CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6958|Reply: 46

Zul Ariffin Jatuhkan Gari Besi Atas Kaki Nasha Aziz Sampai Bengkak, "Berkali-Kali Zul Minta Maaf, Saya Diam Je"

[Copy link]
Post time 13-10-2022 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Meskipun berdepan kemalangan kecil hingga menyebabkan kakinya bengkak, pelakon jelita, Nasha Aziz, 51, tetap mengutamakan profesionalisme ketika menjayakan penggambaran filem Talbis Iblis.


Menurut Nasha, kejadian itu berlaku ketika dia sedang bersiap sedia menjayakan satu babak bersama Zul Ariffin sebelum pelakon lelaki itu secara tidak sengaja terjatuhkan gari besi di set tersebut.


Foto: Utusan




“Hendak dijadikan cerita, masa penggambaran dengan Zul, dia seperti tengah tidak senang hati disebabkan penggambaran bermula lambat.


“Ketika dia bercakap-cakap dengan kru yang ada di set, dia terjatuhkan gari besi yang sedang dipegang dan terkena kaki saya. Memang sakit.


“Tapi, disebabkan mahu tunjuk diri profesional, saya diamkan sahaja. Dalam hati memang rasa nak menangis… gari besi kot!,” katanya.


  



Jelas Nasha, Zul yang menyedari kecuaiannya berkali-kali meminta maaf sebelum meneruskan babak dengannya.


“Banyak kali juga dia minta maaf dengan saya kerana tidak sengaja. Saya diam saja sebab tengah tahan sakit dan tetap kena teruskan juga babak tersebut.


“Saya pula dengan persalinan watak hantu, mahu atau tidak kenalah tahan air mata walaupun kaki sudah bengkak… Kata nak jadi hantu,” katanya ketawa.


Sementara itu, berkongsi mengenai filem arahan Khabir Bhatia itu, Nasha mengakui, tidak mudah membawakan watak Junaidah yang disifatkan banyak mengerah tenaganya.


  



“Kebanyakan babak dalam filem ini, saya lakukan sendiri. Susah sudah tentu, lagipun tidak ada benda yang senang di dunia ini. Tapi, saya suka terutama apabila banyak pihak memberi kepercayaan dan keyakinan terhadap saya.


“Boleh dikatakan, babak kena gantung paling sukar untuk disempurnakan dan menjelang akhir cerita, memang banyak adegan yang memerlukan energi berganda dan menuntut saya bereksperimen.


“Saya tidak merujuk mana-mana watak atau karya untuk membawa watak Junaidah. Saya bayangkan sendiri bagaimana mencorakkan karakter ini untuk mencabar sejauh mana kemampuan diri dalam lakonan,” katanya.


Filem terbitan bersama Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment ini akan menjengah pawagam di Malaysia bermula 20 Oktober ini.


Selain Nasha, turut membintangi filem ini Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis dan ramai lagi. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 05:32 PM | Show all posts
zaman dia dipuji cantik sudah pun berlalu

Kalau dia stuck di arena dia dijulang sebagai awex Melayu tersangkak lawa , aku rasa ada baik gari beis itu hentak ke kaki dia supaya dia tersedar dari lamunan yang lama.

Muka dia pun  dah muka nenek

syukur masih boleh bergerak dan masih mampu urus diri sendiri .

Carilah Tuhan  , tinggalkanlah dunia glamour ini

rumah dah halau pergi

kubur dah lama seru kemari

kenapa bodo sgt nak faham???



Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Rentilah buat muke smpai nmpk pelik2... Cantik jer u olls even xmekap tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
buat hidung untuk watak ni kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 08:42 PM | Show all posts
.HannahMontana. replied at 13-10-2022 05:32 PM
zaman dia dipuji cantik sudah pun berlalu

Kalau dia stuck di arena dia dijulang sebagai awex Melayu ...

Ok jer dia nak stay dlm dunia glamour retisan ni
tapi plis la jangan buat muka nam nampak comel mc budak belasan
badan tu mmg cantik lagi lah
tapi
pada pandangan saya
biar muka saggy (sesuai dgn usia -- ramai yg 50an muka dah start sagging -- its OK .. tapi ramai juga yg menten cantik pipi terletak - Alhamdulillah)
dari muka nampak pelikan

FYI
bila kita dah 50an
kita masihg rasa nak suka suka happy
at the same time kita juga semakin dekat dengan Dia

Nasha ni
kalau lah dia tak buat muka
pasti dia retis 50an terjelita
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Idung Idung Iduuuuuunnnggg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2022 09:42 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 13-10-2022 08:42 PM
Ok jer dia nak stay dlm dunia glamour retisan ni
tapi plis la jangan buat muka nam nampak comel mc ...



Betul apa yg ko katakan itu .

Mimik muka dia tak seiring dengan usia yg menampakkan dia buta perut , bodo dan masih gila dijulang padahal rumah sudah halau dia pergi , kubur seru dia kemari


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 09:43 PM | Show all posts
cantik , cantik pun xde jantan nak buat bini ???????????

sebab tu org kata masa org minta nak buat bini elok-elok , ada baik fikir dan setuju kalau kena dengan orang yg minta tu  , kahwin sajalah

ke sepi itu indah bagi sesetengah orang???

muka kalau cantik sekalipun ko tetaplah dah tua .

tua dan mati xde ubat , oleh itu janganlah  jadi bodo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 09:48 PM | Show all posts
Ramai saja perempuan yang sadis !


Cukup takut dha xcantik

mempertahankan cantik tu mcm satu kebodohan , hidup hanya nak validation org saja kah ???

sayang diri sendiri

fikir mati , itu paling cerdik , kata Nabi.

muka saja ubah ubah nampak comel nampak lawa , poen dah kedot berjuta ,,,siapa yang tahu !
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 07:14 AM | Show all posts
jul riporn akan amik kesempatan tak kat nenek ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Lainnya muka dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 08:11 AM | Show all posts
pandai dia jaga badan cuma muka la terlebih repair
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 08:58 AM | Show all posts
bulalof replied at 14-10-2022 07:14 AM
jul riporn akan amik kesempatan tak kat nenek ni?

mungkin bakalan ada adegan gesel mengesel or dukung mendukung.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 09:50 AM | Show all posts
ziana zain tua 3 tahun dr NA pon chantek jgk.. mmg retis2 ni pndai jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 09:58 AM | Show all posts
Dia ni cantik je bagi iols.
Kalau tak adjust muka pun elok je dia ni mmg cantik semulajadi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 10:00 AM | Show all posts
semoga nek nasha bertemu jodoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 10:03 AM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 13-10-2022 12:42 PM
Ok jer dia nak stay dlm dunia glamour retisan ni
tapi plis la jangan buat muka nam nampak comel mc ...

Setuju. Body lawa tu lain cerita. Muka tu asik nak buat acah2 comel dah kenapa?? Adoiii rengsa iolls tengok.

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 10:04 AM | Show all posts
Khabir batia ni selalu citer aku bole layan, berkali jugak la aku repeat

Sepi ngan cinta tu antaranya
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 11:21 AM | Show all posts
Badan dia cantik betul.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 11:45 AM | Show all posts
kaki dia sakit lah korang, tp korang dok la mention pasal muka dia...apeni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.273917 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list