CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1112|Reply: 11

Belanja Tinggi Untuk Pembangunan Tapi Potong Subsidi Orang Miskin - Anwar

[Copy link]
Post time 9-10-2022 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Tidak ada satu dasar ketelusan serta tender yang jelas terhadap projek diumumkan kerajaan menerusi Bajet 2023, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata, keadaan itu menjadi kelemahan terbesar dalam inti pati belanjawan berkenaan kerana tidak dapat menangani isu ketirisan dalam pengurusan dana kerajaan.




FB




Perkara itu menurutnya, jika terus dibiarkan akan merosakkan integriti negara dan merencatkan usaha pemulihan ekonomi khususnya dalam memberi keyakinan kepada pelabur.


"Telah saya sebutkan, masalah utama negara kita adalah rasuah, tatakelola yang lemah dan tidak telus.


"Diumum RM1.3 bilion untuk dana DNB (Digital Nasional Berhad), tetapi (butiran) tidak (dinyatakan) menangani masalah rasuah dan ketelusan.


"Jika begini kita tak boleh pulih sebagai satu negara yang dapat membawa pelaburan dan beri keyakinan kepada pelabur," katanya ketika ditemui pemberita sempena Himpunan Harapan Perak Bangkit di tapak Pasar Malam Tanjung Piandang di sini pada Sabtu.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut mempersoalkan pengurangan RM17 bilion bagi perbelanjaan pengurusan subsidi yang dibuat dalam belanjawan kali ini berbanding tahun lalu.


Katanya, jumlah itu sepatutnya diperuntukkan bagi membantu rakyat miskin yang terkesan.


"Untuk pembangunan, kerajaan belanja tinggi sehingga RM97 bilion, tetapi subsidi orang miskin dipotong RM17 bilion.


"Wang yang kerajaan peruntukan untuk bantu orang miskin satu tahun RM22 bilion, tetapi yang 'bocor', minyak untuk nelayan, setengah hilang, baja pekebun pun setengahnya hilang.


"Ini yang saya kata dasar kena tukar," katanya.


Pada Jumaat, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion.


Belanjawan itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.


Anwar yang merupakan Presiden PKR sebelum ini memaklumkan, PH akan meneliti kemungkinan untuk menolak Bajet 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat.


Perkara itu selepas mengambil kira tindakan kerajaan yang didakwa tidak telus dalam beberapa perkara penting.


Disember tahun lalu dalam satu laporan media, Anwar memberi peringatan bahawa DNB boleh menjadi skandal lebih besar dari 1MDB selepas melihat tidak ada ketelusan dan tender jelas terhadap entiti itu sebagai pemborong tunggal 5G.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan korang semuanya salah. Nak repair hospital dgn klinik kesihatan pun salah pada korang. Tak habis2 subsidi, subsidi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ditolong....'kawan ko' jugok yg ngata 'bangsa subsidi'.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2022 07:29 PM | Show all posts
kau pakai hellfire jangan dok sebok ratib sabsidi lah,
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
main sentimen org semekin pulak.
tu je lah mampu..xde pembangunan caner nak create peluang pekerjaan termasuklah utk biforti..

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama je masa PH perintah pon, kurangkan bantuan nelayan..sampai lkim pon pening nak menjawab
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2022 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ke bangang pegi banding pembangunan dgn subsidi...Mcm lah belanja pembangunan tu rakyat x rasa...

Nk ckp pasal subsidi dipotong cakap jer lah xyah nk kritik bajet pembangunan tinggi...nk cakap pasal ketirisan pun cakap lah

Bangang punya haramjadah ka jadahharam ka apa nama ka bangnon ka apa ka ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 10:28 AM | Show all posts
Bila siap MRT2, LRT3, MRT3, ETS Gemas-JB dan ECRL kurangla perlu bagi subsidi minyak.

Jalan pun kurang sesak makin kurang lagi subsidi minyak.

Kenapa perlu membazir duit bagi subsidi bakar minyak sia2 dalam jem.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2022 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting bkn janji2 kosong…
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Manifesto bukan kitab suci...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 06:47 AM | Show all posts
cukuplah recycle pemimpin pemimpin yang telah mencapai tarikh expired...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 11:10 AM | Show all posts
card_reader replied at 9-10-2022 08:31 PM
Sama je masa PH perintah pon, kurangkan bantuan nelayan..sampai lkim pon pening nak menjawab

Minta maaf cakap.
Masa PH dua-dua potong. Belanja pembangunan dan subsidi.
Akibatnya ekonomi lembab, ramai tiada kerja dan pendapatan rakyat terjejas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.056352 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list