CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1779|Reply: 18

Yamani Abdillah Tak Sentap Puteri Balqis Dapat Limelight Dalam MV ‘Balasan Janji Palsumu’

  [Copy link]
Post time 30-9-2022 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Yamani Abdillah tidak berkecil hati apabila pelakon Puteri Balqis lebih mendapat perhatian menerusi muzik video (MV) terbaharunya, Balasan Janji Palsumu.


Yamani atau Osama Yamani Jamal Ubaidillah, 21, sebaliknya berkata, dia berasa lega apabila kemunculan Puteri Balqis atau Aqish mendapat sambutan positif penonton.




  



"Saya sebenarnya tidak kisah nama Aqish lebih disebut oleh orang ramai menerusi kemunculannya dalam muzik video tersebut.


"Mungkin ada kebaikannya untuk Aqish juga, asalkan perkara yang positif diperkatakan saya terima dengan hati terbuka," katanya kepada mStar.


Bercakap mengenai penglibatan Aqish sebagai pelakon dalam muzik video berkenaan, Yamani menyifatkan remaja berusia 15 tahun itu seorang pelakon berbakat besar dalam menjiwai sesuatu watak.




IG Yamani




Sementara itu, Yamani menyifatkan Aqish sebagai seorang pelakon yang sangat berbakat dalam menjiwai watak.


Jelasnya, walaupun hanya beraksi menerusi sebuah muzik video, namun pelakon itu tetap memberikan komitmen sepenuhnya.


"Sebelum ini saya pernah bekerja dengan pelakon-pelakon lain dalam muzik video.


"Tetapi apa yang berbezanya, Aqish sering bertanya jika dia tidak memahami tentang maksud lirik lagu tersebut. Ini kerana untuk dia mendapatkan ‘feel’ ketika penggambaran," jelas Yamani.


Penyanyi ini juga memuji sikap dan perwatakan Aqish yang menghormati orang ebih tua.


"Aqish juga seorang yang hormat kepada individu lebih berusia daripadanya. Dia juga memanggil saya abang dan kami memang senang bekerja dengannya.


"endek kata, apa sahaja arahan yang diberi, dia dapat lakukan dengan baik," katanya.


Sementara itu, anak kepada penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah ini berkongsi cerita disebalik pembikinan lagu cover yang dinyanyikan oleh penyanyi asal, Leon.


Menurut Yamani, selepas beberapa lama tidak muncul dengan single terbaharu, dia cuba untuk menghasilkan lagu cover ini untuk menaikkan semula Namanya dalam industri hiburan.







"Setelah sekian lama menyepi, saya cuba untuk ‘panaskan’ semula nama saya dan Alhamdulillah akhirnya peminat menyedari akan kemunculan lagu cover terbaharu saya.


"Insya Allah saya akan lancarkan dua lagi single terbaharu dalam masa yang terdekat ini," jelasnya.


Yamani turut berkongsi dia bakal keluar dengan single terbaharu bersama ayah dan adiknya, Zaki Yamani.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aqish memang pandai berlakon dari yang sorang yang good2 tu.

Cannot wait Aqish berlakon di tv dan movie dengan watak yang lebih mencabar.

Lepas tu boleh keluar dari belenggu kesusahan. Beli rumah dan simpan duit banyak2. Continue main piano dan study.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Best jg suara dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mamarilia at 30-9-2022 09:21 PM

Lirik tak best langsung
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 30-9-2022 06:39 PM
Aqish memang pandai berlakon dari yang sorang yang good2 tu.

Cannot wait Aqish berlakon di tv  ...

Kannn… talented dr lahir aqish ni.. muga ke international stage terus. Rugi ada pelakon mcm ni x dibimbing n diangkat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik aqish ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2022 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk yamani ni elok bdk nye..nmpk bangga dilahirkan sbgai anak Jamal Abdillah.mgkn sbb dia di jaga elok.tak di brain wash benci kat bpk walaupon bpk cmtu cmni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur baru 21 tapi kenapa style dah macam abah2 ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampunnn aku ingatkan lagu ni lagu zaman 90an..anak aku tau nyanyi sbb viral kat tiktok..ingatkan depa popularkan balik mcm lagu tiara tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 30-9-2022 10:39 AM
Aqish memang pandai berlakon dari yang sorang yang good2 tu.

Cannot wait Aqish berlakon di tv  ...

Kan…  kesian juga masa lalu dia tak seindah budak2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
lagu tangkap cintan leleh ni…..x sedap sekian
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 30-9-2022 09:20 PM
Ya ampunnn aku ingatkan lagu ni lagu zaman 90an..anak aku tau nyanyi sbb viral kat tiktok..ingatkan  ...

Ni kan lagu kumpulan leon. Yamani nyanyi semula
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 30-9-2022 10:39 AM
Aqish memang pandai berlakon dari yang sorang yang good2 tu.

Cannot wait Aqish berlakon di tv  ...

Ada drama terbaru dia kat i-qiyi.
Yang ada fasha sandha berlakon jadi datin tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk cerita : Rampas Cintaku

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Watak dia sebagai Rina, adik kepada boyfren Fasha.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang dia pandai berlakon.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 11:29 PM | Show all posts
mrsLucky replied at 30-9-2022 06:39 PM
Aqish memang pandai berlakon dari yang sorang yang good2 tu.

Cannot wait Aqish berlakon di tv  ...

tu la... lagipun dia ada bagitahu masa temubual radio haritu... mak dia akan marah2 dia kalau berlakon kayu dan tak jadi.... eee harap2 tak trauma lah budak tu dah dia pun sayangkan emaknya kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh 2022
Tp klip video level2 karoke 90an
Dh la lagu pun sendu


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah laa i rasa dia nyanyi x sedap di telinga koi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.075135 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list