CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita perlu tingkat ilmu, kemahiran baca al-Quran

[Copy link]
Post time 10-10-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Wanita perlu tingkat ilmu, kemahiran baca al-Quran

oleh  MOHD ISKANDAR OTHMAN 10 Oktober 2022  02:11pm






Haniah Salwana (lima dari kiri) bersama jawatankuasa penganjur program wanita bijak Quran merakam gambar kenangan bersama Khadijah (enam dari kanan) selepas majlis perasmian.




KEPALA BATAS - Melahirkan wanita bijak al-Quran menjadi fokus kepada Akedemi Diwan ar-Rital dalam penganjuran bengkel yang julung kali diadakan di negeri ini Sabtu lalu.

Program yang dihadiri lebih 400 peserta itu bertujuan memperkasakan lagi ilmu al-Quran untuk kaum wanita sekali gus meningkatkan lagi kemahiran bacaan, tajwid dan makhraj.

Pengasas Akademi Diwan ar-Rital, Dr Haniah Salwana Abdul Rahim berkata, bengkel selama sehari itu memfokuskan kepada skop ilmu tajwid berkaitan huruf Hijaiyyah yang mempunyai sifat Isti’laa’.

Menurutnya, apa yang ditekankan di dalam bengkel terbabit adalah membetulkan bacaan yang biasa dan biasakan yang betul.

"Mengapa kita fokuskan program ini kepada wanita kerana kaum ibu ini adalah sekolah untuk anak-anak mereka sebenarnya.

"Kaum ibu lebih berperanan dalam membimbing, mendidik dan memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka sekaligus ia akan melahirkan generasi dan bangsa yang lebih unggul,"katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian program wanita bijak Quran di Dewan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini.



Lebih 400 peserta menghadiri program wanita bijak Quran yang dianjurkan di Dewan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dekat sini.





Hadir merasmikan, isteri Yang Dipertua Negeri, Datuk Seri Utama Khadijah Mohd Noor.




Haniah Salwana berkata, peserta akan didedahkan dengan panduan bacaan al-Quran dengan betul termasuk cara sebutan serta anggota dalam mulut yang perlu digunakan supaya dapat menyebut baris ayat dengan tepat.

Jelasnya, apabila sebutan dan bacaan yang tepat itu yang akan membawa kepada pahala yang lebih jelas.

Dalam pada itu, Haniah Salwana yang sebelum ini terkenal menjalankan kelas bacaan al-Quran melalui platfom media sosial sejak 2018 berkata, beliau akan memperbanyakkan lagi bengkel sedemikian di seluruh negara bagi memberi pemahaman, kaedah bacaan yang tepat dan ilmu kepada orang ramai dalam mendalami al-Quran.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.235325 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list