CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Kedah] Air pasang besar di Kuala Kedah

[Copy link]
Post time 11-10-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode

Anggota APM Kota Setar melakukan pemantauan di kawasan Kuala Kedah yang dinaiki air laut akibat air pasang besar. FOTO IHSAN APM

Alor Setar: Air pasang besar di Kuala Kedah, awal pagi hari ini, menyebabkan air laut mencecah setinggi 2.92 meter (m) dan menenggelamkan beberapa kawasan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, bacaan paras air laut itu melepasi ramalan iaitu 2.90 m.

Beliau berkata, bagaimanapun tiada rumah yang terjejas dalam kejadian itu.


"Anggota kami melakukan pemantauan di sekitar kawasan Terminal Feri Kuala Kedah, Taman Seri Putra, Pasar Kota Marina dan Kampung Tepi Laut.

"Pemantauan dilakukan bermula jam 1.15 pagi hingga 2.30 pagi.

"Terdapat sedikit kenaikan paras air di Pasar Kota Nelayan kesan daripada air pasang besar, namun tiada peningkatan paras air di Terminal Feri Kuala Kedah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Norlizawati berkata, pihaknya turut melakukan pemantauan di sekitar kawasan berisiko banjir di sekitar kawasan sungai di daerah Kota Setar.

Beliau berkata, hasil pemantauan mendapati, paras air di lokasi di sungai terbabit menunjukkan penurunan.

"Setakat ini hanya dua rumah di Kampung Alor Gunong terjejas akibat dinaiki air tetapi hanya membabitkan bahagian luar rumah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... esar-di-kuala-kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.728737 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list