CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 979|Reply: 13

Insentif Galak Ramaikan Anak, Berbaloi Ke?

[Copy link]
Post time 11-10-2022 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Sejak pembentangan Bajet 2023 Jumaat lalu, riuh-rendah orang bercakap pasal insentif RM500 untuk ibu yang bersalin pada tahun depan.


Sebanyak RM150 juta diperuntukkan, bererti 300,000 ibu akan dapat manfaat.


Tapi jangan teruja dulu, RM500 ini cuma untuk ibu penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Itu pun dapat sekali bayar sahaja, bukan tiap-tiap bulan. Bila anak makin besar, makin banyak pula perbelanjaan tambahan.




Gambar hiasan




Selalunya yang kurang anak ini adalah daripada golongan M40 ke atas yang suami isteri bekerja. Mungkin disebabkan kos taska mahal, selain komitmen untuk bayar duit beli rumah dan kereta, mereka sudah cukup kalau ada dua atau tiga orang anak.


Tapi ada juga yang tak setuju keluarga berpendapatan rendah tak perlu ramai anak. Kalau ekonomi rumah tangga tak stabil, nak tambah anak lagi semata-mata RM500 itu sahajakah, tanya mereka.


Merak Jalanan percaya rezeki tambah anak itu ditentukan Tuhan. Ada hikmahnya sama ada dapat anak atau tidak tahun depan.


Selain membantu golongan ibu, dengarnya insentif RM500 ini juga bertujuan meningkatkan kadar kelahiran negara. Yelah, tahun ini sehingga 8 September lalu baru 110,858 bayi dilahirkan.


Di Malaysia, kadar kelahiran tahunan makin menurun, jangka hayat pula meningkat. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ogos lalu menjangkakan kadar kelahiran di Malaysia akan merudum kepada sembilan kelahiran bagi setiap 1,000 orang dalam tempoh 80 tahun lagi iaitu pada 2102.


Kadar kelahiran semasa Malaysia pada 2022 ialah 16.066 kelahiran bagi setiap 1,000 orang, penurunan sebanyak 1.18 peratus daripada 2021.


Maksudnya kalau tak buat sesuatu, 30 tahun lagi, jumlah orang muda tak ramai. Negara akan dipenuhi orang tua, padahal kita perlukan orang muda sebagai tenaga kerja untuk pembangunan negara.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2022 10:56 AM | Show all posts
Kos hidup semakin tinggi... nk tambah ank byk benda org nk kena fikir selain RM500 one off tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 11:18 AM | Show all posts
sape yg tmbh ank sbb dpt 500 nie mmg bodoh la..ko igt 500 tu blh tmpung seumur idup ke?melainkn ko btl2 mampu xpe
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 11:28 AM | Show all posts
aku tak fikir bantuan sekali rm500 tu untuk kita anggap sebagai galakkan untuk ada anak ramai. ..

itu salah tafsir. itu untuk ringankan bebanan perbelanjaan ada anak untuk lebihkurang seminggu, itu kalau tak miskin sangat dan tak teruk sangat keadaannya.... pelajarannya masih sama seperti dulu tukang buat anak tulah yang sepatutnya bersusah payah sara dan jaga anak, bukan pihak lain
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 11:38 AM | Show all posts
Edited by _blackbird at 11-10-2022 03:40 AM

kita bukan dlm kategori dire need or desperate lagi pon sampai habuan RM500 je utk tambah anak bg golongan penerima BKM?? fuck man...!! golongan ni pon terima bantuan pastu nak suruh tambah anak berderet, kalau boleh tanggung budak tu nnt sampai 18thn takpa gak nnt hujung2 minta bantuan juga. fikir la mcm mana nak lahirkan generasi akan dtg yg berkualiti, bukan kuantiti, lepas kualiti baru fikir kuantiti. jgn nak sgt ramai pastu ramai2 pon penuh kan penjara. jadi penagih otak bimbo perangai pprt
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Penerima bkm jelah dapat kan?
Pastu beranak pinak.mcm.tikus..kerajaan kena.tanggung.plakmlagi?
Masuk.paper..minta bantuan...
Anak 1 2 takpe..
Ni anak 7 8 orang..mak aih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
500 cukup gi private pasang implano or iud.. Setell masalah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 11:50 AM | Show all posts
nak suruh ramai pancut dalam la ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2022 05:26 PM | Show all posts
sikitnya... belanja sebulan Najib minum stabak lg byk drpd tuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku menyampah bab dapat 500 ni tiba2 kawan2 dok ckp, Haa ko cepatlah nikah.. Leh dapat 500 klu buat baby next year.. Ingat aku hadap Sgt 500 yg dapat sekali tu je?
Kahwin, dapat anak, yer betul tu rezeki yang baik. Tapi tak perlu kot nak suh2 orang buat apa yg korang suka.. Ko nk 500, ko jer lah buat anak.. Jangan suh orang lain.. Ada orang, cara dia carik bahagia tak sama mcm korang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 11:28 AM | Show all posts
bagus kalau yang new generation ni, boleh ganti pekerja sektor 3D, so tak bergantung dengan foreign worker

tapi yelar, dah memang orang malaysia taknak buat kerja tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 11:31 AM | Show all posts
eloklah.lama2 melayu jadi mcm rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 12:23 PM | Show all posts
keluar pintu rahim je dah charge rm500 belum keluar hospital lagi dik. kos besarkan anak memang mahal
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 01:14 PM | Show all posts
Polisi menggalakkan penyokong UMNO agar rajin melahirkan pengganti. Obvious sangat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.966723 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list