CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10931|Reply: 121

Fuad Rahman Insaf Keluar Masuk Penjara Lepas Tengok Ibu Bertongkat Datang Melawat

[Copy link]
Post time 10-10-2022 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Detik melihat ibu tersayang datang melawat ketika berada dalam tahanan penjara membuatkan peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) Fuad Rahman insaf dan nekad meninggalkan dunia gelap yang dilalui sebelum ini.


Fuad atay Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, kekuatan ibunya yang berusia 81 tahun ketika itu datang dengan berjalan menggunakan tongkat telah menjentik hatinya untuk berubah kerana sedar masanya semakin suntuk untuk bersama insan kesayangannya itu.


"Ibu saya datang melawat dengan bertongkat kerana keadaannya yang sudah tidak berapa kuat berjalan. Apabila saya tatap wajah ibu ketika itu, terus buat saya tersedar. Ketika itulah saya kata, inilah masanya, full stop!




IG Fuad




"Saya berada dekat ‘dalam’ (penjara), takut apa-apa terjadi kepada ibu di luar. Ada juga kawan-kawan tidak sempat melihat ibu bapa yang meninggal dunia disebabkan masih dipenjara,” katanya.


Fuad sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah sebanyak tiga kali dan mula terjebak dengan bahan terlarang tersebut sejak berusia 18 tahun.


Menceritakan detik berada di sebalik tirai besi, Fuad berkata, ia telah mendorongnya untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah.


Ketika itu juga kata penyanyi berasal dari Singapura itu, dia mula menjaga solat selain tekun mendalami ilmu agama menerusi kelas yang diadakan di dalam penjara.


"Mereka yang berada dalam penjara tidak semuanya berfikiran negatif dan enggan berubah. Ada yang rajin belajar agama sebab kami ada kelas ilmu ketika menjalani hukuman.


"Saya banyak bergaul dengan mereka dalam kelas agama dan cenderung untuk berubah. Alhamdulillah selepas kali ketiga dalam penjara saya bertemu dengan kawan-kawan yang mahu berubah.


"Saya sentiasa menjaga solat. Walau apa pun masalah yang datang, saya akan ingat Allah. Itu yang membuatkan saya lupa benda-benda lama," ujarnya.


Pada persembahan minggu keempat yang bertemakan kerohanian dan kemanusian, Fuad dilihat tidak dapat menahan air mata ketika menyampaikan lagu berjudul Layang-Layang Terputus Talinya.


Disebabkan emosi dalam diri ketika berada di atas pentas, dia juga dilihat sedikit ‘goyang’ saat awal memulakan persembahan.


Walaupun menunjukkan prestasi baik sepanjang bersaing di pentas GV9, Fuad terpaksa berpuas hati di kedudukan kelapan pada malam Ahad dengan jumlah markah juri 65 peratus.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2022 12:54 PM | Show all posts
aura boyan heshe kuat sangatlah sister
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 01:12 PM | Show all posts
dah tiga kali masuk penjara, lepas mak datang bertongkat baru nak insof? Allahu.. agaknya kalau mak sihat lagi, takde insof la kot ye..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan dah 3x masuk penjara kena seumur hidup dah kalau Singapore
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
oh.. jadi heols kuota alumni penjara la ya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 01:28 PM | Show all posts
alhamdulillah dah insaf. semoga terus istiqamah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2022 01:50 PM | Show all posts
readbaca replied at 10-10-2022 01:28 PM
alhamdulillah dah insaf. semoga terus istiqamah

asalnya dapat didikan di madrasah...sayang silap langkah jadi mcm ni...dulu suara dia lagi sedap mungkin skrg dah tua akibat benda terlarang suara jadi mcm tu..kesian mak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 02:44 PM | Show all posts
Apasal lah dia pegi bukak aib sendiri. Dari org tak tau, now kita semua dah tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai sekarang aku x tahu siapa fuad rahman ni..dulu dia penyanyi lagu apa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa kelindan rupanya masuk atas kuota mcm yg lain2 dulu.
It's sokay, as long berubah jd lebih baik. Tak gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hah
Br tau official background heols
3 times a charms kata org kg orange county

Lg 1 br mlm td nmpk tats heols

Sokay, teruskan istiqomah
And jaga suara elok2
Pitching all over the place
Shaky
Suara ada tp mcm x btul2 pegang
X nmpk identiti suara tu

Gitu, juri ke 4 gv mengomen

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 03:17 PM | Show all posts
alhamdulillah sempat berubah.. ada hati nak berubah..

ada orang masa muda baik.. dah nak mati lak buat dosa..

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap terus istiqomah la ye fuad...semlm dia begitu menghayati lagu yg dia nyanyikan
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkinkah GV kali ini akan ada berjodohan juga? Fuad-Tom?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 10-10-2022 09:26 PM
Mungkinkah GV kali ini akan ada berjodohan juga? Fuad-Tom?

Eh bkn dia dah ada bini ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tgk video interview dia
Dia br keluar awal tahun ni je pun
Semoga terus istiqomah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2022 10:53 PM | Show all posts
who are yussss??? kaka kesian dekat mak heshe jah... google2 terjumpa gambar maknya... seburuk2 anak hanya mak je yang mampu terima... mak masih sayang setia dan sanggup terima...

tapi anaknya oulak dah 3 kali masuk penjara baru insaf... tu pun belum tentu hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 10-10-2022 09:48 PM
Ada tgk video interview dia
Dia br keluar awal tahun ni je pun
Semoga terus istiqomah

Oh my, baru awal tahun ni keluar ya. Semoga kuat iman.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 04:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Cleocatra: Sebabkan tered ni, aku baru ci ...


Kt leher tu, masa gv diorg touched up . Sgt samar kelihatan. Kt ig tepampang yach. Ades
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm gegar vaganza bukan dia kata rajin naik kapal ke...pastu satu ari mak dia lawat pakai tongkat..tu dia kata full stop...so aku sangka xnk naik kapal dah...mati2 aku igt dia keja kat plantar minyak ... ke aku salah dgr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.053269 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list