|
|
Pasir Mas adalah salah satu dari 10 Jajahan dalam Negeri Kelantan; Kelantan juga mempunyai satu Jajahan Kecil iaitu Lojing. Jajahan Pasir Mas mempunyai keluasan 614.15 km persegi dengan penduduk berjumlah 230, 424 (banci tahun 2020). Ini merupakan hanay 3.9% keluasan Negeri Kelantan. Ibu kotanya ialah Bandar Pasir Mas Baru. Jajahan Pasir Mas mempunyai 40 Mukim Tanah dan 83 Mukim Penghulu. Salah satu dari Daerahnya juga bernama Pasir Mas.
Di dalam Jajahan Pasir Mas, Bandar Pasir Mas Baru adalah merupakan perpindahan dari Bandar Pasir Mas Lama, yang merupakan 9km jauhnya dari Bandar Pasir Mas Baru. Bandar baru ini terletak didalam Daerah Lubok Jong dan dibina di tepi lebuhraya Pasir Mas- Rantau Panjang. Bandar Pasir Mas Lama pula terletak di dalam Daerah Pasir Mas sendiri. Jadi, bila disebut ''Pasir Mas'', ada 4 entities yang boleh dimaksudkan iaitu Jajahan, Daerah, Bandar Baru atau Bandar Lama.
Daerah terbesar didalam Jajahan Pasir Mas ialah Rantau Panjang (penduduk dalam bancian 2000 ialah 23, 714). Daerah Pasir Mas sendiri, hanyalah berada di tempat ke-3 dengan bancian 21,681 pada tahun 2000 kerana keluasannya yang kecil.
Pasir Mas mendapat beberapa keutamaan kerana ianya bersempadan dengan Thailand di sebelah Baratnya dan Sungai Kelantan lalu di dalamnya, menjadikan ia tumpuan dan pintu masuk utama antara Malaysia dan Thailand. Dengan itu, walaupun size nya kecil, ia mempunyai Railway Station sendiri, jalinan jalanraya yang baik, hotel dan homestay yang agak banyak, dan bandar Bandar Pasir Mas (lebih2 lagi Bandar Lama) adalah lebih vibrant dan meriah.
Datanglah melawat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|