagus.


"Ia peluang baik yang Studio Kembara berikan untuk pengarah itu menunjukkan 'skill' pengarahan dan penulisan yang berbeza dari gaya persembahan saya," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Syamsul, semoga dengan pasukan dan pengarah yang baharu, filem prekuel Mat Kilau atau  filem-filem epik lain yang Studio Kembara nak hasilkan selepas ini berjaya. Katanya, ia langkah yang amat baik juga supaya ada warna-warni dalam industri filem Malaysia.


"Mungkin akan ada kekurangannya juga jika saya yang masih buat (arahkan) filem prekuel Mat Kilau itu. Sebagaimana kita tengok filem luar negara seperti Fast and Furious dan Mission: Impossible, penerbitnya juga ada mengambil pengarah yang berbeza untuk mendapat rasa dan teknik yang baharu dari segi pengarahan dan penulisan.


"Jadi, diharapkan sesuatu yang segar dan lain daripada sentuhan Syamsul Yusof. Saya doakan yang terbaik untuk Studio Kembara dalam apa saja filem epik akan dihasilkan nanti, bukan hanya prekuel Mat Kilau itu. Semoga industri filem Malaysia penuh warna-warni dan peluang terus dibuka kepada pengkarya-pengkarya lain," katanya.


Berbicara juga projek terbaharunya, Syamsul menjelaskan dia kini memerlukan komitmen 200 peratus  untuk filemnya akan datang seperti The Original Gangster, sebuah karya aksi moden termahal, terhebat Malaysia yang akan memulakan penggambaran pada  November dan Disember depan.


Terdahulu, penerbit dan pengarah urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali mengesahkan Syamsul serta dua pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan iaitu Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy tidak akan terbabit dalam pembikann karya prekuel Mat Kilau, akan datang.




IG Syamsul




Perkara itu dimaklumkan Abdul Rahman kepada media ketika ditemui pada majlis Studio Kembara santai bersama media di Bangi, hari ini. Untuk rekod, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan  yang ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 23 Jun lalu berjaya mencatat kutipan 'box-office' melebihi RM97 juta, sekali gus mencipta rekod sebagai karya tempatan yang mencapai kutipan tertinggi.



Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 10:29 AM | Show all posts
Ada konflik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 10:33 AM | Show all posts
Xpelah rezeki di tempat lain ...apa ada hal
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Konflik anak menantu kot.. Nk tambahkan konflik, ko ambikla ira degawan tu blakon filem ko sol.. Sekadar mengeruhkan suasana
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 11:04 AM | Show all posts
Betul la Sol ni cakap bg peluang pada org lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 11:16 AM | Show all posts
amboi, selfie berduck face bagai sol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2022 11:18 AM | Show all posts
mohon buat filem pasal banjir pulek... tema politik...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam bayangan perempuan dekat spec mata dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ok la tu. harap2 director baru xdela bgegar2 camera, sinematograpi ngam..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 14-10-2022 11:18 AM
mohon buat filem pasal banjir pulek... tema politik...

Aku sokong.. kalau boleh masuk kan skali inside story .. baru ada akai
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 02:18 PM | Show all posts
Kalau tak offer kat AP sorang nampak sangat pulak dendam tak habis lagi
So buang tiga2 termasuk si pengarah, habis cerita
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Positif sungguh heols
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Olumis replied at 14-10-2022 04:08 PM
Wow. Positif sungguh heols

Org kaya Raya..mmg tak rasa apa apa pun..good komen sol
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Okla tu...kalo filem2 dah berjaya ni buat sekuel or prekuel kalo flop nanti konpem pengarah kena dulu...kecuali kalo buat sekuel tu, filem jadik lebih bagus dr segi kutipan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043468 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list