View: 1791|Reply: 13
|
Ramlah simpan rambut panjang dipotong dalam kotak?
[Copy link]
|
|
Ramlah simpan rambut panjang dipotong dalam kotak?
Ramlah terkenang kisah lucu rambut panjang paras pinggang disimpan dalam kotak dilarikan tikus. - NSTP/Aziah Azmee
KUALA LUMPUR: Penyanyi berpengalaman, Ramlah Ram terkenang kisah lucu rambut panjang paras pinggang yang disimpan dalam kotak hilang dilarikan tikus.
Kongsi Ramlah, meskipun kejadian itu berlaku lebih empat dekad lalu iaitu pada zaman awal kemunculannya dalam bidang nyanyian, namun ia masih segar dalam ingatan kerana itu antara kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.
"Saya simpan rambut panjang paras pinggang sejak zaman sekolah lagi. Bagaimanapun, saya mengambil keputusan memotong rambut paras bahu selepas aktif dalam bidang nyanyian.
"Keputusan memotong rambut kerana mahu memudahkan saya cepat bersiap. Selalunya, sayalah artis paling lambat bersiap apabila ada acara persembahan.
"Saya tak mahu menyusahkan banyak pihak, saya nekad untuk potong rambut. Disebabkan sayang, sisa rambut saya simpan dalam kotak di kampung untuk dijadikan kenangan.
"Bila saya cari balik, kakak beritahu kotak rambut hilang dilarikan tikus," katanya kepada BH Online sambil ketawa.
Ramlah pernah simpan rambut panjang paras pinggang pada zaman sekolah. - NSTP/Aziah Azmee
Selepas muncul dengan album kedua berjudul Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu pada 1988, penyanyi bersuara lantang ini sekali lagi memotong rambut sehingga paras telinga.
"Kali ini keputusan dibuat oleh syarikat rakaman yang mahu menerbitkan imej segar kepada saya. Sebagai penyanyi, saya ikut apa yang terbaik," ujar pemenang Bintang RTM 1985 ini.
Ramlah ditemui selepas menjayakan persembahan pada majlis penyampaian hadiah Kempen Best Products Ke-26 anjuran jenama jualan katalog jarak jauh, Home Dorct Shopping di ibu negara, semalam.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Duta Best Products, Datuk Jalaluddin Hassan, manakala Norman Hakim bertindak sebagai pengacara.
Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... ipotong-dalam-kotak
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko nih @Raline
Acik baru nak bising ejaan ko salah
Ingatkan ramilah begum rupanya kak melah |
|
|
|
|
|
|
|
Ramlah Ram Potong Rambut- Sayang Sangat Sampai Simpan Dalam Kotak Kasut Tapi Dibawa Lari Tikus
Ramlah Ram mengimbau kembali kenangan terpaksa memotong rambutnya dan meletakkan ke dalam kotak kerana terlalu sayang.
Ramlah, 57, berkata sewaktu awal kemunculan sebagai penyanyi kira-kira lebih tiga dekad yang lalu, mereka tidak mempunyai jurumekap dan perlu bersiap sendiri sebelum menghadiri acara atau program hiburan.
Foto: IG
"Dulu mana kita ada mekap artis, jadi semua kena belajar mekap dan bersiap sendiri.
"Rambut saya pula panjang paras pinggang, disebabkan terlalu lama mengambil masa untuk bersiap, saya mengambil keputusan untuk memotong rambut pendek," katanya kepada mStar.
Ramlah berkongsi kenangan itu semasa ditemui di Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Best Products ke-26 yang diadakan di KL Eco City, Kuala Lumpur pada Isnin.
Gara-gara terlalu sayang rambutnya itu, penyanyi lagu Diam Diam Jatuh Cinta ini menyimpan di dalam kotak kasut dan membawanya pulang ke kampung.
"Saya meminta kakak untuk menjaga keratan rambut tersebut, namun lain pula jadinya apabila tidak lama kemudian kakak memberitahu kotak simpanan rambut itu telah dilarikan tikus," jelasnya sambil tertawa.
Dalam pada itu, Ramlah turut menyingkap kenangannya bersama Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang pernah meminta dia agar tidak memotong rambut.
Cerita Ramlah, ketika itu dia menyertai sebuah program di RTM dan duduk sendirian kerana berasa rendah diri dengan kehadiran bintang-bintang ternama.
Namun, Sudirman menghampiri dirinya dan memberikan kata-kata semangat termasuklah memuji kecantikan rambut panjangnya itu.
"Sewaktu itu abang Sudirman mengatakan saya juga ada keistimewaan tersendiri kerana memiliki rambut yang panjang.
"Dia turut berpesan untuk tidak memotong rambut, tetapi setelah mengetahui saya telah memotong rambut pendek, dia melukis karikatur yang tertulis 'Akhirnya tuan puteri potong rambut'.
"Itu yang mengingatkan saya kepada Sudirman apabila teringat kembali keputusan untuk memotong rambut pendek," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
waaaa kaka melah dah kurus kemainnn oooiii.. kak melah ni tak mau join GV ke kak? |
|
|
|
|
|
|
|
I <3 kak Melah dulu kini dan selamanya |
|
|
|
|
|
|
|
lain dah rupa kak melah ni skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Dari citer Ramlah Ram mengenai arwah Sudirman, ai rasa arwah Sudirman suka dgn perempuan berambut panjang... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm muka farah mendoza la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh x artis2 yg da tua jgn cucuk botox.. Terkejut tau |
|
|
|
|
|
|
|
Sejibik muka mendosa |
|
|
|
|
|
|
|
Mekap warna apa pun, terserlah ke-Masai-an Kak Melah |
|
|
|
|
|
|
|
Tikus apa yg boleh angkat kotak kasut ada rambut? |
|
|
|
|
|
|
| |
|