Sumber IG
Gara-gara membalas mesej yang dihantar menerusi Instagram, pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad didakwa mengganggu suami orang.
Memetik laporan Xtra, Elizad tampil menafikan perkara itu dan menjelaskan dia akan membalas semua komen mahupun mesej sebagai tanda menghargai peminat.
"Saya memang akan membalas komen-komen peminat dengan simple.
"Kalau ada 20 komen, semuanya saya akan beri emoji love. Saya pun tak tahu lelaki atau perempuan sebab ramai. Sekali kena pula laki orang. Sampai isteri dia pula mesej saya marah-marah.
"Kalau ada suami orang bercakap dengan saya, takkanlah saya tak membalas. Janganlah guna perkataan yang kasar," katanya.
Mengulas mengenai kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya disebabkan isu tersebut, Elizad mengambil pendirian untuk tidak ambil kisah dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan.
"Banyak je tuduhan yang saya terima. Saya tak kisah atau ambil peduli pun sebab 24 jam bersama suami.
"Saya ni bukan nak bergaduh, kalau dulu belum berhijab saya dah tarik-tarik rambut kau. Tapi sekarang tidaklah.
"Jangan risau kakak-kakak di luar sana. Suami anda bukan taste saya. Saya takkan kacau, insya-Allah. Bibit-bibit cinta bersama suami saya masih ada walaupun belum dikurniakan zuriat.
"Saya ini hanya menghormati orang luar maksudnya saya menghargai lebih-lebih lagi kalau ada orang beri hadiah," katanya berseloroh. - CARI
|