View: 1704|Reply: 19
|
Dah Lah Bagi Cek Tendang, Pengantin Enggan Bayar Hutang Katering RM26k Lepas 10 Bulan Kahwin
[Copy link]
|
|
Tular mengenai syarikat katering yang menuntut pasangan pengantin baru menjelaskan bayaran untuk harga makanan yang disediakan pada hari perkahwinan mereka 10 bulan lalu.
Menerusi ciapan seorang pengguna di Twitter yang juga penulis portal SAYS, difahamkan, pasangan pengantin tersebut meminta pihak katering menyediakan dua ekor kambing panggang, lima buah khemah serta 1,000 botol minuman soda untuk tetamu.
FB/Google
Jelasnya, duit deposit sebenarnya telah diminta untuk urusan penyediaan makanan, namun pasangan itu memberitahu bahawa mereka tidak mampu membayarnya lagi.
Berasa kasihan apabila mengenangkan pengantin itu yang mungkin tidak dapat menyediakan sebarang makanan untuk tetamu, syarikat katering berkenaan tetap meneruskan pesanan yang diminta kerana mereka sebelum ini tidak pernah mengalami isu-isu penipuan dengan pasangan pengantin lain.
Usai majlis, pasangan itu menulis sekeping cek kononnya untuk menjelaskan bayaran, namun ia ditendang pihak bank.
Pasangan itu kemudian berjanji untuk membayar dalam tempoh dua bulan, namun syarikat katering tersebut masih tidak menerima satu sen pun setelah lebih 10 bulan menanti.
Malah, suami isteri itu juga mengugut untuk tidak mahu membayar langsung jika kisah itu ditularkan pihak katering.
Difahamkan, syarikat itu juga telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: BeautifulNara |
|
|
|
|
|
|
|
dah berapa kali viral masih tak jumpa ke penghutang tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila baca balik, pihak katerer tu ada bau bau kentut berkuah dengan pasangan pengantin tu.. hadap jer lahh.. knp le tak ambik depo dan full payment sebelum majlis |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyoo iols dulu duit kering full bayar sebelum majlis, motip berhutang tapi menu wow demand |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih aku nengok profile nya. Hmmm...tipikal bepoti selere titwenti. Selera tak hagak-hagak. Kemain ko nyer berlagak. Dah tau miskin, nak jugak meriak. Duit salam kaut tu dah sah-sah ko makan kenyang kan. Padahal boleh je duit tu buat bayar katering. |
|
|
|
|
|
|
|
berniaga ni kena hati kering, naknya libat amount besar ni, wajib ambik depo, pedulilah kenduri dorang takde makanan ke apa bukan masalah kita pun, jadi pengajaran lah lepas ni, mmg selama ni tak terkena sebab org tau hukum, yg ni dia peduli apa, kot fikir bukan dia yg mkn makanan tak byr tu kan
dah 10bulan tantah dah ada anak pun |
|
|
|
|
|
|
|
Tebal betul kulit muka pengantin 10 bulan nih
Kalah bewak komodo
Dah viral semalaya pun masih aman2 hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa… berapa kali nak ulang berita ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Ktorg pon panggil sedara yg masak tapi beberapa minggu dah hulur duit yach. Masa hari majlis pon memang standby cash kot2 la makanan x cukup, boleh la cari makanan lain. Jilake punya couple. Buat majlis x nak bayar, confirm b40 taste kayangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang ni jangan mudah terpedaya dengan janji air liur ni selalu yang macam inilah banyak timbulkan masaalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa kali nak citer daaaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia camni.. katerer tu dah jumpa pasangan suami isteri tu di balai. Semasa perbincangan di balai, diorang nak bayar secara ansuran. Tetapi pihak katerer tak setuju. Logik apa RM26,000 nak dibayar secara bulanan? Itu perkhidmatan kot, bukannya pinjaman nak dibayar secara ansuran.
So selepas bincang, bincang dan bincang. Pasangan itu dikatakan meminta tempoh selama dua bulan untuk melangsaikan hutang itu.
Dalam masa sama, ada beberapa akaun Facebook yang dipercayai milik ahli keluarga pasangan berkenaan meminta beberapa portal hiburan memadamkan laporan itu kerana ia melibatkan aib keluarga walaupun dalam setiap laporan itu, identiti mereka tidak didedahkan. Apatah lagi wajah mereka juga tidak didedahkan. Mereka juga mengugut mahu mengambil tindakan undang-undang (saman malu) terhadap portal-portal berkenaan.
Begitulah ceritanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Katerer dah minta deposit beberapa kali. Tapi diorang selalu bagi alasan, alasan dan juga alasan. Disebabkan katerer dan pasangan itu ada bau-bau bacang duduk sekampung, maka katerer pun proceed sajalah tempahan itu. Tapi tak sangka pulak jadi macam ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
tau jalan ceritanya..
tapi kisah ni dah viral sejak bulan lepas? ke awal lagi..
tak kan sampai sekarang katerer tu tak jumpa lagi penghutang sejak viral ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau da knp reporter semua berita lama kau post berterusan..
Kalau dah berita sebulan or seminggu lepas of cos org lain dah post.. |
|
|
|
|
|
|
|
Makan ape henett sampai 26k |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi tak bayar selagi tu lah ulang berita yg sama... |
|
|
|
|
|
|
|
kalu kesian pengantin tu, bagi menu simple2 magi kari sudah lar
ni diberi kambing, mahal tu kambing
|
|
|
|
|
|
|
|
Reporter peliharaan moderators, seperti biasa bukak thread yg dah pernah ada bincang panjang lebar |
|
|
|
|
|
|
|
babi apa perangai dah keja istana negara tapi menipu orang |
|
|
|
|
|
|
| |
|