CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 753|Reply: 1

Buka Akaun Untuk Terima AS$100 Juta- Pegawai Bank 'Cabut' Lepas Najib Razak Tandatangan Dokumen

[Copy link]
Post time 12-10-2022 04:06 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Seorang bekas pegawai kanan bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau diperkenalkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu pertemuan di rumah bekas Perdana Menteri di Bukit Tunku, 11 tahun lalu.


Bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank, Cheah Tek Kuang, 75, berkata, ketika kereta yang membawanya tiba di rumah Najib, beliau melihat Jho Low keluar daripada sebuah kenderaan lain.


Ujar saksi pendakwaan ke-39, Jho Low kemudian memperkenalkannya kepada Najib sewaktu kedua-duanya memasuki kediaman bekas Perdana Menteri.




Foto: Kosmo




Dalam keterangannya minggu lalu, Tek Kuang berkata, beliau bagaimanapun tidak berbual dengan Jho Low dalam pertemuan tersebut walaupun mereka menghala ke rumah Najib secara konvoi bersama beberapa buah kenderaan lain.


Saksi pendakwaan ke-39 berkata, beliau dijemput di kawasan rumahnya oleh pemandu kenderaan manakala Jho Low menaiki kenderaan berlainan.


Menurut Tek Kuang, kehadirannya ke Bukit Tunku bertujuan menyerahkan dokumen pembukaan akaun kepada Najib sebagai persedian bagi menerima deposit tunai AS$100 juta daripada Kerajaan Arab Saudi.


Minggu lalu, Teck Kuang ketika membacakan pernyataan saksi berkata, Najib sendiri memaklumkan bahawa wang AS$100 juta akan dimasukkan ke dalam akaunnya.


Kata saksi, bekas Perdana Menteri memberitahu wang tersebut disumbangkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk melaksanakan aktiviti berunsur keagamaan.


Saksi menyatakan demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah dan 21 tuduhan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri.


Pada sesi pemeriksaan semula, Tek Kuang diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram untuk menjelaskan pertemuannya dengan Jho Low di rumah tersebut pada 2011.


Sri Ram: Kamu ditanya berhubung kunjungan ke rumah Najib dan kamu kata Jho Low juga ada di sana. Boleh kamu jelaskan?
Tek Kuang: Ketika tiba di rumah Datuk Seri Najib, Jho Low keluar daripada kereta berlainan. Dia kemudian memasuki rumah tersebut dan memperkenalkan saya kepada Datuk Seri Najib.


Sri Ram: Kamu kata kamu agak gementar ketika di sana. Kamu kemudian beredar selepas Najib menandatangani dokumen bank?
Tek Kuang: Ya, saya ‘cabut’.


Sri Ram: Adakah Jho Low turut meninggalkan rumah Najib bersama-sama kamu?
Tek Kuang: Tidak. Saya tidak tahu dia dimana ketika itu.


Keterangan Tek Kuang hari ini berhubung pertemuan dengan Jho Low, pernah dikemukakannya ketika menjadi saksi perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. pada 2019.


Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung lagi petang ini. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2026 07:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:33 AM GMT+8 , Processed in 1.012094 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list