View: 583|Reply: 0
|
Ralit Hadap Telefon, Nasib Baik Tak Putus Kepala Tersepit Pintu Lif
[Copy link]
|
|
Tular rakaman video menunjukkan seorang lelaki nyaris maut tersepit pintu lif di Rusia baru-baru ini.
 YouTube
Kejadian yang dirakam oleh Kamera Litar Tertutup (CCTV) itu menunjukkan seorang lelaki keluar dari dalam lif berkenaan sebelum mangsa yang ralit dengan telefon bimbitnya melangkah masuk.
Namun, baru sahaja dia melangkah, lif berkenaan terus bergerak sebelum pintu ditutup sepenuhnya.
Rakaman video menunjukkan situasi cemas di mana kaki mangsa nyaris tersepit.
Insiden yang dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Krasnodor, Rusia itu turut mengundang perhatian masyarakat.
Rata-rata mereka menasihatkan agar pengguna jangan terlalu leka sebelum memasuki lif dan peka dengan keadaan sekeliling.
Sumber: Majoriti |
|
|
|
|
|
|
| |
|