CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2286|Reply: 16

Brad Pitt Tak Cekik Anak-anak, Angelina Jolie Banyak Tambah Cerita?

[Copy link]
Post time 11-10-2022 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Pada 2016, Angelina Jolie memfailkan perceraian terhadap Brad Pitt berikutan insiden di atas jet peribadi yang melibatkan anak-anak mereka.


Pada ketika itu, maklumat mengenai insiden berkenaan agak samar-samar dan selepas bertahun-tahun, kita juga tidak dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sebalik insiden tersebut.


Namun, mereka kini mula bersuara mengenai insiden tersebut apabila ia mula melibatkan dakwaan dan tuntutan di mahkamah.




Hindustan Times




Pitt menyaman Angelina atas dakwaan bahawa aktres itu menjual kepentingannya di dalam kilang wain yang mereka miliki tanpa persetujuannya.


Angelina pula dalam tuduhan terbaharu mendakwa Pitt mencekik anak lelaki mereka semasa mabuk di dalam pesawat.


Aktres itu juga mendakwa bahawa dia cedera ketika cuba menghalang Pitt daripada menyerang anak-anaknya serta menambah bahawa Brad yang dalam keadaan marah telah mencurah alkohol ke atas seluruh keluarganya.


Terbaru, Pitt menjawab dakwaan itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan peguamnya, Anne Kiley.


"itt bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku sejak hari pertama, bukan seperti pihak di sebelah sana. Tetapi, dia tidak akan mengakui apa yang tidak dilakukannya.


"itt telah menerima beberapa serangan peribadi yang disalah tafsir. Namun, syukurlah kerana pelbagai pihak berkuasa awam yang cuba digunakan pihak di sebelah sana (Angelina) selama enam tahun, telah membuat keputusan mereka sendiri," tulis Kiley sebagai tindak balas kepada tuduhan dari pihak Angelina.


Angelina sebelum ini membuat aduan bahawa, Pitt telah memegang kepala serta menggoncangnya sebelum didakwa menyerang anak-anak yang cuba menyelamatkan ibu mereka.




Reuters





“Pada satu ketika, dia menuangkan bir pada Angelina dan pada satu masa lagi, dia mencurahkan bir dan wain merah pada kanak-kanak.  


"Untuk menepis Angelina dari belakangnya, Pitt telah melemparkan dirinya ke belakang ke tempat duduk kapal terbang dan mencederakan bahagian belakang dan siku aktres itu.


"Kanak-kanak meluru masuk dan semua dengan berani cuba melindungi satu sama lain. Sebelum ia berakhir, Pitt mencekik salah seorang anak-anak dan memukul yang lain di muka. Anak-anak juga merayu kepada Pitt supaya berhenti melakukannya," menurut dokumen mahkamah yang dibuat Angelina.


Namun, sumber rapat Pitt memberitahu, semua itu adalah suatu penipuan.


Bercakap dengan Radar Online, sumber rapat itu memberitahu, bahawa tuduhan yang dibuat Angelina sentiasa bertambah dan berkembang dengan versi yang mampu merosakkan lagi reputasi Pitt.


"Dia terus mengulangi, menyemak semula serta menambah maklumat yang tidak benar terhadap keterangannya mengenai peristiwa yang berlaku enam tahun lalu, setiap kali dia gagal mendapatkan apa yang dia mahu," kata sumber itu sambil menambah:


"Aduan bersilang yang difailkan peguamnya Angelina minggu lalu menjelaskan bahawa dia meletakkan urusan perniagaannya, termasuk pertelingkahan mengenai kilang wain, di tangan pasukan pengurusannya supaya dia tidak perlu berurusan secara langsung dengan Pitt.




Sumber: Getaran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok2 dulu berbini jenipee kau nak angel joling.  Kau takan lah tak baca gossip dia dgn bekas2 lakinya.  Dulu aku offer kau tanak sekarang kau hadap je la Brad.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgk dia dgn jennifer dulu. Ingat lagi masa angie n pitt announce cerai, twitterland penuh memes..and ramai kata ni karma sebab mencurang
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 10:07 AM | Show all posts
adakah Angeline mendapat inspirasi dari Amber Nerd?
adakah Brad Pitt bakal menerima nasib seperti JDepp?
kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 11:37 AM | Show all posts
dia ni pon ada mslh mental mcm amber jugak kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 04:29 PM | Show all posts
greantea replied at 13-10-2022 11:37 AM
dia ni pon ada mslh mental mcm amber jugak kot

Well....she did kiss (mouth to mouth) her own brother in an Award Show. That itself is bloody disgusting. I for sure will not be surprised, is Angelina Jolie is indeed like Amber Heard. Both are problematic women.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2022 04:32 PM | Show all posts
WeAiNe replied at 13-10-2022 10:07 AM
adakah Angeline mendapat inspirasi dari Amber Nerd?
adakah Brad Pitt bakal menerima nasib seperti JD ...

Amber Nerd??? No...It is AMBER TURD (Because she shit on the bed). Nerds are better. Amber Turd the pariah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 04:34 PM | Show all posts
misstakkepoh replied at 11-10-2022 10:35 PM
Suka tgk dia dgn jennifer dulu. Ingat lagi masa angie n pitt announce cerai, twitterland penuh memes ...

Well....I will most certainly say that it is KARMA. Jennifer Aniston is a good girl with no drama & nonsense. Much unlike Angelina Jolie & Brad Pitt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 04:35 PM | Show all posts
Angelina Jolie is such a problematic woman.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mementang jen aniston tak seseksi angie dulu kemahen ramai jugak yg memadankan jen tp aku tetap nak padankan muka brad pitt

Semoga jen bahagia sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Page88 replied at 13-10-2022 04:34 PM
Well....I will most certainly say that it is KARMA. Jennifer Aniston is a good girl with no drama  ...

Dlm ramai2 perempuan kena curang, i rasa jen is the strongest. Dah la Friends kena cut short sbb jen nk ikut brad shoot ocean’s 12 @ 13. X sempat ikut, brad dah curang dlu. Then jen seingat i x pernah komen apa2, or merentan pasal ex. Whole world boleh kata sokong brad-angelina siap bg nama brangelina. Org siap tuduh sb jen xnk ank, so brad layak cari yg lain. Now, jen aman2 jah hidup dgn kwn2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 06:50 PM | Show all posts
i ler antara org yg sokong brangelina dolu2...hot betul depa dua..la ni dah kertu..bgi laluan kt shiloh plak la mendunia chuolss...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Page88 replied at 13-10-2022 04:32 PM
Amber Nerd??? No...It is AMBER TURD (Because she shit on the bed). Nerds are better. Amber Turd th ...

Amber S*it kot lg sesuo sb dia suka berry merata
Aku time Brad mencuranggg aku sedih dohhh...aku minat Jennifer sb dia klakar..cantik dan suka tgk series Friends..
Even tho aku minat gak Angelina sb suka Lara Croft..tapi tak sokong Bradgelina
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Brad Pitt ni pemabuk. Kes atas kapal terbang tu pun sebab dia mabuk. Pastu penah gak ada kes kene warning dgn krew private jet diorg sbb brad kencing atas landasan keretapi tu. Dlm hal ni meols leh percayakan anak-anak sbb anak-anak diorg suma support mak. Pastu jgn lupe ye Brad Pitt ni penah nak ngorat janda dia si Jennifer tu balik,smpi cerai-berai Jen dgn toklaki die masa tu. La ni Jen menjanda kali kedua pun dia who are yous kan sajok si pitt ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 05:00 AM | Show all posts
why brad pitt?
whyyy
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Mamiyan at 23-10-2022 07:26 AM

Takde manusia yg perfect, maybe la as a wife dulu jolie byk silap, jeniper tu pun takdela angel sangat

Jolie nk buat cite bawa nama anak mcm ni takkan la jolie buat mcm tu. Anak2 dia ni everything for her life la kiranya, pe lagi anak sulung dia tu maddox. Maddox tu jga la kan yg ada gosip tak selesa dgn pitt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 10:34 AM | Show all posts
ntah la kenapa meol lebih suka brad pitt dgn gwyneth paltrow. rasa mcm muka diorg lebih kurang je mcm adik beradik gittew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.131039 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list