CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 503|Reply: 0

Helmi azam kukuh kedudukan

[Copy link]
Post time 6-10-2022 09:26 AM | Show all posts |Read mode

Pelumba Boon Siew HONDA Racing Team, Helmi Azman. Foto ihsan FB Helmi Azman

KUALA LUMPUR: Meskipun sedang memegang status pendahulu kelas SuperSports 600cc di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2022 ketika ini, Helmi Azman masih belum berasa selesa dengan kedudukannya itu.

Menjelang Pusingan 4 musim ini di Litar Antarabangsa Sepang yang dijadual membuka tirainya esok, Helmi hanya berkelebihan 22 mata di depan pencabarnya dari Indonesia, Andi Farid Izhihar.

Justeru itu, pelumba Boon Siew HONDA Racing Team itu meletakkan sasaran untuk menawan dua perlumbaan yang bakal berlangsung di trek laman sendiri, Sepang sekali gus membawa bekalan yang selesa ke kemuncak musim di Litar Antarabangsa Chang, Thailand, November nanti.

"Untuk Pusingan 4 di Sepang, saya akan cuba menamatkan perlumbaan di kedudukan paling atas untuk menjaga mata perebutan gelaran keseluruhan," Kata Helmi yang sudah menyertai saingan kelas 600cc ini bermula pada 2019.


"Saya mesti tamatkan dua perlumbaan di Sepang di atas podium dan di Buriram (Thailand) pun sama. Ini kerana, berbaki empat perlumbaan, apa-apa pun boleh terjadi. Lagipun, posisi dengan nombor dua pun tak jauh beza mata.

"Jurang dalam 22 mata dan oleh itu saya perlu berkerja keras lagi untuk menjauhkan lagi jurang yang ada itu."

Helmi mula membuat penampilan pertama dalam kelas SuperSports 600cc pada 2019 dan hanya sekali berpeluang beraksi pada musim 2020 sebelum dunia dilanda pandemik COVID-19.

Helmi yang pernah meraih gelaran juara kelas Underbone 150cc pada 2018 ketika ini mendahului carta keseluruhan dengan 104 mata manakala Andy berada di kedudukan kedua, 82 mata.

Pelumba HONDA Racing Thailand, Nakarin Atiratphuvapat berada di kedudukan ketiga dengan 78 mata manakala rakan sepasukan Helmi, Khairul Idham Pawi keempat, 69 mata.
https://www.bharian.com.my/sukan ... zam-kukuh-kedudukan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.704965 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list