View: 4616|Reply: 30
|
Rozita Ibrahim Tak Nak Menyesal Buat Perkara Memalukan Anak-anak
[Copy link]
|
|
Pengasas Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita Ibrahim mengakui status sebagai ibu membuatkannya malu membuat kandungan media sosial secara berlebihan untuk mencari populariti dan menaikkan jualan produknya.
Ibu kepada usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri itu juga tidak mahu memalukan anak-anaknya selain membuat dirinya menyesal di kemudian hari.
Menurut beliau, maruah dirinya perlu dijaga apatah lagi tidak bersekolah tinggi dan demi untuk bersaing dengan mereka yang memiliki kecermelangan akademik.
IG Bonda
“Kalau awak anak saya, malu tak ada emak ada macam itu? Sudah tentu malu dan kalau kita sebagai anak malu dan emak tidak malu, itu bukan satu yang bagus untuk generasi muda.
“Dan saya pula bersaing dengan orang yang ada akademik dan mereka tahu saya tidak berpendidikan. Jadi di mana saya hendak letak maruah, sudahlah bodoh, tidak sekolah dan tunjuk perangai bodoh.
“Itu bukan setakat bodoh tapi bodoh dan bangang. Nampak macam bahasa laser tapi itu fakta,” katanya selepas menganjurkan Bonda Fiesta Vaganza selama dua hari bermula semalam yang dihadiri lebih 3,000 pengunjung di Batang Kali, Selangor.
Rozita telah berkecimpung dalam dunia perniagaan herba tradisional sejak dari tahun 1997 dan masih meneruskan perniagaannya sehingga hari ini termasuk memiliki resort dikenali Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim.
IG Bonda
Sebagai bekas pengasas Sendayu Tinggi dan kini pengasas Jamu Ratu Malaya dan De Ratu, perkongsian beliau di media sosial sering memberi inspirasi kepada ramai wanita yang ingin menjadi ahli perniagaan yang berjaya sepertinya.
Berkongsi nasihat, Rozita berharap, usahawan wanita Melayu dan Muslim tidak merosakkan nama mereka hanya kerana mengejar keuntungan semata-mata dan menjadi hamba wang.
Jelas beliau lagi, walaupun mempunyai niat menghiburkan orang lain di media sosial, ia tidak manis apatah lagi dilakukan orang golongan wanita sekiranya hendak dibandingkan dengan lelaki.
Tambahnya, nasihat itu tidak ditujukan kepada sesiapa kerana keturunannya juga tidak terlepas melakukan perkara yang sama.
“Saya tidak cakap orang lain sebab keturunan saya pun buat benda yang sama juga. Walaupun niat mereka menghiburkan tetapi kalau lelaki elok lagi, tapi kalau kita wanita? Orang hina Melayu, Islam buat macam ini. Malu saya dan jangan kerana duit kita jadi hamba,” kata wanita yang bakal mencecah usia 60 tahun itu.
IG Bonda
Pada masa sama, Rozita menegaskan, mereka yang berjaya dalam perniagaan bidang bisnes tidak wajar menunjukkan secara berlebihan kejayaan mereka kepada umum.
“Saya pernah lalui zaman kejatuhan ekonomi, sangat teruk sebab baru mulakan bisnes. Ini kerana setiap 10 tahun akan ada fasa kemelesetan ekonomi di negara ini.
“Jadi kita kena sentiasa kita bersiap dan tidak menuruti emosi atau nafsu syafwat kerana manusia selalu kalah dengan emosi gara-gara gangguan dalaman oleh syaitan.
“Bila kita terlebih menunjuk akan menyebabkan hilang fokus dengan bisnes. Bila tidak ada kewangan kukuh dan bisnes untukk menunjuk-nunjuk tapi sebenarnya bisnes adalah bertahan dan bukan tunjukkan kejayaan kita.
“Bila ada kewangan yang stabil dan apa yang berlaku, Insya-Allah tidak akan jatuh. Bagi yang hendak cuba perniagaan, usia bukan penghalang. Tapi kalau umur sudah pencen, saya nasihatkan jangan berniaga kerana semangat sudah lemah ketika itu,” katanya.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
...ENTAH LAH... macam anak-beranak makcik even makcik sendiri pun pun tak practice what you've preach... yang kontroversi dari zaman pakai purdah nak sorok muka salah bikin, sampai memondan buat lagu, semuanya banyak daripada keluarga makcik sebab kejar duit dan harta... lepas tu recycle cerita duduk felda, meniaga jamu, pasar malam, bercerai laki tak elok, dan ulang-ulang... banyak berjaya dan mewah pun sebab people buy your stories, not your product exactly, sebab zaman Sendayu Tinggi naik pun lepas kak Yatie yang elok sikitlah perangai tu take over. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke dia sama naik dgn anak konon2 nak nasihat. 2x5 je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lainnye rupa..
Sama doktor dgn anak dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap dia betul sangat
Kelaku jer yang tak betul
Jubah dah takde sejak kurus ramping ni .. acik acik |
|
|
|
|
|
|
|
bitter lettew
sebut2 pasal keturunan
nenet baca porom kah |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm dgr bleh percaya jgn..acik ita sejak kurus bukan main ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Retis celah bedah sapa pompuan ni? Menyampah pulak aku cari ni buat board macam2 pastu sendiri tak follow. Kau letak lah kat personaliti media sosial sana. Takut org tak klik ke sebab acik2 semua berkampung kat sini je? |
|
|
|
|
|
|
|
Mak die kerat usus jua ke..? Leper dah badan mcm badan budak sekolah tingkatan 1 |
|
|
|
|
|
|
|
toklip dan mak sama naik je sebenarnya.. tak payah laa saling mencerca |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap memang senang, buat belum tentu. Cakap pasal diri sendiri jugak nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Membunting lagi si tin shid tu
Euwhh mcm mana lah dia tahan dgn mulut laki dia
Ats katil dok membebel juga ke [em:7:] |
|
|
|
|
|
|
|
Nham22 replied at 3-10-2022 06:56 PM
Mak die kerat usus jua ke..? Leper dah badan mcm badan budak sekolah tingkatan 1
Mmg pun tp tak nak mengaku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak dah kurus tak nampak dah jubah orang tua ni ya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosannazmia at 4-10-2022 10:30 AM
Tp cuba chuols tanya2 kawan2 acik gomen chuols, ada depa follow fb soc med acik rozita nii? Mcm meols ms kwn meols jd janda dulu ..rupa nya sheols mmg follow,terinspirasi acik ni...haa nko..siap quote lagi..x heran ramai yg follow new rozita ni. Pengaruh dia kuat lah jua..bagus jua lah tuk org2 yg perlukan motivasi diri |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi malu gak lah kadang2 tengok gaya nenek ni berposing kalahkn bbnu.
Btw.. Kecut betul badan nenek sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
suami nya pak aji mana...? lama tk nmpk sejak kurus... |
|
|
|
|
|
|
|
tak lama lagi mesti keluar jamu kurus...confirm!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
sejak dok menayang barang kemas, sejak dok menayang badan bila dah kurus...dgn caption2 terpaling, cam bagus2 kat IG..terus ku rasa something dah bonda ni..
tapi nak dengar jugak apa pandangan bonda thadap anaknya - si ajah..takkan dh bkerat rotan kot. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm ig byk je org cakap potong..ada la pekerja dia kot back up kata acik ita ni amal kan puasa nabi daud..jaga makan bersenam.. ramai org cakap kurus sgt jubah pun dah x pakai ..x lupa abg aji mana? dah cerai ke soklan abg aji & cerai staff dia x back up pun.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|