CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Kedah] Tikam polis ketika bergelut

[Copy link]
Post time 9-10-2022 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Bimbang dicekup, seorang lelaki sanggup menikam anggota polis menggunakan pisau ketika cuba melepaskan diri di Kampung Paya Mat Insun, Bukit Jenun, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian 7 malam itu, Lans Koperal berusia 20-an terbabit cedera di kedua-dua betis akibat ditikam suspek dan bengkak tangan kiri kerana bergelut dengannya.

Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika empat pegawai serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri melakukan operasi di kawasan terbabit.

Menurutnya, ketika itu anggota polis melihat lelaki dalam keadaan mencurigakan berdiri berhampiran motosikalnya sambil memegang plastik hitam.

"Anggota menghampiri lelaki terbabit serta memperkenalkan diri sebagai polis dan ketika mahu menahannya, suspek terus melepaskan plastik hitam dipegang.

"Ketika itu suspek secara tiba-tiba bertindak agresif dengan mengeluarkan pisau yang diselit di pinggang dan cuba menyerang semua anggota polis terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis namun lelaki berkenaan akhirnya berjaya ditahan dan siasatan lanjut mendapati plastik hitam dibawanya mengandungi dadah disyaki heroin dan ganja.

"Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati seorang anggota polis mengalami kecederaan luka di betis kanan serta kiri akibat ditikam pisau ketika bergelut dengan suspek.

"Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seskyen 307 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 186 KK," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lis-ketika-bergelut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.442194 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list