CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63396|Reply: 684

"Serba Serbi Suami Tegur, Cara Saya Duduk, Cara Jawab Soalan,"-Neelofa Rasa Beruntung Dapat Haris Ismail

  [Copy link]
Post time 3-10-2022 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Neelofa meluahkan betapa beruntungnya dirinya dapat suami macam Haris Ismail.


Katanya suaminya yang tercinta itu sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan teguran buat dirinya dalam menjadi isteri dan Muslimah sejati.




Foto: IG




"Saya bukan seorang yang semuanya perkara boleh buat dengan baik. Macam dengan suami pun kalau ada perkara yang tak sefahaman itu normal. Jadi kita cuba perbaiki semula. Kita kena ada perasaan sebegitu tapi kalau kita sendiri yang macam nak kebahagiaan seorang saja sampai sudah tak ada titik pertemuan di tengah-tengah.


"Haris ini nampak saja macam itu tapi sekecil-kecil perkara pun dia memang sangat teliti. Contoh, cara saya duduk depan dia, cara saya jawab mesej dia. Dia sangat pentingkan adab dan akhlak. Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan dia akan tegur. Dia kata kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu kita kena tunjuk adab dan akhlak yang baik.


"Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur saya berpuluh-puluh kali. Jadi saya pun jadi lebih peka selepas itu," katanya kepada Harian Metro.


  



Neelofa menambah dahulu dia dilihat sebagai seorang wanita yang padat jadual harian dengan kerjaya dan komitmen perniagaan, tapi kini berubah mengikut situasi semasa dirinya.


"Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna, sebab mesti ada kurang di mana-mana. Tapi nak banding dulu dan sekarang saya rasa sekarang lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman walaupun tak terlalu rancak tapi saya rasa dapat rezeki yang cukup.


"Saya tak adalah bekerja sekuat dulu. Banyak masa di rumah. Menjadi 'lady boss' itu dah banyak berkurang. Kalau urusan kerja, saya banyak serahkan kepada Haris. Kadang-kadang ada beberapa perkara juga yang saya perlu terbabit sebab kalau projek itu perlu ada orang pimpin. Tapi apa saya boleh cakap, saya bukanlah orang yang sama seperti sebelum ini."




  



Neelofa bersyukur diberikan perjalanan kehidupan yang seimbang baik daripada segi kehidupan peribadi mahupun kerjaya.


"Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya. Banyak orang yang mungkin terlalu awal kahwin atau lewat dapat anak. Saya rasa syukur, alhamdulillah, Allah bagi perjalanan hidup saya yang agak seimbang.




  



  



"Sekarang ni dah banyak masa di rumah, saya rasa berpuas hati dengan apa yang saya buat dulu. Kalau dulu saya berikan sepenuhnya dan buat sikit-sikit saja mesti sekarang saya masih nak lagi. Saya tak rasa terlambat pun dengan apa yang saya dapat sekarang. Kawan saya yang dah kahwin empat tahun lepas dan dah ada anak saya rasa macam boleh ikut jejak dia.


"Alhamdulillah saya gembira sekarang ini dan saya nak jadi hamba Allah yang bersyukur lebih. Saya pernah cakap yang Haris mengajar saya banyak perkara mengenai kesyukuran. Dia antara manusia yang banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur. Kadang-kadang saya terlepas pandang dan dia selalu ingatkan. Kalau saya macam tertekan dan sedih dia akan cakap dan bagi nasihat kepada saya."




  



Suaminya juga sentiasa memberi ruang untuknya melakukan dalam apa juga perkara.


"Kalau suami saya keras dan saya juga keras ia akan menjadi susah. Sebetulnya suami kena ke depan dan saya perlu di samping mengikuti langkahnya barulah akan dapat harmoni.


"Haris jenis yang selalu bagi ruang dan dia bukan jenis yang perlu ikut dia saja. Dia bagi kebebasan untuk saya bernafas sikit. Saya tak rasa tekanan dan rasa macam diri sendiri saja. Jadi di situ manisnya."-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 03:23 PM | Show all posts
Edited by Masukkeluar at 3-10-2022 03:27 PM

Alhamdulillah..benak2 dh boleh lupakan fattahaminz sbb puyu lagi bagus dan berani menegur ye, dan niqabis pn beruntung bersuamikan puyu bukan fattahaminz ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Masukkeluar replied at 3-10-2022 03:23 PM
Alhamdulillah..benak2 dh boleh lupakan fattahaminz sbb puyu lagi bagus dan berani menegur ye:lo ...

jom kita seru benak seko tuh..betapa bhgia nye jahlop.soo sudah2 laa meratipkn si abdol..haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mari puji memuji...suami kita.hehehhe
alhamdulilah....suami yg bagus PU kita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Apehal duk menjulang laki sgt neh..nak lawan sekutu asik kene puji netz sbb dpt husbaby yg sgt sweet ke cemane
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosannya hidup dengan laki yg serba serbi kena ikut telunjuk dia,itu xboleh,ini tak boleh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2022 03:35 PM | Show all posts
adeqbun replied at 3-10-2022 03:32 PM
Apehal duk menjulang laki sgt neh..nak lawan sekutu asik kene puji netz sbb dpt husbaby yg sgt sweet ...

dia mgkin nk bgthu kt fans dia especially benak2 yg laki dia pun sweet dan bagus. cukup2 la benak dk throwback video2 dia dgn laki seteru kt tiktok tu.
kesian laki dia..dipandang sblh mata je dgn benak2 ni hahahh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:36 PM | Show all posts
jejaka_hensem replied at 3-10-2022 03:34 PM
Bosannya hidup dengan laki yg serba serbi kena ikut telunjuk dia,itu xboleh,ini tak boleh

ni dh ckup menjawab apa yg sbnrnya dia rasa..msti dia rs tak bebas sbb asyik kne control..

"Haris jenis yang selalu bagi ruang dan dia bukan jenis yang perlu ikut dia saja. Dia bagi kebebasan untuk saya bernafas sikit. Saya tak rasa tekanan dan rasa macam diri sendiri saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah la jah
Moga happy2ya
Dikurniakan zuriat yg ramai
Ameenn
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:51 PM | Show all posts
"dia tegur cara duduk depan dia dan cara jawab mesej"??? wow.. king control..semua kena ikut acuan dia..ikut kehendak dia..wow..wow..wow... dimanakah keindahan berkahwin kalau asik kena ikut telunjuk orang? buruk sangat ke cara ko duduk depan dia jah? kesian betul..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
"Dia sangat pentingkan adab dan akhlak"

Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya."

OK.. Cemburu nyaaa org kat dia.
Bengong betul Jah Bungkus ni. Boleh dia rasa cam tu dan cerita kat reporter. Purposely ni. Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepohnya bini kau Lopah. Tengok je la berapa lama ko tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Piramida replied at 3-10-2022 03:51 PM
"Dia sangat pentingkan adab dan akhlak"

Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya."

Kan..terbaca juga kat fb .terus kena kutuk ngan nerakazen..
Siapa cemburu nieyh???
Berani masuk bakul angkat sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:57 PM | Show all posts
Kenapa tak ada pembuka kata nya wahai sepol,
"kembali lagi kita dalam episod Kisah Neelofa sekeluarga"
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 3-10-2022 07:34 AM
Bosannya hidup dengan laki yg serba serbi kena ikut telunjuk dia,itu xboleh,ini tak boleh

Hairan kan urang yang pentingkan adab dan akhlak boleh pula terlepas burung merata2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 04:00 PM | Show all posts
imanamsyar replied at 3-10-2022 03:51 PM
"dia tegur cara duduk depan dia dan cara jawab mesej"??? wow.. king control..semua kena ikut acuan d ...

kalau ikut kefahaman aku, bila niqabis cerita cmni, nmpk sgt dia sblm ni jenis kasar punya org. duduk pn ntah mcm gangster kot..jawab msg pn bahasa kasar.
mksdnya smua kasar2 lah dia ni..sbb tu bila kawin laki dia asyik tegur. jnis prmpuan xde kelembutan kot. hahaha.
tgk la ex puyu..si amal tu serba serbi lemah lembut. sbb tu kot puyu nk bentuk bini dia jd mcm si amal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah bolehlah peminat move on drp duk kenang kenangan lama..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Piramida replied at 3-10-2022 07:51 AM
"Dia sangat pentingkan adab dan akhlak"

Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya."

Benakians je la kot shemburu. Betul la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
imanamsyar replied at 3-10-2022 03:51 PM
"dia tegur cara duduk depan dia dan cara jawab mesej"??? wow.. king control..semua kena ikut acuan d ...

dah mcm  ciri2 narcisisst laki dia ni..semua nk kena ikut how he prefer.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Piramida replied at 3-10-2022 03:51 PM
"Dia sangat pentingkan adab dan akhlak"

Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya."

Mungkin skrip dari pensyarah shop lot..
Org lain duk memuja fattah..
Dia suro bini dia up kan dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.128468 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list