|
PENIAGA ayam di Pasar Awam Pulau Tikus terpaksa menjual ayam pada harga RM11 sekilogram susulan kenaikan harga yang dikenakan pemborong. FOTO Zuhainy Zulkiffli
Georgetown: "Sejak hujung bulan lalu hingga hari ini sudah dua kali harga ayam mentah dinaikkan pemborong dan dijangka naik lagi minggu depan," kata kata peniaga ayam di Pasar Awam Jalan Patani, di sini, Muhammad Shamil Haja Mubarak Ali.
Menurutnya, pemborong menaikkan harga sehingga 60 sen sejak akhir bulan lalu iaitu melebihi harga siling RM8.10 sekilogram menyebabkan peniaga membeli pada harga RM8.70 sekilogram.
"Mahu atau tidak, kami terpaksa jual kepada pelanggan pada harga RM9 sekilogram bagi setiap ayam yang siap dibersihkan, walaupun ada yang merungut mengenai kenaikan harga itu.
"Setiap kali ditanya kepada pemborong dan penternak, mereka mendakwa kenaikan harga itu berlaku akibat peningkatan harga dedak," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Muhammad Shamil berkata, peniaga terus diselubungi rasa bersalah berikutan terdapat khabar angin dalam kalangan pemborong dan penternak yang mendakwa harga ayam akan dinaikkan sebanyak 30 sen minggu depan.
Sekiranya terus meningkat, Muhammad Shamil berkata, peniaga juga terpaksa menaikkan sedikit harga jualan ayam bagi mengelak menanggung kerugian.
"Kami sudah tidak tahu bagaimana lagi hendak jawab kepada pembeli kerana isu ini nampaknya seperti tidak berkesudahan," katanya.
Sementara itu, peniaga ayam di Pasar Awam Pulau Tikus, Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, dia kini terpaksa menjual pada harga RM11 bagi setiap sekilogram bagi ayam bersih.
"Sekarang harga bagi seekor ayam pun sudah cecah sehingga RM18 dan jika ini berterusan, peniaga boleh 'sakit'. Harganya perlulah konsisten bagi kesenangan peniaga dan pembeli," katanya.
Difahamkan, pemborong menaikkan harga sehingga 70 sen bagi setiap kilogram ayam yang dikenakan sebagai caj penghantaran.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-hujung-bulan-lalu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|