CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2649|Reply: 43

[Tempatan] Mata masuk habuk...'Apa salahnya, mainan itu masih elok'

[Copy link]
Post time 4-10-2022 11:36 PM | Show all posts |Read mode
'Apa salahnya, mainan itu masih elok'


MAINAN troli ditemukan Mohd Zakiman di tempat pembuangan sampah sebelum diberishkan dan diberikan kepada anaknya. FOTO Ihsan Mohd Zakiman Irwan Othman


Kuala Krai: Demi menggembirakan dua anaknya, Mohd Zakiman Irwan Othman ketepikan rasa malu dan sanggup mengutip mainan ditemukan di tempat pembuangan sampah.

Mainan troli itu dibawa pulang ke rumah kemudian dicuci hingga bersih sebelum dihadiahkan kepada dua anaknya, Nur Aisy Zakira, 5, dan Muhammad Zakif Mikhail, 3.

Mohd Zakiman Irwan, 35, memuat naik video gambarnya mencuci mainan itu di TikTok kelmarin dan perkongsian berkenaan meruntun hati warganet.

Rata-rata warganet kagum dengan kesungguhan Mohd Zakiman Irwan dalam menggembirakan anaknya dan menyifatkannya sebagai bapa penyayang.

Berkongsi kisah sebenar, Mohd Zakiman Irwan yang menetap di Kampung Bedal, di sini berkata, dia nampak mainan itu di tempat pembuangan sampah berhampiran rumahnya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Ketika nampak mainan itu, saya tidak ambil terus tetapi sebaik pulang kerja pada sebelah petang, saya singgah semula ke tempat pembuangan sampah itu dan lihat ia masih ada di situ.

"Jadi, saya ambil untuk bawa pulang ke rumah dengan niat beri kepada anak. Sebelum bawa pulang ke rumah, saya ambil gambar untuk dihantar kepada isteri (Nik Mastura Nawi, 29) dan dia tiada masalah kerana mainan itu masih elok," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


MOHD Zakiman bersama isteri, Nik Mastura dan dua anak mereka, Nur Aisy Zakira serta Muhammad Zakif Mikhail. FOTO Ihsan Mohd Zakiman Irwan Othman


Pulang ke rumah, Mohd Zakiman Irwan terus cuci mainan berkenaan sebelum diberikan kepada anaknya.

Menurut Mohd Zakiman Irwan, anaknya tahu dari mana datangnya mainan itu namun tetap gembira selepas menerima pemberiannya.

"Anak nampak saya bawa pulang mainan itu dan mereka teruja. Ikutkan, saya ada belikan mereka mainan sebelum ini tetapi setakat yang murah saja di kedai RM2 kerana bekerja di kilang dengan gaji hari jadi mana mampu beli yang mahal," katanya.

Berhubung kisahnya yang tular, Mohd Zakiman Irwan berkata, dia tidak sangka perkongsiannya di TikTok itu mendapat maklum balas luar biasa.

"Saya ambil gambar dan muat naik video untuk suka-suka saja, bukan untuk meraih simpati sesiapa.

"Niat saya untuk mengingatkan mereka yang menonton supaya menghargai pengorbanan seorang ayah namun ramai pula tersentuh.

"Ada juga individu ingin bantu saya sekeluarga cuma kalau nak beri duit, saya tidak terima kerana ramai lagi di luar sana yang susah tetapi tiada masalah jika beri sebagai hadiah buat anak," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... inan-itu-masih-elok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua benda la nurtijen ni nak sensasikan syahdukan padahal di Barat punya la ramai manusia yang jadik scavengers kutip makanan ka barang2 yang masih helok dari tempat pembuangan sampah untuk kegunaan sendiri.

Ni sampai nak bagi bantuan la apa la seolah insulting kudrat abang tu ja cari rezeki sendiri untuk keluarga dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu pun nyetttizen nak kepoci
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:16 AM | Show all posts
bagus brader ni tak mahu bantuan duit..

dia pos tik tok pun suka2 aja, netijen pulak yang lebih2..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
One man's thrash is another man's treasure
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau si anak suka ok je. Buat cam anak iols kalau tak suka tu dicampaknya mainan tu. Geram jugak kadang sebab dah taktahu nak bagi mainan apa dah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2022 08:24 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 5-10-2022 12:22 AM
Kalau si anak suka ok je. Buat cam anak iols kalau tak suka tu dicampaknya mainan tu. Geram jugak ka ...

budak2 kdg2 lg suka main mangkuk2 senduk periuk yg kt dapur tu sis.... bli yg murah2 je bg diorg main. imaginasi diorg tinggi sbnrnya. xpyh mainan mahal pon.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat oversea or spore byk je kdg barang cantik2 dibuang.. Ambik je lah.. Ni semua benda nak kesian sayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Netizen punya sayu seolah-olah diorg tak pernah susah. Semua lahir dlm korge t20 gamaknye..mainan semua mak bapak beli baru dkt toysrus
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 09:02 AM | Show all posts
kalo kat tiktok lain, dah masuk pesbuk jadi lain bang

aku tengok pun ok je dah  benda elok ko cuci & touch up sket bagi la anak main sampai jahanam

apooo yg sayu bagai nya

boomers & acik2 desa kat pesbuk skrg ni suka buat palatao sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:27 AM | Show all posts
siapa yang nak cari barang2 macam brader tu
rajin2 ronda area rumah2 loaded
kadang2 diorg rosak sikit pun dah buang
macam aku dulu saja ronda2 rumah kuarters pegawai pjaya
nampak stroller buruk tp masih elok dah buang kat tong sampah
aku tanya tuan rumah kata boleh ambil
balik rumah basuh, sental, ganti sikit2 span dia dah nampak mcm baru
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:35 AM | Show all posts
iolls pun ada jugak kadang-kadang kutip barang kat tong sampah ni

baru-baru ni follow tiktok ada sorang brother ni, dia dapat gelang pandora full set tu kat tong sampah

akaun dia semua video dia cari barang dalam tong sampah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus abg ni buat mcm tu. i pun rasa nk buat bank mainan. yelah budak2 ni sometimes main kejap2 je. boleh la mana2 toys yg anak x nk main dah letak kat bank tu n kita pun boleh ambik mainan lain bg kat anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlu ada makcik ni mntak plastic bulat2 tekan yg ada udara tu..igt nak buat apa, rupanya utk ank dia main tekan2
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:56 AM | Show all posts
dekmieDandy replied at 5-10-2022 10:35 AM
iolls pun ada jugak kadang-kadang kutip barang kat tong sampah ni

baru-baru ni follow tiktok  ...

nanti anda pun kena viral dgn netijen acah prihatin
caption sedih2
haahhaha

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:58 AM | Show all posts
renko replied at 5-10-2022 10:56 AM
nanti anda pun kena viral dgn netijen acah prihatin
caption sedih2
haahhaha

tak kot, sebab buat kat perumahan elit sajor


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 5-10-2022 10:51 AM
bagus abg ni buat mcm tu. i pun rasa nk buat bank mainan. yelah budak2 ni sometimes main kejap2 je.  ...

Chuols buat satu group kat fb, free brg² mainan budak...mesti dpt sambutan...
Elok jgk kan dari beli...mmg ada je org yg akan buang je brg² mainan budak yg elok² lagi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:01 AM | Show all posts
dekmieDandy replied at 5-10-2022 10:58 AM
tak kot, sebab buat kat perumahan elit sajor

kurang kepoci2 area sana
lau x mmg nahas la kena viral merata
hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Drmu replied at 5-10-2022 10:56 AM
Dlu ada makcik ni mntak plastic bulat2 tekan yg ada udara tu..igt nak buat apa, rupanya utk ank dia  ...

Yg org buat balut parcel tu ke?

Aku pun suka gak buat main benda tu, mcm relase stress kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:03 AM | Show all posts
kalau kat perth oz, menjelang summer, PBT akan minta setiap rumah keluarkan brg2 yg dah taknak dan diletak dpn rumah...sbb masa tu dah tak hujan...dia bagi beberapa minggu utk sape2 nak amik je kat depan rumah. iols penah nmpk mainan, sofa etc...mana2 yg elok, sape2 boleh amik je...mcm garage sale tp ni leh amik free...kat sana boleh la buat mcm tu atas faktor cuaca, tp kat sini tak boleh...kat sini kena war2kan kat grup taman, bagi gambar, sape2 nak , leh dtg amik...ok jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.614487 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list