View: 383|Reply: 0
|
[Perlis]
DUN Perlis bubar selepas pembentangan RUU Anti Lompat Parti
[Copy link]
|
|
Azlan (depan, lima kiri) pada majlis menyerahkan dokumen hak milik tanah. FOTO Aizat Sharif
Padang Besar: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan dilakukan selepas pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada Mesyuarat Sidang DUN Negeri Perlis, Khamis ini.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata, ia dibentangkan terlebih dahulu pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Kelima DUN Perlis yang ke-14 pada hari berkenaan.
"13 haribulan (Khamis ini) kita akan mengadakan sidang DUN yang bertujuan untuk membawa pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri yang berkaitan mengenai ahli DUN dengan parti politik yang berkenaan supaya ia bersesuaian dengan pindaan yang dilakukan oleh perlembagaaan negara.
"Insyaallah, saya akan mempersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, tarikh yang bersesuaian untuk dibuat pembubaran DUN supaya kita dapat mengadakan Pilihan Raya Negeri bersekali dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di peringkat persekutuan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Dokumen Tanah Hak Milik Kerajaan di Negeri Perlis di FELDA Chuping, di sini hari ini.
"Kita harapkan Undang-Undang Tubuh Negeri yang kita buat pindaan ini akan terpakai kepada wakil rakyat yang akan terpilih dalam PRU-15 ini," katanya.
Terdahulu, Azlan menyerahkan dokumen tanah kepada 447 peneroka asal FELDA Chuping.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, ADUN Chuping, Asmaiza Ahmad serta wakil agensi FELDA dan Jabatan Tanah dam Galian Negeri Perlis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-anti-lompat-parti |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|