CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 496|Reply: 1

14 Buruh Wanita Dikurung Pemilik Estet Sebab Tak Bayar Pinjaman

[Copy link]
Post time 13-10-2022 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Dakwaan berhubung 14 buruh wanita dikurung pemilik ladang kopi di estetnya kerana tidak membayar pinjaman kini dalam siasatan polis India.


BBC melaporkan, lelaki dikenali sebagai Jagadeesha Gowda dan anak lelakinya didakwa mengurung pekerja Dalit (ahli kumpulan status sosial terendah dalam sistem kasta Hindu) selama tiga jam di Karnataka Selatan pada Isnin.


Siasatan itu dibuat berikutan seorang wanita mendakwa mengalami keguguran selepas diserang Gowda.




Foto: The News Minute





“Berlaku pergaduhan di antara buruh estet yang terletak di Chikkamagaluru. Gowda cuba campur tangan dan didakwa menyalahguna kuasa dan menyerang pekerja wanita, mendorong semua pekerja wanita untuk meninggalkan kerja mereka,” kata wakil pihak berkuasa.


Sementara itu, Gowda didakwa mengarahkan kesemua pekerja membayar semula pinjaman berjumlah 900,000 rupee (RM51,194.70) serta merampas telefon bimbit pekerja wanita di situ.


“Gowda juga didakwa mengurung mereka di rumah antara jam 9 pagi dan 12 tengah hari," kata pegawai polis Chikkamagaluru, Uma Prashanth.
Sementara itu, pihak berkuasa dilaporkan sudah mengambil laporan namun tiada tangkapan dibuat sehingga kini.


Tuduhan kini disiasat di bawah Akta Kasta berjadual dan Suku Kaum Berjadual (Pencegahan Kekejaman) kerana menyebabkan kecederaan dan mengurung mangsa.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesianyaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.996640 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list