View: 1001|Reply: 7
|
Galak Menyanyi Dengan Wanita Lain, Lelaki Mampu Tersengih Ditampar Bini Mengamuk
[Copy link]
|
|
Gara-gara asyik menyanyi bersama beberapa wanita, seorang lelaki mengalami detik memalukan apabila dia ditampar isterinya yang mengamuk di atas pentas dalam satu majlis keramaian, lapor laman berita Berita Hits kelmarin.
Berdasarkan sebuah video yang tular di media sosial, seorang lelaki berkemeja dirakam berdiri di atas pentas sambil memegang mikrofon.
 IG @faktakamera
Lelaki separuh usia itu sedang asyik menyanyi bersama beberapa wanita di atas pentas majlis tersebut.
Secara tiba-tiba, muncul seorang wanita bertudung hitam yang terus naik ke atas pentas lantas menarik baju lelaki berkenaan.
Dia kemudian menampar pipi lelaki dipercayai suaminya itu sehingga membuatkan lelaki tersebut hampir terjatuh.
Kekecohan itu disusuli dengan peringatan daripada salah seorang penyanyi wanita agar isteri kepada lelaki berkenaan dan suaminya turun dari pentas.
“Sila hentikan (kekecohan). Mohon maaf encik dan puan, sila turun dari pentas,” kata salah seorang penyanyi.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
IG @faktakamera
“Seminggu pak cik tidur di luar rumah atau tidak lama lagi berpisah lah tu (bercerai),” kata seorang netizen.
“Si isteri cuba menyedarkan si suami. Teruskan puan, suaminya perlu diikat. Entah jin apa yang merasukinya sampai terlupa umur,” kata seorang lagi pengguna.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
gitu perangai wanita indon dambaan donia 
anyhoo, bodoh la laki bini nih. mcm takda rumah sendiri nak gaduh. tak malu ke gaduh depan org ramai, merosakkan majlis org. |
|
|
|
|
|
|
|
itu penting nya friskies amik lelaki pangkat jusa , agar tidak memalukan friskies di kemudian hari
moga2 abg zul terus menyayangi trisna walau berkaraoke dgn cewek2 ganteng 
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki friska ke yg kena lempsng tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dua benda jer.... dangdhut dan kretek.  |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok: Laki friska ke yg kena lempsng tu?
habislah friska dapat pencen jusa z minus
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku saspek, yg rempuh/merusuh konsert berbayar kat Surabaya tu, set² ni la kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|