CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

[Pulau Pinang] 4,081 tan makanan yang boleh dimakan dibuang oleh rakyat Malaysia pada 2021

[Copy link]
Post time 6-10-2022 01:08 PM | Show all posts |Read mode
4,081 tan makanan yang boleh dimakan dibuang oleh rakyat Malaysia pada 2021

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



GAMBAR hiasan




Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggalakkan orang ramai supaya mengubah tabiat membuang sisa makanan kepada menjadikan ia sebagai makanan yang masih boleh dimakan.

Dengan mengubah tabiat itu, ia dapat membantu mengurangkan peratusan sisa makanan yang dibuang.

Pegawai Pendidikan CAP NV Subbarow berkata, menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Malaysia, 4,081 tan makanan yang boleh dimakan, dibuang oleh rakyat Malaysia pada 2021.

Katanya, menurut laporan itu, 24 peratus sisa makanan terdiri daripada sayur-sayuran dan daging yang masih boleh dimakan.

"Jumlah pembaziran makanan di Malaysia itu adalah mencukupi bagi memberi makan kepada 12 juta orang tiga kali sehari.

"Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah terbiasa membuang makanan tanpa berfikir dua kali dan ia satu tabiat buruk," katanya pada kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Subbarow, ilham bagi menukar sisa makanan kepada makanan boleh dimakan menjadi cara alternatif bagi menghentikan tabiat buruk berkenaan.

Katanya, nasi boleh ditukar menjadi nasi goreng atau 'apam' manakala lebihan roti boleh dijadikan puding roti, roti jejari atau roti potong.

"Sisa makanan seperti nasi, roti dan mi boleh ditukar menjadi makanan yang ringkas tetapi sesuai.

"Rakyat Malaysia perlu mula mengamalkan gaya hidup sifar sisa dan belajar menghargai makanan selain mengawal diri daripada membeli lebih daripada yang boleh dimakan," katanya.

CAP turut mengadakan program demonstrasi secara langsung mengenai cara penyediaan makanan menggunakan sisa makanan di pejabatnya di Jalan Masjid Negeri atau hubungi talian 012-5374899 untuk maklumat lanjut.




Disiarkan pada: Oktober 6, 2022 @ 12:45pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.271513 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list