View: 3949|Reply: 33
|
'Mana, Tak Ada Pun?' - Nama Ifa Raziah Tiada Dalam Laman Web Istiadat, Tak Update Ke?
[Copy link]
|
|
Ifa Raziah yang sebenarnya dianugerahkan gelaran Datuk pada 2016 dari negeri Perak bagaimanapun berkata, lebih selesa tidak menggunakan gelaran tersebut kerana dia mahu dikenali sebagai Ifa Raziah sahaja.
Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai suami kepada beberapa selebriti didakwa tidak mempunyai gelaran ‘Datuk’.
IG Ifa
Terbaru, tular satu perkongsian di TikTok menunjukkan usaha seorang melakukan carian di laman web istiadat.gov.my iaitu laman sesawang untuk memeriksa gelaran yang diberi kepada individu berkelayakkan.
Bagaimanapun, pengguna berkenaan mendakwa nama pelakon dan penyanyi itu tiada dalam sistem.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan mereka kurang percaya kerana sebelum ini selebriti berkenaan dikatakan pernah menunjukkan bukti menerima gelaran berkenaan.
Dalam pada itu, ada yang bersangka baik dengan mengatakan mungkin nama dalam sistem tersebut tidak dikemaskini lagi.
TikTok/RotiKaya
Terdahulu, Ifa berkata, tidak mahu terlalu menunjuk dia telah dikurniakan gelaran Datuk kerana baginya pangkat bukan segalanya serta mengakui dia dikurniakan darjah Ahli Setia Diraja dari negeri Perak.
Sumber: RotiKaya |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahha lagi seketul umat ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ezacbee at 7-10-2022 04:09 PM
Bukan dapat datuk naning ke? Sama cam nash datuk naning. |
|
|
|
|
|
|
|
nape la retis2 ni semua hadap sngat dgn gelaran dato..dulu2 ye la dato ni mcm eksklusif gitu sbb tak ramai dpt..nowdays bersepah dato sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ko rasa pangkat tu xpenting, nape gi bayor? Ke org tu bg free timbang kilo? |
|
|
|
|
|
|
|
saripah ke igtkan syarifah ke sharifah ke..upenya saripah datuk sampah |
|
|
|
|
|
|
|
http://sultan.perak.gov.my/index.php/informasi-kesultanan/darjah-kebesaran-dan-pingat-negeri |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kata dpt dr Perak, Ahli Setia diraja. Cuba tgk dlm senarai dlm link tu ada tak gelaran tu |
|
|
|
|
|
|
|
mampus situa bontot ni meroyan kang |
|
|
|
|
|
|
|
skarang musim suk suma x update ke senarai penerima pingat - hehehehe yg heran retis lak tu yg tak senarai |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau atok m daud kilau tu betul dato perak. Kalau acik seripah ni takat datok naning palembang surabaya je pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Nash tu datuk mana lak...ke ulu ke ilir dgn title datuk nya tu.
Sekarang janganla nak tayang sangat title tu....NirNetizen cepat aja korek nak check validity nya titile tu... |
|
|
|
|
|
|
|
suka2 replied at 7-10-2022 05:13 PM
Kalau atok m daud kilau tu betul dato perak. Kalau acik seripah ni takat datok naning palembang sura ...
Dulu ada artis sendu gossip bawak lari bini org, muda belia lg kata dpt dato dr perak gak. Ai ols search la darjah yg dia dpt tu dlm senarai darjah perak. Nan hadooo |
|
|
|
|
|
|
|
Sejenis xda kegunaan n pekdah dlm industri |
|
|
|
|
|
|
|
Ye yer lahhh..skrg nie sumer nk mengaku ada pangkat Datuk Dato bagai. Haizzz. Lantak uols lah. Tak hadap pon pangkat nie sumer lain lah kalau btol ada sumbangan pd masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
|
ada apa je dengan gelaran tu semua
dulu ye lah orang hormat, sanjung.
sekarang ni sapa-sapa pun boleh jadi, asalkan berduit
lepas tu bawak perangai mat rempit low IQ, mannerless, egotistical maniac
termasuk la menteri-menteri semua. nonsense |
|
|
|
|
|
|
|
Ada gambo tak..
Ayah mertua.iols.dapat anugerah ape.tah pung ada bergambo dgn.sultan azlan masa.tu tau.....takde la.dpt.dato..
Skang je jadi datuk sebab ada cucu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalau lah ada superpower, aku nak reset je semua manusia dlm Malaysia ni. Jadi takde sorang pun Dato, Dato Seri, Tan Sri, Dato Paduka, tah apalagi ke lah title bersepah2. Aman hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk.. datuk..Ada apa dgn datuk??
Ada datuk kerepot.. datuk Tua Bangka..datuk cucu.. datuk cuci2.. datuk kacang nyangnying..datuk beli belah..datuk lahad datu..datuk scammer pun Ada.. kehkehkeh
Pilih saja.. pilihan ditgn anda..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|