CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 587|Reply: 3

Nak Bebas, Utamakan Kerjaya Dulu- Semakin Ramai Wanita Zaman Moden Tak Minat Nak Mengandung

[Copy link]
Post time 11-10-2022 09:37 AM | Show all posts |Read mode
LONDON – Satu kajian di Britain mendapati kaum wanita kini cenderung memilih untuk menangguhkan kehamilan bagi memberi tumpuan kepada kerjaya mereka, lapor portal berita MailOnline semalam.


Kajian tersebut dilakukan pasukan penyelidik dari Kolej Universiti London dan melibatkan  411 responden.


Mereka diberikan senarai 11 pilihan yang bertanyakan soalan berkenaan tiga perkara utama  dalam menentukan umur untuk mula bergelar ibu.


Hasilnya mendapati bahawa umur 30 tahun merupakan usia purata yang difikirkan  sesuai untuk menimang cahaya mata buat kali pertama.




Gambar Hiasan




Kerjaya menjadi faktor utama kepada keputusan tersebut, diikuti dengan perasaan bersedia serta situasi kewangan.


Hampir separuh daripada wanita terbabit apabila ditanya mengenai umur ideal untuk bergelar ibu dan mengapa mereka memilihnya, mereka  menjawab bahawa  ingin membina kerjaya  terlebih dahulu.


Sebagai perbandingan, hanya 37 peratus memilih usia untuk bergelar ibu berdasarkan situasi kewangan.


Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Human Reproduction itu turut memetik pendapat seorang peserta yang berkata: “Saya bimbang mengenai sama ada saya  boleh mendapat anak dalam masa yang saya ada, tanpa memberi terlalu banyak tekanan kepada kerjaya saya.”


Selain itu, ramai peserta mengaku bahawa mereka ingin menikmati ‘kebebasan’ sebelum membuat keputusan untuk mempunyai anak.


“Saya mahu menikmati usia 30-an tanpa perlu mengutamakan sebarang tanggungjawab lain,” kata seorang peserta.


Beberapa statistik di Britain awal tahun ini turut mendedahkan bahawa lebih separuh wanita di negara itu tidak mempunyai anak pada usia 30 tahun. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2022 09:39 AM | Show all posts
kalau dah umur 40 tahun tu, yg belum kawin, tak payah la kawin kan..
buat menyusahkan diri je nanti

lain la dapat kawin ngan sultan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 12:08 PM | Show all posts
ada yg mmg xnak. tp ramai jga skrg kawen xdpt anak. kwan keliling aku ramai tak dpt anak, xtau la sbb fktor apa
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
asudau replied at 11-10-2022 09:39 AM
kalau dah umur 40 tahun tu, yg belum kawin, tak payah la kawin kan..
buat menyusahkan diri je nanti  ...

Dpt kawen dgn yang lanjut usia
Dah satu keje nak.menjaga
Baik jaga diri sundiri je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.342334 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list