CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2036|Reply: 34

Agong Boleh Isytihar Darurat Tangguh PRU Kalau Banjir

[Copy link]
Post time 11-10-2022 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menangguhkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ke satu tarikh yang lebih bersesuaian sekiranya berlaku bencana banjir semasa proses pengundian.


Penulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia, G Manimaran berkata, perkara sama pernah dilakukan oleh Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan menangguhkan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) susulan krisis kesihatan yang melanda negara, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh-tarikh penting pilihan raya.




G Manimaran berpandangan Al-Sultan Abdullah tiada pilihan melainkan memperkenankan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen - Foto fail





"Satu lagi saya melihat mungkin masih ada ruang untuk mengelakkan mengadakan pilihan raya waktu banjir. Kalau kita melihat kepada situasi atau pengalaman kita semasa COVID-19, di mana beberapa PRK walaupun SPR telah menetapkan tarikh, tetapi atas perkenan Tuanku, PRK ditangguhkan kerana krisis kesihatan.


"Kalau kita mengambil terjemahan kepada kemungkinan tersebut pada hari ini , jika SPR menetapkan tarikh pilihan raya katakan pada awal bulan November, kemudian musibah banjir berlaku dan impaknya tidak dapat dielakkan.


"Saya rasa masih ada pilihan untuk menangguhkan tarikh pengundian kepada satu tarikh yang kondusif kepada semua pihak. Saya rasa masih ada ruang perkara itu, dan Tuanku boleh buat keputusan sedemikian," katanya kepada Astro AWANI dalam segmen Menjelang Malaysia Memilih hari ini.


Mengulas lanjut, Manimaran berkata keputusan memperkenankan pembubaran Parlimen bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh Seri Paduka Baginda, tetapi kerana rasa kecewa terhadap perkembangan politik, Al-Sultan Abdullah terpaksa berbuat demikian.


Selain itu, beliau berpandangan Seri Paduka Baginda mahu mandat kerajaan diteruskan sehingga tahun depan (tamat penggal).


Begitu pun, disebabkan desakan dan tuntutan pihak-pihak tertentu, ujar Manimaran Al-Sultan Abdullah dilihat tiada pilihan melainkan memperkenankan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen.


Dalam pada itu, Manimaran menambah tumpuan ketika ini juga adalah untuk melihat pendirian beberapa kerajaan Negeri sama ada akur untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sebaliknya.


Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah berkenan mengisytiharkan darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.054) Gerik, Perak, Bahagian Pilihan Raya Negeri (N.66) Bugaya, Sabah serta Parlimen Batu Sapi, sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi berkenaan.


Seri Paduka Baginda kemudian berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan di kawasan-kawasan berkenaan berkuat kuasa 6 Oktober lalu.




Gambar hiasan




Dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 6 Oktober yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara, pembatalan itu berikutan Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa keperluan kesemua ordinan dan proklamasi darurat berkenaan yang diisytiharkan susulan wabak penyakit berjangkit COVID-19 telah berakhir.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2022 06:01 PM | Show all posts
maknanya, tiada masalah parlimen dibubarkan dan boleh ditangguhkan jika berlaku banjir besar pada tarikh mengundi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyakkan plot twist untuk tingkatkan adrenaline rush.


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 06:59 PM | Show all posts




DAH BANJIR DAH PUN
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 08:21 PM | Show all posts
good point.

yang positivenya,najib dah boleh duduk diam diam dalam penjara, tak yah meroyan pasal parlimen or pekan lagi
Speaker dah tak pakai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2022 08:50 PM | Show all posts

semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas: Banyakkan plot twist untuk tin ...

ini yg kita mau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda2 mcm ni buat wak jahid mengiggil je.tapi ada persoalan. kalau darurat berlarutan sampai thn depan .mcm mana dgn  status belanjawan yg terbengkalai itu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 11-10-2022 08:21 PM
good point.

yang positivenya,najib dah boleh duduk diam diam dalam penjara, tak yah meroyan pasal p ...

Tokjib tu berapa hari je duk dlm jel, mesti asyik2 nak excuse masuk spital.


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Marah ponogoro nanti haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 04:19 AM | Show all posts
Adrif replied at 11-10-2022 08:50 PM
semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat memgundi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 bila tarikh mengundi?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 12-10-2022 05:06 AM
Agak2 bila tarikh mengundi?

SPR bersidang utk menetapkhen hari penamaan calon dan sekaligus tarikh mengundi pada 20hb October
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
xabis abis nak darurat
dlu ko juga yg meroyan darurat politik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2022 09:00 AM | Show all posts
boleh tu mmg boleh la...cthnya kalau tak nak perkenan bubar pun boleh.... nak istihar tangguh boleh.....tapi kenapa ye dia tak buat???
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
SPR pun lambat nk buat meeting...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 11:38 AM | Show all posts
Pak Jahid tak leh tido lena...
biar tangguh smpai tahun depan...rasakan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 11:48 AM | Show all posts
tangguh kalau yestana dan rumah menteri2 kena banjir sahaja selain itu whoareyusss
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.918612 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list