CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1542|Reply: 13

Dikecam Teruk, Fauzi Nawawi Merajuk Dengan Industri Sampai Bawa Diri Ke Sabah?

[Copy link]
Post time 5-10-2022 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Fauzi Nawawi menafikan dirinya merajuk dengan industri hiburan sehingga mahu membawa diri ke Sabah seperti mana yang pernah menjadi bualan ramai sebelum ini.


Menurut Fauzi, 49, dia sekadar mengambil tempoh bertenang dan menguruskan perniagaan di sana selepas insiden dikecam teruk gara-gara terlepas cakap semasa terlibat dalam sebuah program televisyen.


Foto: IG




"Bukanlah merajuk! Ketika itu saya rasa bawa diri dahulu untuk bertenang seketika. Saya telah memohon maaf atas kesilapan sebelum ini dan mengaku silap.


"Saya ke Sabah untuk menguruskan sebuah perniagaan di sana dan ia masih bertahan sehingga sekarang. Bagaimanapun disebabkan kekangan masa dan komitmen di sini saya tidak boleh untuk terus tinggal di sana.


"Saya juga tidak mungkin tinggalkan industri seni kerana ini adalah jiwa saya. Ada ura-ura kononnya nama saya digam tapi tidak ada sebarang surat rasmi mengatakan sebegitu. Syukur masih lagi menerima tawaran sehingga hari ini," katanya kepada mStar.




  



Fauzi ditemui ketika majlis pratonton filem terbaharu lakonannya berjudul Seratus yang diadakan di Kuala Lumpur pada Isnin.


Pada Oktober tahun lalu, Fauzi menerima kecaman selepas berkongsi mengenai pengalaman menjayakan babak rogol ketika terlibat dalam sebuah program temu bual.


Mengambil iktibar daripada kejadian itu, Fauzi berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap percakapan di masa akan datang.




  



"Sepanjang 25 tahun dalam industri itulah kecaman paling teruk pernah saya lalui. Maklumlah sebelum ini tiada media sosial, tetapi sekarang orang boleh kecam melalui medium sebegitu.


"Apa yang berlaku membuatkan saya sedar sebenarnya ramai yang menantikan kejatuhan seseorang. Saya juga tahu tidak semua suka kita sebagai pelakon. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan menjaga lidah ketika berkata-kata.


"Saya juga tidak takut kalau nama kena banned sebab percaya ada rezeki lain. Jika tidak diterima dalam dunia seni ini lagi, saya tetap akan berusaha mencari rezeki selagi masih bernafas,” ujarnya.




  



Sementara itu bercakap tentang filem Seratus, Fauzi memberitahu dia sanggup melakukan babak aksi sendiri tanpa menggunakan stuntman demi memberi kepuasan dalam lakonannya.


"Jujur saya katakan tidak puas berlakon dalam filem ini kerana watak saya dimatikan di awal cerita. Namun apabila menonton secara keseluruhan, saya faham jalan cerita yang ingin disampaikan dan sebagai penonton saya puas melihat keseluruhan cerita.


"Dalam filem ini saya minta sendiri kepada pengarah untuk melakonkan satu babak aksi supaya saya dapat berikan sepenuhnya kepada penonton nanti," jelasnya.




  



Menarik tentang filem arahan Feroz Kadir ini, ia menampilkan 100 orang pelakon dan wang kertas RM100 menjadi simbolik kepada penceritaan yang ingin disampaikan.


Filem ini turut menampilkan pelakon seperti Sharul Kamal, Wan Hanafi Su, Sara Ali, Marissa Yasmin dan Pablo Amirul selain nama-nama popular yang muncul sebagai penampilan istimewa.


Ia bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 6 Oktober. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 08:39 AM | Show all posts
I didn't miss you
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:46 AM | Show all posts
dia terlepas cakap ape? I terlepas lrt
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 03:06 PM | Show all posts
Sudahlah ... geli pulak meolss TERtnegok leak dia kat twidder
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde sapa dengki nak jatuhkan kauuuu
Dah mmg hati kau jiwa kau jahat sangat sampai tgh belakon pun kau boleh benafsu tgk kolig, pelakon professional my asssssss
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 03:16 PM | Show all posts
missmarvolo replied at 5-10-2022 11:46 AM
dia terlepas cakap ape? I terlepas lrt

Yang pasal lawak rogol tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2022 04:50 PM | Show all posts
missmarvolo: dia terlepas cakap ape? I terlepas lrt


yang dia sakan cerita in detail berlakon adegan rog*l tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia, berniaga apa kat sabah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Selain perangai dia, i suka dia berlakon
Bg je watak ape pon
Kalau jahat, mmg muka mintak kaki
Kalau baik+lwk pun ok
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan lh muka.pelakon yg teruji bt scene rogol dh bthun2 pn msih ingat detail tk respect lgsung dgn artis wanita tu.tk yh lh jdi pelakon lgi mjijikn
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
"Ada ura-ura kononnya nama saya digam tapi tidak ada sebarang surat rasmi mengatakan sebegitu. "

Kalau artis kena gam memang akan dapat surat rasmi ke selama ini..? Atau just sedar sendiri di gam sebab di whoareyuss kan saja oleh semua production house?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 09:25 AM | Show all posts
ini lah dia, kerana mulut badan binasa yo!
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 09:38 PM | Show all posts

ooo okay2 maceh. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 09:39 PM | Show all posts
bynroslan replied at 5-10-2022 04:50 PM
yang dia sakan cerita in detail berlakon adegan rog*l tuuu

ooo okay2 maceh. hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 19107 Replies : 125
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49021 Replies : 38
Suami Zahnita disiasat atas Akta Keganasan Rumah Tangga
maklukpenggodaSuami Zahnita disiasat atas Akta Keganas
Views : 38756 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan ...
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 32793 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 258135 Replies : 7170
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50596 Replies : 40
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 62977 Replies : 357
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92806 Replies : 940
Sedikit kata-kata dari Abbuya
dodenSedikit kata-kata dari Abbuya
Views : 29135 Replies : 2
Budak Tingkatan 2 Kena Kenduri Di Malam Lumba Haram
^CUN_GILA~.Budak Tingkatan 2 Kena Kenduri Di Malam
Views : 41279 Replies : 160

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.138379 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list