View: 949|Reply: 4
|
'Semua Saya Pulangkan' - Pemandu Bas Jujur Dapat Pujian
[Copy link]
|
|
"Sudah jadi tanggungjawab diri ini untuk pulangkan semula kepada pemiliknya kerana itu bukan hak saya," kata pemandu bas, Noor Aznan Md Tanizi.
Noor Aznan, 34, memberi reaksi itu susulan kisahnya yang tular di laman sosial kerana mengembalikan semula beg tangan mengandungi barangan berharga milik penumpang bas.
(Foto kiri) Noor Aznan sering berjumpa barangan milik penumpang dan memulangkannya. (Foto Kanan) Noor Aznan bersama anak dan isterinya. FOTO Ihsan Noor Aznan Md Tanizi
Kejujuran bapa seorang anak yang menetap di Taman Pelangi, di sini mendapat pujian warganet, malah ada dalam kalangannya turut berkongsi pengalaman menerima layanan baik ketika menaiki bas dipandu Noor Aznan.
Berkongsi kisah sebenar, Noor Aznan berkata, beg tangan itu ditemukan adalah milik seorang penumpang wanita yang menaiki bas dipandunya dari sini ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.
Menurut, pada mulanya dia tidak menyedari adanya beg tangan yang tercicir itu sehingga dihubungi penumpang terbabit.
"Jumaat lalu, saya seperti biasa memandu bas dari sini (Kluang) ke TBS membawa penumpang termasuk wanita berkenaan.
"Selepas tiba di terminal (TBS), saya tidak sempat untuk kemas dan periksa tempat penumpang. Tak lama kemudian, saya dihubungi penumpang terbabit dan dia bertanyakan mengenai beg tangannya yang tercicir.
"Tanpa berlengah, saya segera periksa dan dapati ia masih ada cuma terjatuh di bawah tempat duduk penumpang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Noor Aznan, dia tidak periksa apa ada di dalam beg tangan itu kerana niatnya adalah mengembalikannya semula kepada pemilik asal segera.
"Saya sudah kembalikan beg tangan itu kepada menantu penumpang itu yang datang mengambil bagi pihak ibunya.
"Dia (menantu penumpang) ada minta izin ambil gambar tetapi tak sangka pula sampai tular di laman sosial.
"Saya ada baca juga komen warganet, Alhamdulillah rata-ratanya positif dan saya hargai sangat," katanya.
Berkongsi pengalaman sepanjang lapan tahun bergelar pemandu bas, Noor Aznan berkata, sudah banyak kali dia menemui barangan milik penumpang cuma kisahnya tidak tular.
"Banyak kali, ada jumpa telefon bimbit, dompet, komputer riba dan paling mahal gelang kaki, semuanya saya pulangkan kepada pemiliknya.
"Bagi saya, ia perkara biasa dan sudah tentu pemandu bas lain juga lakukan yang sama.
"Itu berkaitan barang hilang, namun ada juga kes penumpang buang air besar dalam bas dan muntah tetapi apa boleh buat, benda sudah jadi.
"engalaman lain, saya pernah disindir oleh seorang individu gara-gara satu kes kemalangan ibarat saya terbabit tetapi saya juga ada anak isteri jadi mana mungkin mahu ia (kemalangan terjadi) kerana semuanya berlaku dengan qada dan qadar," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
bagus bang... tetap semangat... terus jujur...
semoga hidup terus berkah... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus bang... tetap semangat... terus jujur...
semoga hidup terus berkah... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols.ada.tertinggal sijil2 fotokopi utk apply pjj UTM dolu...tertinggal dalam.bas rapidkl.
Dalam.tu ada siap.duit pos.lg..
Drebar rapid tu mesej.nak jumpa.kat sekian2..bila.iols.sampai..dia main2.plak..
2 3 kali.buat gitu..iols.malas nak.layan..
Iols.ckp.tolong posnjelah semua2 tu saya nak sambung belajo je..bukan nak buat.apa pung
Sampai.skang.takde apa apa reply |
|
|
|
|
|
|
|
Aku percaya kejujuran ini memang ada secara semula jadi dalam diri manusia tak perlu pun umpan balasan syurga orang boleh ja jujur.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|