CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 828|Reply: 3

Menteri Kanan Mana Tanya SPRM 'Adakah Kamu Menyiasat Saya'?

[Copy link]
Post time 4-10-2022 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memilih bulu dalam menjalankan tanggungjawab mereka dalam memastikan undang-undang dapat ditegakkan.


Menurutnya, SPRM bukan hanya memfokuskan untuk menyiasat kes-kes kecil tetapi termasuklah kes yang melibatkan 'ikan jerung' di negara ini.


"Unsur berat sebelah ini kadangkala ia merupakan persepsi masyarakat, kita jalankan siasatan secara telus dan profesional, kita bila menyiasat kita pastikan keluhuran undang-undang itu dipatuhi, yang selalu timbul persepsi mereka yang terlibat yang rasa kita tak patut siasat.




Harian Metro




"Kebebasan kami dalam menjalankan siasatan adalah terpelihara sebagai contoh saya pernah katakan ada satu menteri kanan pernah WhatsApp saya, dia tanya saya adakah kamu sedang menyiasat (SPRM) sedang menyiasat saya, iya memang betul kami menyiasat kamu," katanya pada Isnin.


Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Program Bicara Naratif anjuran RTM sempena SPRM: 55 tahun memerangi rasuah.


Dalam pendedahan itu, Azam Baki tidak menamakan nama menteri kanan berkenaan.


Bagaimanapun tambahnya, sekiranya difikirkan semula kepada mereka yang bertanyakan kepada beliau sama ada kes itu dibawa ke mahkamah atau tidak ia perlu melalui peringkat Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu.


"Tetapi kalau difikirkan balik mereka yang pernah bertanya saya itu adakah dibawa ke mahkamah, kalau kes itu sudah tiada, tiadalah.


"Sebab itu bila kita menyiasat ada satu badan lagi yang akan menentukan dari segi integritinya iaitu Jabatan Peguam Negara, bukalah sebanyak mana kertas siasatan pun tetapi sekiranya tidak dipersetujui oleh jabatan itu sudah tentu kes itu tidak dituduh di mahkamah," katanya.


Tambahnya, perkara itu menunjukkan bahawa prinsip pengasingan kuasa di dalam negara ini berjalan dengan begitu baik.


"Model yang kita ada ini adalah model yang diamalkan hampir keseluruhan negara di dunia, waima di Amerika Syarikat mahu pun di United Kingdom, di mana kalau tanya saya secara peribadi lah rata-rata pegawai SPRM mungkin berfikiran yang sama di mana, mesti ada semak dan imbang.


"Kita tak boleh ada satu pusat kuasa, di mana kita yang jalankan siasatan, kita juga yang menentukan pendakwaan kes berkenaan, jadi kecenderungan saya risau saja pengawai SPRM kalau kita ada kuasa itu di mana akibat kemarahan kita, emosi kita, maka kita akan buka fail, kita siasat dan kita pasti dia kena tuduh," katanya.


Jelasnya, perkara itu akan dibimbanginya akan membawa kepada kemudaratan yang lebih teruk.


"Masyarakat pada masa akan datang akan memandangkan kami cenderung untuk mengambil tindakan ke atas satu pihak sahaja," tegasnya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Acah pulak dia..tele edisi siasat dah londeh macam2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 07:54 PM | Show all posts
azambaki ni xtau malu betul eh. dh ada skandal pun gigih lg x malu nak letak jawatan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sunghuh tak professional.. ala gosip murahan dek. Ko mention buat apa kalu setakat gini..x petik nama VIP! Ke dulu kerja sama Majalah Mangga?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.036280 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list