CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2766|Reply: 27

Pelajar Tingkatan Tiga Maut Selepas Tiba-Tiba Rebah Dalam Kelas

[Copy link]
Post time 4-10-2022 06:10 PM | Show all posts |Read mode
SUNGAI PETANI – Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga meninggal dunia selepas rebah di dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8.05 pagi itu, pelajar terbabit, Adam Iskandar Shah Rizal, 15, dikatakan rebah secara tiba-tiba dan disedari rakan sekelas yang sedang membuat persediaan untuk memulakan pelajaran.


Mangsa yang merupakan anak kedua daripada empat beradik kemudian disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.




Foto: Kosmo




Menurut ibu pelajar itu, Junaidah Mat Saad, 42, dia dimaklumkan tentang kejadian tersebut daripada pihak sekolah pada pukul 8.10 pagi tadi.


“Saya dan suami, Shah Rizal Ismail, 46, bergegas ke Zon Merah (Jabatan Kecemasan) HSAH sebelum dimaklumkan bahawa anak telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSAH hari ini.


Menurutnya, anak lelakinya itu mengalami masalah salur darah jantung tersumbat dan sering dirujuk ke hospital.


“Terbaharu pada minggu lepas, arwah dikejarkan ke sebuah klinik swasta kerana mengadu sesak nafas dan diberikan cuti sakit selama empat hari.


“Hasil keputusan bedah siasat kami dimaklumkan dia meninggal dunia kerana serangan jantung,” ujarnya sambil menyifatkan arwah seorang anak yang baik, taat dan menghormati ibu bapa.


Sementara itu, katanya, arwah menunjukkan perubahan semasa hendak keluar dari rumah di Taman Kelisa Ria ke sekolahnya pada pagi semalam.


“Sebelum ini arwah seorang pelajar yang cukup berdisiplin dengan memakai uniform lengkap seperti ditetapkan pihak sekolah dan jika tidak lengkap seperti tiada sarung kaki, dia tidak mahu ke sekolah.


“Namun, hari ini dia tetap mahu ke sekolah dengan berselipar kerana kasut sekolah basah,” ujarnya yang merupakan peniaga kuih.


Katanya, dia dan suami melarang Adam memakai selipar ke sekolah tetapi arwah tetap mahu ke sekolah.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan kematian pelajar terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah moga syurga buatmu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak syak cari-mro ni lembam dek. Semua tajuk yang dia buat adaaaaaa je salah dek. Pelajar tiga apoooo dek?

Namun akak tak kutuk yach sis. Malah akak simpati dek. Good luck yach sis cari-mro.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
alfatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 06:49 PM | Show all posts
alfatihah siannya
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah chuols dah betulkan tajuk dek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
alfatihah...salam takziah buat keluarga arwah.
sedihnya makayah anak pergi sek elok je, takdan masuk bljr anak dah jadi jenazah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 07:15 PM | Show all posts
Mesti lah dah Vaccine kan?

Salam takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab kematian adalah bukan kerane vaksin..

@pengecatbintang
@slavehunter
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 07:26 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 4-10-2022 07:17 PM
Sebab kematian adalah bukan kerane vaksin..

@pengecatbintang

Selepas mantra "alaa stage 2 stage 3 jer, herd immunity, herd lembunity" sekarang mereka menggunakan mantra "bukan kerana vaccine", sambil redha dengan takdir gitu sis.

Hidup makan dgn ubat blue pill maybe lagi sedap kot.

Now lets see this case Sis, teenager,kids and babies pun menuai hasil.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/888276/uzma-nur-iman-hilang-penglihatan-secara-tiba-tiba-metrotv
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampunkan dosanya dan dosaku juga
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 07:41 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 4-10-2022 07:17 PM
Sebab kematian adalah bukan kerane vaksin..

@pengecatbintang

Ni pun baru sis today.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/888714/penjawat-awam-meninggal-dunia-di-pejabat

Again I insist here....
"Bukan Kerana Covid Vaccine".
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurutnya, anak lelakinya itu mengalami masalah salur darah jantung tersumbat dan sering dirujuk ke hospital.

“Terbaharu pada minggu lepas, arwah dikejarkan ke sebuah klinik swasta kerana mengadu sesak nafas dan diberikan cuti sakit selama empat hari.

Oh anak dia menghidap arteri koronari, biasa kalau muda ni disebabkan keturunan.
Merokok dan kolesterol tinggi salah satu punca,badan kurus pun ramai yg kolesterol tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:22 PM | Show all posts
iols pon risau  .... bebaru ni iols asik susah nafas masa nak masuk tidur
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tingkatan 3 mungkin belum vaksin lah. Hari tu government buat untuk budak Tingkatan 4 (yang tahun ni dah naik Tingkatan 5) dan ke atas. Yang umur 12-15 tahun ibu bapa kena hantar sendiri ke PPV, tiada program sekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 4-10-2022 06:51 PM
Tahniah chuols dah betulkan tajuk dek.

Mengeletar tt edit tajuk walhal chuols belum maki hamun lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 4-10-2022 07:26 PM
Selepas mantra "alaa stage 2 stage 3 jer, herd immunity, herd lembunity" sekarang mereka menggunak ...

Apehal muke parents kat berite link U tu ketawe gumbire sis??  Gilekah?  Anak sedey sayu dah jadi bute mereka riang ria ye..  
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
straycat replied at 4-10-2022 12:45 PM
Tingkatan 3 mungkin belum vaksin lah. Hari tu government buat untuk budak Tingkatan 4 (yang tahun ni ...


Dah vaksin la. Majoriti sekolah2 di tanahair ini 95% pelajarnya dah vaksin.

Akak expects more deaths in 2023.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.072918 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list